Setiap blogger yang memutuskan untuk berblogging pasti akan memikirkan perkara yang sama, berapa kerap perlu berblog?.. berapa banyak post yang diperlukan?.. perlukah berblog setiap hari, mingguan atau bulanan?.. atau wujudkah apa yang dipangggil kekerapan blog yang ideal? Kalau bukan sekarang, lambat laun soalan ini pasti akan berlegar-legar di fikiran.
Secara peribadi boleh dikatakan bahawa tidak ada jawapan yang salah atau betul untuk persoalan ini dan semuanya bergantung kepada pemilik blog itu sendiri. Justeru, secara jujurnya saya tidak akan menjawab soalan ini secara langsung dan sebaliknya menyediakan anda dengan beberapa opsyen untuk difikirkan. Dari situ, anda boleh mengambil keputusan anda sendiri.
Search Engines
Pertama sekali, search engine atau enjin carian. Setiap enjin carian menggunakan spider untuk mengakses setiap laman blog bagi mendapatkan feed/post yang baharu dan tindakan berblog yang lebih kerap akan memastikan spider ini tertarik ke blog anda. Ini akan membantu blog anda diindeks dan meningkatkan jumlah trafik organik ke laman blog anda. Tindakan berblog dengan lebih kerap sememangnya penting bagi blog yang baru dilancarkan.
Jenis Pembaca / Pelawat
Sesetengah orang mungkin memilih post yang serius, panjang lebar dan dibina dengan baik manakala sesetengah pembaca yang lain mungkin gemarkan post yang ringan, mudah dan lebih kerap untuk memastikan kehendak mereka sentiasa dipenuhi.
Berdasarkan kategori yang pertama, ia amatlah sukar untuk menghasilkan post yang berkualiti secara berterusan dan kerap melainkan anda mempunyai satu pasukan atau beberapa guest blogger. Selain daripada itu, pemilihan jenis niche blog turut menjadi faktor utama dalam memastikan kekerapan anda untuk berblog. Kesilapan memilih niche yang sesuai boleh menyebabkan blogger menghadapi masalah yang dikenali sebagai “writers block” seterusnya menjejaskan kekerapan anda menghasilkan post dengan lebih kerap. Untuk mendapatkan ide pemilihan niche blog yang sesuai dengan minat, anda boleh merujuk kepada post yang terdahulu “Topik Blog Yang Kekal Evergreen“.
Respons Pembaca
Adalah penting untuk mengambil berat respons pembaca. Tidak dinafikan, menghasilkan post yang kerap akan menarik lebih ramai pembaca tetapi perlu diingat ia akan mengurangkan interaksi antara pembaca dengan anda. Bagi pembaca yang serius, mereka hanya memilih post-post yang cenderung kepada minat mereka sahaja dan kebanyakan post yang dihasilkan akan diketepikan oleh golongan ini.
Sebaliknya posting kurang kerap boleh menggalakkan pembaca untuk mengulas lanjut mengenai blog anda dan juga berinteraksi dengan satu sama lain.
Content Quality
Ini adalah berkait rapat dengan jenis pembaca. Kekerapan blog anda juga dikaitkan dengan keupayaan untuk menyediakan kandungan yang berkualiti. Penting untuk anda sedari bahawa setiap penulis memerlukan masa yang secukupnya untuk menghasilkan post yang berkualiti kerana ini boleh memberi kesan kepada kualiti post anda.
Bagi penulis blog yang sudah biasa, anda faham apa yang saya maksudkan dan ia adalah penting untuk anda ambil kira apabila menentukan kekerapan blog anda.
Konsisten dan Fleksibel
Tidak kira apa jua kekerapan anda berblog, penting untuk anda mengekalkannya. Jika anda telah biasa dengan menghasilkan post setiap hari kepada pembaca anda, pastikan anda terus mengekalkannya. Sebaliknya, dalam situasi tertentu mungkin anda juga perlu mempertimbangkan untuk mengubah kadar posting anda bagi menonjolkan lagi kewujudan blog anda di kalangan blog-blog yang lain.
Pada dasarnya kekerapan blog anda akan ditentukan oleh jenis atau niche blog yang anda pilih, gaya dan juga pembaca anda. Pada peringkat awal, mungkin sukar untuk ditentukan tetapi selepas seketika anda seharusnya mampu untuk menentukan rentak anda sendiri.
