Proses Demokrasi telah dijalankan, rakyat telah membuat pilihan,.. tiba masa untuk semua rakyat Malaysia menumpukan kepada tanggungjawab meneruskan kelangsungan negara.

Jualan Samsung Galaxy Note Melangkaui 5 Juta Unit

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Samsung, jualan model Samsung Galaxy Note kini melangkaui angka 5 juta unit. Samsung Galaxy Note yang terkenal dengan iklan “Phone? Tablet? Feel Free.. It’s Galaxy Note” dan aplikasi S-Pen yang mengembalikan semula zaman kegemilangan penggunaan stylus di peranti smartphone. Samsung Galaxy Note mula dilancarkan pada penghujung Oktober 2011 dan mengambil masa lebih kurangĀ  5 bulan untuk mencapai jumlah jualan 5 juta unit.

Galaxy Note N7000

Galaxy Note N7000

Selain dari jumlah jualan Samsung Galaxy Note yang tinggi, Samsung turut menguasai kira-kira 67% pasaran smartphone di Korea dan berada di kedudukan kedudukan teratas di negara-negara seperti China, Perancis dan Sepanyol.

Samsung Galaxy Note – ICS 4.0 Dan Premium Suite

Bagi pengguna samsung Galaxy Note, anda perlu bersabar lebih lama sedikit untuk mendapatkan update ICS (Ice Cream Sandwich) 4.0 memandangkan Samsung telah memutuskan bahawa proses update tersebut hanya akan dilakukan pada suku kedua tahun 2012. Buat masa sekarang, Samsung masih lagi sibuk mengeluarkan update ICS untuk model Samsung Galaxy SII (GT-I9100).

Bersempena dengan update ICS 4.0 nanti, pengguna Samsung Galaxy Note turut menerima “Premium Suite” yang merangkumi beberapa ciri yang menarik khusus untuk aplikasi S-Pen.

Firmware Terkini Untuk Samsung Galaxy Note (N7000 – Malaysia Firmware)

Untuk makluman kepada semua pengguna Samsung Galaxy Note di Malaysia, firmware terkini untuk Malaysia region ialah Gingerbread v.2.3.6 – N7000DXLC2 – XME yang dikeluarkan pada 20.03.2012.

Proses update firmware ini boleh dilakukan menerusi 2 kaedah;

  1. Kies (default – recommended)
  2. Odin (manual update – not recommended for newbie) – rujuk xda-developers

Download Link Malaysia firmware Gingerbread v.2.3.6 – N7000DXLC2 – XME.

Sign Up For My Newsletter

> Info teknologi semasa di Malaysia dan dunia,
> Berita gadget terkini (Android & etc),
> Pelbagai tutorial, tips dan tricks,
> Perkongsian wordpress dan sebagainya.

About shraqs

Husband. Blogger. Penggemar Nescafe tak kira masa dan tempat. Obses dengan teknologi smartphone (Android, iOS, and etc). Menjadikan blog sebagai rekod simpanan peribadi dan rujukan kepada semua di masa depan.

Twitter | Facebook | Google+

Comments

  1. kawan saya baru je jadi ahli samsung, tp dia beli S2 bukan Note

  2. kalau tengok promotion galaxy note ni memang mengujakan, sbb tu ramai yang beli
    kimmie recently posted…Seminar WordPress: Akademi DenaiHati

  3. wow…ramainya orang beli galaxy note
    kimmie recently posted…Pendapat: Apa sebenarnya yang kita mahu?

  4. phone gadget idaman aku tak lepas..haha
    kalau banyak share konfirm dah lepas top ten :P
    syahrilhafiz recently posted…FS Icon Theme Untuk Ubuntu

  5. pehh..banyakya orang beli..
    titan recently posted…Gua jentik lu punya bulu ketiak.

  6. samsung note ni memang superb best…
    madammondoq recently posted…Belajar Menghargai Orang Dengan Ikhlas

  7. Kalau tak tahu nak pilih tablet atau smartphone.. Ambil jalan tengah, tangkap Galaxy Note! :D
    anif recently posted…Penyelesaian Masalah Bermula Dengan Memahami Masalah

  8. mmg smart dan menggujakan klu dpt atas tapak tangan…

  9. Dasat gak penangan Notes nih bro….5 juta bukan satu angka yg kecik tuu
    yas recently posted…BATTLEFIELD – FILEM PERANG ALA2 TRANSFORMER!!

  10. Memang terbaik setakat ini.. tapi aku tunggu LTE baru grab satu..

  11. berkenan gak dgn note ni….
    azmanisma recently posted…Wordless Wednesday # Take Note Lelaki Kacak!

Comment Policy : Pihak Admin amat menggalakkan komen di blog ini, walau bagaimanapun sila pastikan anda mematuhi Comment Policy yang telah ditetapkan. Pastikan anda merujuk senarai komen terdahulu sebelum mengemukakan sebarang pertanyaan & persoalan. Pihak Admin tidak akan memberikan respon kepada isu berulang. Harap maklum.

Speak Your Mind

*