Baru – baru ini Samsung mengeluarkan maklumat perkembangan jualan untuk dua model smartphone flagship mereka iaitu Samsung Galaxy SIII dan Samsung Galaxy Note II. Berdasarkan kenyataan dari Samsung, model Galaxy SIII telah terjual sebanyak 30 juta unit hanya dalam tempoh 5 bulan dikeluarkan manakala 3 juta unit untuk Galaxy Note II dalam tempoh sebulan.

30 Juta Jualan – Samsung Galaxy S III
Samsung Galaxy SIII
Pada asalnya, Samsung mensasarkan jualan Galaxy SIII akan melepasi jualan 30 juta unit menjelang penghujung tahun 2012, sebaliknya dicapai 2 bulan lebih awal.

Samsung Galaxy SIII
Samsung Galaxy Note II
Disebabkan pencapaian model pertama Galaxy Note (N7000) yang terjual melebihi 10 juta unit, Samsung mensasarkan jualan model Galaxy Note II akan melepasi angka 20 juta unit.

Samsung Galaxy Note II
Berdasarkan angka jualan yang dicapai oleh kedua – dua model ini membuktikan bahawa produk Samsung kini semakin mendapat tempat di kalangan pengguna dan produk mereka turut diiktiraf di seluruh dunia.
Sumber : samMobile.com
pehh..banyak gilaa terjual…
titan recently posted…Komisen ke 21 dari Innity
Sebab tu kayo sangat…
33 juta???!!! WOOUWW!
Adakah Apple akan tergugat…?
Joni Dep recently posted…MOVIE REVIEW: Skyfall penuh dengan plot yang buduh