Proses Demokrasi telah dijalankan, rakyat telah membuat pilihan,.. tiba masa untuk semua rakyat Malaysia menumpukan kepada tanggungjawab meneruskan kelangsungan negara.

Kelebihan Dan Keburukan Sponsor Post Terhadap Blog Anda

Dalam post terdahulu, saya senaraikan laman-laman yang menawarkan perkhidmatan sponsor post yang boleh digunakan untuk menjana pendapatan sampingan bagi pemilik blog. Kalau belum baca, silakan berbuat demikian di SINI. Walau bagaimanapun, perlu ditegaskan bahawa penulisan sponsor post akan menimbulkan beberapa isu yang lain. Justeru, kita lihat apakah kelebihan dan keburukan sponsor post terhadap blog anda.

Kelebihan Sponsor Post Terhadap Blog Dan Blogger

Tidak dinafikan bahawa Sponsor Post merupakan cara yang mudah untuk menjana pendapatan sampingan melalui blog. Pada kebiasaannya, tugasan yang perlu disiapkan adalah mudah dan tidak melibatkan sebarang pelaburan berbentuk wang ringgit kecuali masa dan disiplin untuk menyiapkan setiap tugasan yang diterima. Bayaran yang diterima tidak menentu, bermula dari beberapa dolar hinggalah ratusan dolar dan semuanya bergantung kepada syarat serta peluang.

Di bawah, saya sertakan screenshot tawaran Sponsor Post yang diterima dari SponsoredReviews;

Contoh Tawaran Sponsor Post

Keburukan Sponsor Post Terhadap Blog Dan Blogger

Pemilihan Sponsor Post yang bersesuaian memainkan peranan yang cukup besar. Memilih Sponsor Post yang tidak berkaitan dengan topik/niche blog adalah satu tindakan yang merugikan kerana memberi impak yang buruk kepada pembaca blog anda.

Selain itu, sukar untuk mendapatkan Sponsor Post yang menawarkan bayaran yang tinggi melainkan anda mempunyai blog yang mempunyai kadar trafik yang tinggi.

Akhir sekali, sponsor post TIDAK disukai oleh Google yang mungkin akan menghukum blog anda. Bagi Google, mereka melihat pautan link ke laman web pengiklan yang membayar link tersebut adalah tidak adil dalam enjin carian kerana anda dibayar untuk mamaprkan link tersebut.

Isu Sampingan

Kedua-dua pihak, Advertiser (pengiklan) dan Publisher (penerbit) boleh dihukum kerana terlibat dalam sponsor post. Ini bermakna blog anda akan mengalami penurunan yang ketara dalam PageRank Google atau kemungkinan juga disingkirkan dari enjin carian Google sepenuhnya.

Terdapat beberapa cara yang pernah dilakukan oleh blogger untuk mengelakkan mereka dikesan oleh Google, antaranya ialah dengan mendedahkan sepenuhnya sponsor post anda sebagai post berbayar (disclosure) dan menggunakan tag “NOFOLLOW” dalam kod HTML link supaya Google tidak mengesan pautan tersebut apabila proses “crawl” dan “indeks” dilakukan. Keburukannya di sini, pengiklan mungkin tidak berminat untuk menawarkan sebarang sponsor post kepada anda jika anda menggunakan tag “NOFOLLOW”.

Kesimpulan

Tentukan matlamat jangka panjang anda untuk blog anda sebelum menggunakan menawarkan perkhidmatan sponsor post. Buatlah pertimbangan yang sewajarnya, adakah anda sanggup memperjudikan potensi PageRank, menghampakan pembaca anda dan juga status di enjin carian sebelum anda mula menerbitkan sponsor post yang tidak seberapa nilainya.

Sekalipun anda benar-benar berminat, saya syorkan agar anda menggunakan perkhidmatan sponsor post dari SocialSpark, kerana mereka akur kepada sekatan Google dan membuat pendedahan sepenuhnya (disclosure) serta penggunaan tag “NOFOLLOW” yang perlu dipatuhi oleh semua Publisher (penerbit).

