Proses Demokrasi telah dijalankan, rakyat telah membuat pilihan,.. tiba masa untuk semua rakyat Malaysia menumpukan kepada tanggungjawab meneruskan kelangsungan negara.

Kepentingan Memantau Uptime Dan Downtime Blog

Jika anda memiliki laman e-commerce atau blog secara online, adalah penting untuk memastikan laman web / blog anda dan lain-lain perkhidmatan dalam talian boleh diakses 24/7, sepanjang tahun. Walau bagaimanapun, sukar untuk kita memantau perkara tersebut. Setiap laman web / blog akan berhadapan dengan pelbagai masalah yang menyumbang kepada kadar uptime dan downtime, sama ada sebab luaran atau dalaman, dan perlu diingat bahawa terdapat risiko penting yang jarang kita sedari disebabkannya.

Kepentingan Memantau Uptime Dan Downtime

1. Lebih Banyak Downtime Bermakna Lebih Banyak Kerugian Wang

Dengan jumlah peningkatan orang yang beralih kepada internet untuk mendapatkan maklumat tentang sesuatu produk atau perkhidmatan, webmaster (admin) itu perlu sentiasa memastikan bahawa laman web / blog sentiasa aktif. Sebuah laman web / blog yang menyediakan maklumat secara tetap 24/7 adalah amat penting dengan mengambil kira aspek perniagaan hari ini untuk terus berjaya. Akses, kebolehpercayaan dan kredibiliti laman web / blog boleh mejayakan atau memusnahkan peluang perniagaan anda.

Terdapat ramai webmaster yang mampu membina laman web / blog yang menarik dan sanggup membayar hosting yang mahal semata – mata untuk dikenali secara online. Walau bagaimanapun, berapa ramai antara kita yang mampu memantau tahap uptime dan downtime laman tersebut. Untuk personal blog, isu uptime dan downtime blog mungkin perkara kecil tetapi tidak untuk sebuah enterprise. Downtime yang terlalu kerap dan lama boleh mengakibatkan anda kehilangan prospek bisnes atau pendapatan. Manakala dalam kes blogger, boleh menyebabkan anda kehilangan pembaca dan menjejaskan kredibiliti.

2. Kebolehpercayaan Pelanggan (Reliability Dan Kredibiliti)

Pelanggan, pelawat dan pembaca adalah tetamu. Sekiranya mereka kerap disajikan dengan downtime, seolah – olah kita menutup pintu untuk mereka dan memberikan gambaran negatif dan tidak boleh dipercayai, kurang kredibiliti, dan kemungkinan besar mereka tidak akan kembali.

3. Kebolehpercayaan Search Engine

Selain berhadapan dengan kerenah pelanggan, pelawat dan pembaca yang tidak sabar, begitu juga hakikatnya dengan search engine. Terlalu banyak downtime, boleh menyebabkan search engine mengkelaskan laman web / blog anda sebagai tidak layak, tidak penting atau tidak sesuai untuk mendapat ranking yang baik. Secara tidak langsung menjejaskan PageRank anda.

4. Memantau Prestasi Syarikat Hosting

Anda membayar untuk servis mereka dan semestinya anda mahukan pulangan yang terbaik sebagaimana yang mereka janjikan (99.9% uptime?). Jika servis yang diterima tidak memuaskan, maka sudah tiba masanya untuk anda mempertimbangkan untuk beralih kepada syarikat hosting yang lain.

Kesimpulan

Sebagai pemilik personal blog, saya tidak nafikan bahawa saya cukup mengambil berat aspek uptime dan downtime blog ini. Berdasarkan pemantauan yang saya lakukan, sepanjang tempoh 22 – 28 Mei 2012, peratusan uptime dan downtime blog mobilityworlds berada pada tahap 99.63% (uptime) dan 39 minit 56 saat (downtime). Bagaimana saya memantau kadar uptime dan downtime blog ini saya akan jelaskan dalam post yang akan datang menggunakan aplikasi percuma dan boleh dipantau OTG (on the go).

UPDATE : Untuk mendapatkan aplikasi percuma untuk memantau uptime dan downtime blog anda, rujuk post DI SINI.

Sign Up For My Newsletter

> Info teknologi semasa di Malaysia dan dunia,
> Berita gadget terkini (Android & etc),
> Pelbagai tutorial, tips dan tricks,
> Perkongsian wordpress dan sebagainya.

