Antara isu utama yang selalu dibangkitkan pengguna smartphone samada Android, iOS, Blackberry dan sebagainya ialah isu bateri cepat habis. Menerusi post kali ini saya akan kongsikan panduan mudah untuk anda mengenalpasti punca dan seterusnya cara untuk mengatasi masalah bateri android cepat habis. Untuk lain – lain platform, mintak maaflah ye,.. dah lama tak guna.

Bateri Android Cepat Habis?
Sepanjang pengalaman saya menggunakan peranti Android, belum pernah lagi menghadapi masalah serius dengan ketahanan bateri. Jadi, menerusi post ini saya akan kongsikan cara yang anda boleh ikuti (DIY) untuk mengenal pasti punca dan seterusnya mencari jalan atau cara untuk mengatasi masalah bateri di peranti Android anda.
Kebanyakan masalah bateri ini banyak berlaku selepas peranti di upgrade ke Android versi ICS (Ice Cream Sandwich – especially 4.0.3).
Edisi Siasat : Kenal pasti Punca Bateri Android Cepat Habis
Perkara pertama yang anda perlukan ialah dapatkan aplikasi CPU Spy dari Google Play untuk mengenal pasti samada peranti anda benar – benar berada dalam status “Deep Sleep” bila tidak digunakan. Sebagai contoh; rujuk imej di bawah untuk melihat situasi normal bagi peranti Android ketika tidak digunakan. Untuk mendapatkan hasil report yang terbaik, lakukan proses ini sebelum anda tidur, full bateri. (matikan Bluetooth & Wi-Fi).

CPU Spy Reports
Jika diperhatikan, imej CPU Spy di atas menunjukkan situasi normal. Dalam tempoh 6 jam 31 minit, 97% CPU berada dalam status Deep Sleep dan hanya kehilangan 3% untuk tempoh yang sama.
Sekiranya hasil yang anda perolehi melebihi 20% – 30% kehilangan bateri dalam tempoh satu malam (4 – 6 jam atau lebih), besar kemungkinan peranti anda tidak pernah berada dalam status Deep Sleep.
Mudahnya, sekiranya kadar kehilangan bateri melebihi 2% @ 3% / jam itu tandanya peranti anda menghadapi masalah insomnia. Sekiranya anda menghadapi isu berkenaan, sila ikuti langkah seterusnya di bawah.
Kenal pasti Aplikasi Yang Mendatangkan Masalah Insomnia Pada Peranti Anda
Untuk mengenal pasti punca sebenar yang menyebabkan bateri android cepat habis, anda perlukan satu lagi aplikasi iaitu Better Battery Stats. Aplikasi ini dijual pada harga $2.59 di Google Play atau anda boleh dapatkannya secara percuma dari XDA Developers : http://forum.xda-developers.com/showthread.php?t=1179809 (rujuk post ke-dua).
Download, Install dan Run aplikasi Better Battery Stats dan anda akan dipaparkan dengan pelbagai info.
Pilih Partial Wakelocks Since uplugged untuk mengenal pasti aplikasi yang menghalang peranti anda berada dalam status Deep Sleep.

BetterBatteryStats (Partial & Kernel Wakelocks)

Better Battery Stats (CPU States & Other)
Memandangkan peranti saya tidak menghadapi sebarang isu bateri, imej yang dipaparkan di atas adalah gambaran normal. Dalam tempoh 6 jam 31 minit, hanya beberapa minit sahaja peranti saya tidak berada dalam status Deep Sleep.
Paling penting, perhatikan Partial Wakelocks dan Kernel Wakelocks. Kenal pasti apakah aplikasi yang menghalang smartphone anda daripada memasuki status Deep Sleep.
Antara Punca Yang Mungkin Wujud
Berikut adalah contoh biasa yang menjadi punca kepada masalah bateri android cepat habis di peranti Galaxy S III dan Galaxy Note :
- “fuel_alerted”
Disebabkan oleh masalah kernel. Cara atasinya ialah dengan : Shutdown -> tanggalkan bateri utk beberapa minit -> Reboot.
- “l2_l2hsic”
Disebabkan oleh Wi-Fi. Cara atasi ; Turn off Wi-Fi atau Reboot.
- “deleted_wake_locks”
Disebabkan oleh Wi-Fi & Mobile data. Cara atasi : Reboot
Final Thought
Diharapkan dengan perkongsian ini, rakan – rakan pengguna peranti Android yang berhadapan dengan masalah bateri android cepat habis dapat lakukan edisi siasat sendiri. Perkongsian hasil siasatan anda amatlah dihargai kerana mungkin dapat membantu rakan – rakan pengguna lain yang menghadapi isu yang sama.
Rujukan Tambahan : Sekiranya anda masih mencari cara – cara yang sesuai untuk mengurangkan penggunaan bateri smartphone Android, anda mungkin berminat untuk merujuk post Tips Dan Cara – Cara Jimatkan Bateri Android Smartphone.