Kesimpulan
So, apa respons anda. Berapa kerap anda berblog dan bagaimana anda memutuskan untuk terus kekal dengan kekerapan blog anda sekarang? Feel free to use the comment form below!
berita teknologi yang cepat berubah menjadi saya mem’publish’ artikel di blog lebih dari lima artikel sehari, kekadang masuk ke 20 artikel dalam sehari. Sejam tulis 3 artikel. Sebab minat dan kenginginan membuak-buak mahu berkongsi.
iAwani recently posted…BlackBerry 10 Dipasang Arahan Suara
Berita teknologi memang banyak dan cepat berubah. Yang penting rajin buat research dan menulis.
kalo ade idea..leh jer hari2..tp kalo x der..2-3hari sekali pon x per..
Jebeng Otai™ recently posted…Wordless Wednesday : Jetty Point Langkawi
Skrg aku tak sempat nak berblog, super busy :-(
mencari rentak tu pada mulanya amat sukar juga.. :)
LangkawiHomestay recently posted…Legend of Beras Terbakar
Betul tu. Kadang2 banyak buat blogwalking pun dpt bg ide jugak selain berkongsi pendapat ngan rakan2 blogger
Aku setuju. Sebab tu jugak aku tak update kerap sgt (tiap2 hari update).
Ia utk beri aku ruang yg benar2 tenang utk berkomen.
hafizmd recently posted…Sidebar Blog: Apa yang perlu?
Ketenangan tu penting bro :-)
kalau Wan buat post sekali sehari je.Rasanya dah ok kot.
*ada pendapat sesetengah blogger tu,diaorang cakap seeloknya buatlah post seminggu sekali kasi post tersebut bersinar bagai bergemerlap buat seketika waktu.
W.HabibuRahman recently posted…OMN !! Aku Nak Jadi Kacak
Kalau blog yg baru nak naik, cari trafik, sebaiknya sekerap mungkin. Kalau blog yg dah ada follower sendiri, trafik tinggi dan paling penting artikel yg berkualiti boleh buat 1 @ 2 post seminggu pun trafik masih tinggi. IMHO
shraqs recently posted…Tutorial Penggunaan W3 Total Cache Plugin
Hoyyea.Betul tu..
W.HabibuRahman recently posted…Hukum Wanita Bersalaman Dengan PM@Raja Dari Ustaz Azhar Idrus
Setuju. Boleh tengok sendiri beberapa blog yg punya pengikut yg tersendiri. Trafik kekal konsisten walaupun update 2-3 entri seminggu.
hafizmd recently posted…Sidebar Blog: Apa yang perlu?
Kalau content bagus & banyak berkaitan ngan minat org memang akan jd tarikan sampai bila2 :-)
kalau niche blog cepat jer idea mai..sbb hanya terah pada satu kemahiran…:)
siTokei recently posted…Samsung Menangguhkan Pelancaran Samsung Galaxy S III
Betul tu. Dah itu je yang kita mahir nak buat camana. Kalau main hentam niche lain siap nak kena perah otak lagi nak mencari ide.
shraqs recently posted…Mobilityworlds Kena Hack!!!
asal ada cerita baru, pasti akan updated
Mus recently posted…Layakkah Aku Menjadi Pemberita Di Surat Khabar?
Setiap kita ada cara masing2, baik ikut cara yang selesa & tidak membebankan :)
shraqs recently posted…Backlinks Part 1
Kalu kerap sangat update blog, bimbang bercerita hal yg tak sepatutnya ( contoh hal peribadi, perihal individu lain). Oleh itu target sya ialah seminggu 2 kali jer ( ni cita2 org yg xde idea dan malas..hehe).
Mekar recently posted…Mengidam Mee Siput
Drpd kita tulis post takde pekdah @ bukan minat kita baik buat blogwalking lagi bagus kan..IMO
shraqs recently posted…Root Untuk Asus Transformer Prime Kini Online
bergantung kepada idea dan juga masa..kadng2 idea dtg mencurah2..masa pulak x mengizinkan..dan sebaliknya..tp krg ni..tgh cuba at least 2 hari sekali..ehehe..
chii recently posted…Kesilapan Usahawan Melayu
Nak kekal konsisten tu memang susah kan,.. setiap blogger mesti hadapi masalah yg sama
shraqs recently posted…Samsung Di CES 2012
mmg sukar..rasanya bukan blogger baru je..yg da pro pun..mungkin hadapi masalah yg sama..ehe
Yang tu memang betul, semua org akan hadapi “writer’s block” ni, tak kira baru @ lama… palaing penting ikut kemampuan sendiri :)
shraqs recently posted…Download Aplikasi Boycott SOPA Secara Percuma
huraian ko bagus…kalau bab blog yg keluar 3 4 entri sehari, aku akan pilih yg aku berkenan je utk baca dan komen.kalau yg keluar entri sehari or 2 hari sekali, nak x nak aku kena cuba baca dan kalau rajin tinggal komen.maklum le, budaya bls komen…mcm yg skang ni.dari sini mungkin boleh kita mndptkan pembaca dan pengomen setia.haha…
APAN recently posted…Rabu Yang Bisu #26 – Bluetooth & Wi-Fi
TQ bro. Nak dpt pembaca setia tu yg susah. Kuantiti tak menjanjikan kualiti kan..
