Berdasarkan maklumat yang dikeluarkan oleh Samsung, jumlah jualan Samsung Galaxy S Series telah melangkaui angka 100 juta unit dalam tempoh 2 tahun dan 7 bulan bermula pada bulan May 2010 dengan pengenalan model Samsung Galaxy S (I9000). 40% daripada angka ini telah disumbangkan hasil daripada jualan model Samsung Galaxy S III (I9300) yang telah terjual sekitar 40 juta unit dalam tempoh 7 bulan dan purata jualannya sehingga ke hari ini masih lagi berada pada 190,000 unit sehari.

Jualan Samsung Galaxy S Melangkaui 100 Juta Unit
Sumber : http://www.flickr.com/
Menurut Samsung Electronics, pencapaian ini dicetuskan oleh jualan model Samsung Galaxy S II (I9100) yang mencecah angka jualan 40 juta unit dalam tempoh 20 bulan.
Expectation Dan Cabaran
Dengan pencapaian yang sedemikian, situasi ini secara tidak langsung akan memberikan lebih banyak tekanan kepada Samsung untuk terus menghasilkan produk (smartphone) yang lebih berkualiti, inovatif, dan mampu memenuhi kehendak pengguna sekiranya ingin mengekalkan momentum jualan yang sedia ada.
Sebagai salah seorang pengguna dan peminat produk Samsung, saya sentiasa meletakkan harapan yang cukup tinggi agar Samsung akan terus berkembang dan melipat gandakan R&D mereka secara berterusan.
aku tak minta banyak
tapi kalau turunkan harga molek juga
hehe
TehR recently posted…Liga Super 2013 | Kelantan Vs Johor Darul Takzim
itulah yang semolek – moleknya.
Harap Samsung dapat keluarkan produk bercirikan 6th sense…
Camana tuh? Interesting jugak tu…
Harap satu hari nanti samsung keluarkan produk yang canggih sesangat dengan kos rendah, jadi kami mampu milik. Skrin lengkung skrin lengkung~~~ huhu
nazray recently posted…Berapa kerapkah kamu menukar tema blog?
Alangkah bagus kalau jadi kenyataan…
Cukup banyak hasilnya tu.. Boleh diguna untuk R&D projek yang lain pula.. :D
Tak pun beli syarikat lain…
moga Samsung akan terus berkembang dan memberikan keselesaan hidup.
Begitulah yang diharapkan memandangkan saya ni pengguna peralatan diorang yang tidak terhad pada smartphone sahaja…