Lepas dh download battery stats tu perlu buat ape?
sgs3 saya jadi silent apabila dibiarkan sleep beberapa jam, kenapa ya? kesannya alarm clock saya tak berbunyi waktu pagi, boleh tolong selesaikan maslah ni, tq
Masalah ni biasanya disebabkan 3rd party apps. Boleh cuba cara2 berikut:
1. Offkan Haptic feedback di Setting -> Sounds
2. Cuba check 3rd party apps. cth : Tasker @ Scheduler. ini biasanya datangkan masalah.
3. Kalau semua tak dapat, buat factory reset. (last option).
shraqs recently posted…Custom Badges, Wallpaper, Shelves, Icon Skins Untuk iPhone, iPad Dan iPod
Salam saya nak tanya macam mne nk jimatkan bateri xperia x10 saya ikut langkah diats tpi ttp sama
salam bro…partial wakelocks ade papar media scanner service sampai 20m n alarm manager 16m…..nk tanye ni ok ke? tgk bro punye main sec jer….phone baru on 4h37m…s2 jb…thanx
Alarm Manager memang salah satu penyebab paling banyak device tak dapat deep sleep. BTW, secara keseluruhan.. status tu masih lagi ok. Boleh diatasi dengan keluarkan bateri 5- 6 minit.
shraqs recently posted…Galaxy S III Diiktiraf Best Smartphone Di GSMA 2013
Nk tnye ye..sy bru beli note 1,tp yg memusykilkan sy..note sy slu off sndri..ble nk switch on blik susah sgt..knpe ye?
Dah pernah buat factory reset tak? Kalau belum, saya syorkan utk buat factory reset (Setting -> Backup & restore).
BTW, sebelum buat factory reset, pastikan semua data2 penting dah dibackup (guna Samsung Kies). Selepas reset, semua data akan hilang.. phone kembali seperti baru (stock)
Dan kalau masih hadapi masalah sama selepas reset, ini mungkin ada kaitan dengan bateri atau hardware. Cuba bersihkan di bahagian sambungan bateri.
As salam..sy da buat factory reset dan bersihkn tempat bateri..tp note sy msih off sendiri..sy perasan ble phone sy agak panas di bahagian atas tmpt letak bateri..mcm mne ye?
W’salam,
Cuba check firmware version yg diguna sekarang. Utk Note 1, latest firmware ialah DXLR5 (ICS 4.0.4).(Setting -> About Phone).
Jika belum menggunakan versi firmware DXLR5, saya syor utk upgrade melalui Samsung Kies (PC version), boleh download online.
shraqs recently posted…Official Jellybean 4.1.2 Firmware Galaxy Tab 2 7.0 (P3100) La Fleur Malaysia
sy nk tanya klu lps update 4.1.2 mmg bile cas lmbt sgt nk full atau sy punye phone mmg bermasalah?n lagi satu, bile dh sampai 100% full charged,lampu led die tu tak tukar kuning,still merah je walau bia lame mne pun huhu..n status die tetap “CHARGING”..
Klu sblum update ni,bile full charged lmpu die tukar kuning,n nek notification “FULL CHARGED. UNPLUG CHARGER” lps upgrade baru die jd masalah mcm skrg..n bateri cepat gilee turun walau x buat ape pun.. :(
Mmg semua ade masalah mcm ni ke lps update? atau ade nk betulkn kt settings mne2 ke? Trm Kasih sudi kongsi n tlg..
Rasanya ini ada masalah dengan cache versi yang lama.
Normally, masalah macam ni boleh diatasi dengan buat Factory Reset (Setting -> Backup and Reset -> Factory data reset)
Sebelum buat factory reset, pastikan lakukan backup menggunakan Samsung Kies di PC / Laptop. Selepas reset, phone akan kembali ke asal (sepertimana baru) dan kesemua setting, apps yang ada sebelum ini akan dipadamkan. Boleh restore dari Samsung Kies.
shraqs recently posted…iOS 6.1.1 Update Untuk iPhone 4S
saya download app CPU spy ni, tp tak faham dekat Deep Sleep tu 79%, lepas tu total state time 255:11:04. Takkan 255 jam.. ke ada setting lain kena buat kat CPU Spy ni?
kimmie recently posted…iPhone 5 gadget impian
Kimmie Reset Timers (Menu) dulu. Then boleh cuba tengok lagi sekali lepas 4-5 jam.
shraqs recently posted…Network Solutions – Domain Kupon Kod $0.75
hehehehe….dah buat. tetiba rasa cam bengap sangat lps install, tak tahu nak buat apa…TQ
kimmie recently posted…iPhone 5 gadget impian
Takpe Kimmie… malu bertanya sesat jalan… :)
shraqs recently posted…Premium Suite Upgrade Jellybean 4.1.2 Untuk Galaxy SIII
As,salam bro.
Note 1st gen sy selalu on 3G dgn sendiri walaupun sy dh off. Ni terjadi selepas update. Bateri mmg cepat habis. Harap dpt bantu bro.
W’salam,
Dah cuba buat factory reset..?