About shraqs

Husband. Blogger. Penggemar Nescafe tak kira masa dan tempat. Obses dengan teknologi smartphone (Android, iOS, and etc). Menjadikan blog sebagai rekod simpanan peribadi dan rujukan kepada semua di masa depan.

Twitter | Facebook | Google+

Comments

  1. SukaAku.Com says:

    Biasanya part no.4 tu pntg…mmg kena pantau prestasi syarikat webhosting yg hendak digunakkan, salah pilih terganggu mood blogging…

  2. setakat ini oke jek lagi,,hosting terbaik…hanya downtime dek kerana perbuatan aku sendiri yang suka mengedit-edit koding…
    hatiputera recently posted…AKU PAKAI CERMIN MATA

  3. alhamdulillah..setakat ni mcm ok je..errhh..jap2..nak kena check

  4. memang rasa nak ketuk je hosting tu bila web downtime….rugi…rugi
    Mohd Ilham recently posted…Panduan buat blog percuma di blogger

  5. betul, blog kalau down boleh effect search engine. mase ari tu tu blog down, terus tukar vps, tapi amik mase smggu.. lps je up trafik dari search engine agak kurang umph da.. adeh
    Terbakor recently posted…Gambar Tanda Salib pada logo Monster Energy

  6. berlum pernh aku ambil tahu hal ni
    tak apa, masih terus belajar lagi
    thanks
    tehr recently posted…Paras Air Dan Suis Automatik

  7. blog down..trafik takde..income pun tarak..huhu..
    bardboo recently posted…Tidurlah Anakku….

  8. memang penting untuk pantau, terutama untuk hosting berbayar…kalau dah bayar, tp asyik down je nak buat apa kan, rugi…tu rugi.
    kimmie recently posted…Wordless Wednesday 27 : Saya sakit

  9. Yup, penting tu. Kalau server asyik down aje, rugi jer. Normally by hosting company yg konon offer uptime 99.9% tapi bila guna..indah khabar dari rupa. Better baca di forum dan review sblm buat pembayaran.
    Dulu Lain Sekarang Lain recently posted…Nearly One Person In 10 Across The Globe Supports Manchester United

  10. Assalam..
    Tak pandai nak memantau semua tu…menunggu-nunggu entri seterusnya.
    Biasanya tengok pada graf atau stat blog je.
    iza recently posted…Exabytes, MOLPay Ink Easy Payment Pact

  11. PH pun ada juga langgan tools downtime dan uptime blog ni. Di http://www.uptimerobot.com
    ProfHariz recently posted…Wordless Wednesday #7 – Tahap Tekanan Darah Tinggi

  12. huh personal blog pun ambil taw ok pasal downtime ni, kalau terlalu lama, siap la..maki! hehehe

  13. Aku hari2 cek gtmetric utk pastikan speed blog aku ok
    tapi sentiasa ada css yg tak berkenaan.. nak remove pun
    aku blur.. any idea…

  14. Memang pernah merasai kerugiannya… Du pernah ada site yang memang gila traffic… So, setiap visitor lost tu agak x puas hati jugaklah…
    Izzuddin Fauzi recently posted…Kontes Seminit Dua dan Menang Solo HD – Beats by Dr. Dre

  15. kdg2 bila kita setting cache terlalu besar..die akan simpan didalam komputer sehinggakan kita tidak tahu site kita mengalami downtime..sbb ia memaparkan file yg telah disimpan..huhu

    slalu wat gtmetrix..selain leh check speed..leh detect website kite ade prob..huhu
    Jebeng Otai™ recently posted…Wordless Wednesday : Teman

  16. betul. tak best bila down..
    titan recently posted…Komisen ke 6 dari PanduanDPLI.com

  17. Dalam e-commerce, Uptime = keuntungan :D
    anif recently posted…Version 2.0 – Wordless Wednesday #39

Comment Policy : Pihak Admin amat menggalakkan komen di blog ini, walau bagaimanapun sila pastikan anda mematuhi Comment Policy yang telah ditetapkan. Pastikan anda merujuk senarai komen terdahulu sebelum mengemukakan sebarang pertanyaan & persoalan. Pihak Admin tidak akan memberikan respon kepada isu berulang. Harap maklum.

Speak Your Mind

*