shraqs recently posted…Samsung Di CES 2012
update bila ada masa aje. takde masa, tak leh wat apa la. hehe..
biasa tu cikgu
sebolehnya nak 2 kali sehari tapi kadang-kadang datang penyakit malas. 1 post sehari sudah memadai. tapi untuk blog lain yang update isu semasa tak kisah berapa post pun. lebih kerap, lagi bagus
Lizz recently posted…Pertandingan Pengalaman Kena Denda di Sekolah
Kekerapan post ni pun bergantung pada niche jugak. Kalau jenis isu semasa memang banyak sumber boleh dapat.
shraqs recently posted…PayPal Tricks/Scam
saya selalu buat sekali sehari , kalau ada byk idea atau perkara nak dikongsikan…mungkin 2 post sehari.
kimmie recently posted…Harvard Business School dan GSB UKM
nak kekalkan konsisten ni bukan senang, dpt 1 post sehari pun dah dikira terbaik tu
betul tu, kadang-kadang garu kepala juga cari idea nak update apa..heheheh
kimmie recently posted…Wordless Wednesday 12 – Terasa di Hong Kong
Jadi blogger memang lumrah, ada masa kita banyak ide dan ada masa kena perah otak mencari ide apa nak ditulis :)
sy tak tentu ar shr..sllu satu blog dulu mungkin blh 2 entri updte skrg terllu sibuk 1 hari rasanya sudha cukup..hee.. klu bayk masa mungikn blh buta dua tppi keadaan tak izinkan.kata org buat mana yg termampu.jangan di ikut dan kejar2 sangat.. ;)
suri recently posted…Natural Love
patut la nmpk makin kurang update dan reply dr suri :)…busy rupanya
kimmie recently posted…Peristiwa Gunung Merapi
ikut kesesuaian je,.. nanti org kata curi tulang plak :)
baru2 ni aku mcm drop skit. mungkin bz ngn pelajrn aku. adih. xpe la. nnti aku kecthup blk. buat mse ni. aku just bw je la dlu. hee
acapz recently posted…Konsep Menarik Windows Phone 7 Dengan Meego
Aku perasan jugak tu,.. jarang nampak, blog pun kurang update,.. belajar lagi penting, blog ni tak ke mana pun
shraqs recently posted…Root Untuk Asus Transformer Prime Kini Online
kena pokus pd belajar…hee..acapz jgn marah sy tak lama masuk sana hee..heeha…auw gitw..
suri recently posted…Natural Love
haha. yup. lagi2 nk mini project ni. smpat lagi nk bw smua kn. lalala :D
acapz recently posted…Laman Web Rasmi Sony Picture Dan Facebook Page Digodam Oleh Anonymous
Fokus yang tu dulu… pastu balik ke blog semula
dari segi kekerapan pos tu bergantung pada masa jugak la sebab mobile takde tenet…
dari segi blogwalking selalunya malam sebab siang kerja..tapi ada gak cilok2 buka..hehehe…
but blog yang wajib singgah adalah blog yang mesra dengan visitor…hehehe
nizam recently posted…Promosi Perfume Branded Grade A, Dapatkan Sekarang!
Yang tu betul bro. Aku skrg ni pun dok dlm conference, tapi cam biasa la tukang tengok jer, buat hal sendiri. Kalau interaksi ngan blogger tu bagus, memang seronok..
shraqs recently posted…Apple iPhone 5th Anniversary
tengok niat. apa yang kita nak dari blog tu. hoho..
titan recently posted…Update Pertandingan Pengalaman Kena Denda di Sekolah
Termatlah bertul saudara titan. Bila nakkan sesuatu, adala cara yang terbaik..
shraqs recently posted…Sygic Navigator v.11.2.3 Untuk Android
kalau nak duit, buat cara nak dapat duit la. hehe..
titan recently posted…Intensif tunai dari Mamamurai.com
Hehehe…setuju bebeno dgn ayat titan nih…:D
yas recently posted…Intro Pengalaman Kena Dende di Sekolah – Blog Titan|Earncent.com
aku pun setuju dengan kenyataan ko ni. hehe..
titan recently posted…Jual air jus buah, dapat RM500 sehari.
Saya menulis entri bergantung kepada masa. Biasanya saya hanya akan bermula menulis entri bermula jam 10 malam dan selebihnya diperuntukkan untuk menjawab komen di blog dan membuat blog walking.