Bro.. Nak tya.. Klu Wat Spy tuh dia akan format semula ke mcm mane…
Tak. Aplikasi ni hanya diguna utk kenal pasti samada phone betul2 berada di sleep mode masa tidak digunakan atau sebaliknya
Salam bro, lepas saya update S3 ke jelly bean battery sangat bermasalah. Lambat sangat nak fully charged and cepat habis. Macam mana nak solve?
Buat factory reset.
salam shraqs….ade masalah ckt…nape time klik kt since unplugged,dio kuar “no reference since unplugged was save yet”…camne nk buat tuh…thanx….android ics s 2
Baru sangat lepas charging tu. Kena tunggu lama sikit baru boleh,… at least 3-4 jam baru boleh tengok kesannya. Lagi lama lagi bagus.
dah nk hampir 36 jam dah lepas cas….same jgk kuar notisnye…kalu since boot ade plak….yg since unplugged je xde ape2….
Cuba reinstall..
ada apps macam ni rupanya. nice bro. boleh cuba nanti
Amirez recently posted…iPhone 5 Gadget Impian
Memang banyak berguna apps ni semua.
shraqs recently posted…Cara – Cara Root Galaxy SIII Android Jellybean
Cukup menarik artikel yang anda publishkan, pasti semua yg guna android akan teruja dpt tip2 dan info2 yg berguna pada mereka. Tahniah..dan terima kasih.
sensasi2020 recently posted…Produk Dan Perkhidmatan Secara Percuma Atau Berbayar Yang Inginkan Daripada eizil.com
Sama2. Base on pengalaman sendiri.
Satu lagi cepat hilang cas bateri ialah kita select (aktif) data packet dan data roaming. Betul tak bro…
sensasi2020 recently posted…Produk Dan Perkhidmatan Secara Percuma Atau Berbayar Yang Inginkan Daripada eizil.com
Normally, kalau on data packet, penggunaan bateri sekitar 2-3% / jam. Yang jadi masalahnya bila line coverage tak bagus (kejap ada kejap ada). Kalau kes macam tu memang bateri akan cepat habis.
Saya menggunakan samsung galaxy (Y) young, adakah sesuai utk tip2 dan info2 spt di atas? Bila dicuba adakah tidak kesan berlaku ralat pada telefon kita?
sensasi2020 recently posted…Produk Dan Perkhidmatan Secara Percuma Atau Berbayar Yang Inginkan Daripada eizil.com
Tips ni base pada ics & jellybean. Jadi mungkin setting berlainan dengan gb
bookmark dulu untuk refer kemudian hari..so far takde masalah bateri lagi
S3 jarang ada prob ngan bateri, biasanya note
kn bookmark dl ni..nak fahamkan btul2…hehe..nanti free mlm ni nk try test..tq!
cik tom recently posted…Bayaran Ketiga dari Says
Takpe ciktom. Blog ni takkan ke mana. :)
biasalah tu. nama pun bateri. mesti habis gak nannti..
titan recently posted…Komisen ke 8 dari Bidvertiser
Bukan apa bro,.. ramai yg hadapi masalah bateri walaupun hp baru keluar dr kedai.
Bro, memang terbaik. Nanti nak try kat android mak saya. Thanks bro, tak tahu la android mak saya tu insomnia ka tak. haha Paling stylo tu app percuma.
Naziman recently posted…Produk atau Perkhidmatan diinginkan dari Eizil Network
Seronok mendengar bila guide ni dapat membantu.
BTW, isu sebenar post ni dibuat sebab ramai yang bertanya pasal masalah bateri android. Nak terangkan satu persatu memang susah dan mungkin juga disebabkan punca yang berlainan. Last2 buat jelah post senang cerita, mungkin akan memberi manfaat lebih banyak.
kalo deativate yg ade dalam task manager tu leh save bateri x?
Itu hanya utk stop aplikasi di background je bro,.. tidak memberi kesan yg besar pd bateri.
bateri tepon puteri belum buat hal lagi..hehe
Kira bertuah tu…
Saya baru je beli sony xperia. Masih meraba-raba dengan android.
Agak2 boleh ke guna kaedah ni untuk insvitagate masalah bateri tu?
Ada masalah bateri yg serius ke cikgu?
Kalau nak siasat, cikgu boleh cuba CPU Spy, tengok samada smartphone dapat enter Deep Sleep atau tidak. Kalau ada problem, baru teruskan dengan Better Battery Stats.
Untuk Blackberry takda ke bro? Hehe.. Nazak dah bateri BB aku ni.
Hazmin Hamudin recently posted…Wordless Wednesday | Beli Dua Atau Satu?
Takde la. Aku sendiri pun tak pernah pakai BB bro… tapi setahu aku, bateri BB ni kalau dah nazak sangat memang langsung tak dpt ON kan.
Aku ingat nak angkat iPhone 5 tu.. Agak-agak kuat tak bateri iPhone 5 tu? Hehe…
Rasanya ok kot, depends pada penggunaan jugakla.
terbaik…buleh try test nanti
Kalau ada masalah bateri yg serius memang boleh try