Sign Up For My Newsletter

> Info teknologi semasa di Malaysia dan dunia,
> Berita gadget terkini (Android & etc),
> Pelbagai tutorial, tips dan tricks,
> Perkongsian wordpress dan sebagainya.

About shraqs

Husband. Blogger. Penggemar Nescafe tak kira masa dan tempat. Obses dengan teknologi smartphone (Android, iOS, and etc). Menjadikan blog sebagai rekod simpanan peribadi dan rujukan kepada semua di masa depan.

Twitter | Facebook | Google+

Comments

  1. Kalau bab2 ni, sure aku lom sampai ke tahap ni lagi….
    yas recently posted…ROBERT BALES BAKAL TERLEPAS?

  2. Mcm best je sponsored post ni.nk try lah.hehe
    budakserius recently posted…Video Seks Hulk Hogan Tersebar

  3. Best jugak sponsored post nih.hehe
    budakserius recently posted…Puding Termahal Di Dunia

  4. Berhubung secara terus lebih baik daripada cara seperti ini.Menanggung risiko dihukum google sesuatu yang teramat berat…
    Pejuang Kesenian Extreme recently posted…Surat Tun Dr Mahathir Kepada PM Israel

  5. mcm advance sngt dah ni…aku xtau langsung pasal mende ni.haha…
    APAN recently posted…Ular Sawa Mangsa Main Tarik Tali Harimau Bintang

  6. saya lebih suka membuat review berbayar dari terikat dengan pelbagai syarat..
    saya suka saya terima
    Mus recently posted…49 Premis Makanan Halal Sekitar Sabah (Kategori Restoran dan Kantin)

  7. macam tak berbaloi pulak nak buat sponsored post bila baca artikel ni hmm
    sabree hussin recently posted…Cara Mempromosikan Produk Insurans/Takaful

  8. oh baru tahu tk elok sebenarnya , hihi entahlah hentam jek akk nih
    puanbee recently posted…Sinopsis Drama Filipina Little Star TV3

  9. kalau terima sponsored post dari nuffnang takpelah jugak kan?
    fakhruddin recently posted…Cara Mudah Hilangkan Dakwat Marker Pada Baju

  10. Utk buat bisnes kah ni
    Mekar recently posted…Perasan tak ?? Anak-anak zaman sekarang ….

  11. kena usaha untuk branding blog dulu baru sedap nak terima sponsored post

  12. blog melayu pun boleh kalau nak dapat sponsor post ni. Cuma kena bagi brand dan trafik ke blog tinggi. Baru senang orang nak kita buat review atau ulasan kat blog kita. Kalau blog kita biasa-biasa aje, memang takde advertiser nak beriklan atau minta kita review. So far, 3-4 blog aku, memang setiap bulan dapat offer untuk review produk dalam bahasa melayu. Yang penting, brand, niche yang sesuai dan trafik. Ada 3 benda ni, memang boleh buat duit dengan blog melalui sponsor post.
    titan recently posted…Top Link Referral MamaMurai.com

  13. masih tercari cari yang sesuai
    apaajanews recently posted…LITTLE PHOTO | APLIKASI ANDROID

  14. itu la kan..susah kalu blog bahasa malaysia nie..
    Syahrul recently posted…Atuk Dengan iPad

  15. salam..
    saya tak pernh mencuba lagi.kena pula blog saya bahasa melayu alahai..

  16. memang kena pilih betul mcm tuuu….hehehe…
    tuan tanah recently posted…Video Model Baru Proton Tuah (Proton P3-21A)

  17. Memang kena pilih betul-betul, kalau tak rugi..

Comment Policy : Pihak Admin amat menggalakkan komen di blog ini, walau bagaimanapun sila pastikan anda mematuhi Comment Policy yang telah ditetapkan. Pastikan anda merujuk senarai komen terdahulu sebelum mengemukakan sebarang pertanyaan & persoalan. Pihak Admin tidak akan memberikan respon kepada isu berulang. Harap maklum.

Speak Your Mind

*