Kalau hujung minggu berlainan sedikit.
akubiomed recently posted…Blogger prihatin: Misi derma darah di PDN tercapai.
Rata2 kita semua ni bukannya blogger sepenuh masa kan, jadi memang tak dinafikan kita masih lagi dikekang dengan tanggungjawab lain yang lebih memerlukan. Lihat yang positifnya, ini membuatkan kita lebih sistematik ye dak?
shraqs recently posted…Berapa Banyak WordPress Plugin Yang Anda Guna?
tahun lepas aku buat posting sehari 1 entri, slow ya amat…tahun ni aku mmg nak kasik up lagi, aku akan post 3/4 sehari…tp aku akui kualiti entri aku tak le bagus mana, sumer ttg isu panas jerr..hehehe…cuma yg penting aku nak belajar tackle seo dan serp kat google…
yas recently posted…Kisah Pelajar Cemerlang vs Pelajar Berubah
Itu terpulang bro,.. bergantung pada taktikal masing2.. :)
berazam nak hasilkan satu entri sehari. tapi kalau nak hasilakn yg kualiti mmg tak sempat sebab menulis ini datang dari hati.
ciksembang recently posted…901 Anwar Ibrahim 901 Aqil Hanafi
itu yang susahnya,.. kalau dipaksa nanti lain pulak jadinya kan..
entri yang biasa2
aku fikir paling kurang pun perlu ada satu dalam sehari
tehr recently posted…Yang Mana Satu
utk search engine ngan pembaca setia sebaiknya kena diupdate hari2, baru takde yg kecewa kan
shraqs recently posted…Berapa Banyak WordPress Plugin Yang Anda Guna?
huhu aku tulis entri bila ada idea
aku sekrg memang banyak lagi ide, depan2 tak tau la :)
For me ikut matlamat blogging or target.Tapi untuk kebanyakan local blog malaysia mmg sesuai untuk update ikut skala yg ideal sebab banyak tgk budaya berlainan sedikit dengan blogger India or lainnya. Apa pun Quality content tu terbaek :D . nice sharing bro
shah blogger recently posted…Thesis For Blogspot — Template SEO Friendly Blogger
semuanya kena ikut kesesuaian minat masing2, kalau buat blog jenis news rasanya takde masalah sebab banyak info bleh dapat, tapi klau niche yg khusus memang boleh hentak kepala kat dinding jugak kadang2 tu. Kebanyakan blogger luar yg aku ikut memang jenis yg fokus pd certain niche je, jarang sangat jumpa yg rojak
Aku tak derlah buat posting sampai lebih 2 dalam sehari.. Kalau ada info berguna
dan penting akan aku kongsikan. Apa yang penting perkongsian itu
memberi manfaat kepada mereka yang mungkin memerlukan..
Kau punya posting hari ini kacak… hik3..
nurmisnan recently posted…Penawar penyakti lelah dan semput
Tq bro. Nak berkongsi je bro. Klu blog yg dah lama, jaga konsisten je tak payah nak kerap macam blog baru macam aku ni. Terpaksa kerja lebih sikit :(
shraqs recently posted…Berapa Banyak WordPress Plugin Yang Anda Guna?
aku cuba pntgkan qontent quality dan Konsisten dan Fleksibel, skrg aku cuba posr sehari 1 entry..sekurang2….respon drpd pembaca jugak penting untuk menaikan semangat kita dlm terus berblogging…:)
Tuan Tanah recently posted…Keputusan Kes Liwat Anwar Ibrahim – DSAI tidak bersalah.
content memang kena jaga bro, kbuat cincai2 org tak baca, lepas tu mungkin diorang tak dtg dah. Blog ni pun masih baru jadi aku kenala cuba update sekerap mungkin nak tarik spider search engine. Tang komen tu teramatlah tepat, dorongan yg cukup besar klau ada yg beri respons :)
shraqs recently posted…Watak Manga Bagi Jenama Telefon Android
tu la content is king hehehehe..;)
sama la aku pun kena update sekerap mungkin..;) kena bermula dr zero semula hahaha..;)
tuan tanah recently posted…Samsung Galaxy III lagi nipis dan sexy
kita masing2 belajar bro
shraqs recently posted…Berapa Banyak WordPress Plugin Yang Anda Guna?
search engine tu penting…blogger dengan search engine memamg akrab :D
kalau nak blog lebih ‘berjaya’ kenih lebih la post…ye dak
Shahrul recently posted…Masalah RSS Feed Lambat Update
btul tu, kerap takpe asalkan berkualiti..
shraqs recently posted…Lagi Free Games Daripada Samsung Kepada Pengguna Galaxy SII & Galaxy Model