Jenis Pembaca Yang Melayari Blog Anda

Dalam usaha untuk menjadi seorang penulis blog yang lebih baik, terdapat satu perkara yang kadang-kadang kita abaikan iaitu mengenali dan mengkaji jenis pembaca yang melawat blog kita. Pada asasnya, terdapat pelbagai jenis pembaca, dan untuk memudahkan pengkelasan saya simpulkan kepada 3 jenis yang paling asas.

Sebagai seorang blogger, adalah penting untuk memastikan setiap pelawat yang melawat akan membaca setiap artikel yang ditulis dari A sampai Z dan bonus sekiranya mereka meninggalkan komen. Setiap pelawat mempunyai karenah dan terdiri daripada latar belakang yang berbeza. Setiap daripada mereka boleh hilang minat jika kita tidak mampu memenuhi kehendak mereka. Saya harap artikel ini akan membantu saya dan juga anda semua dalam usaha mengenali jenis pembaca blog yang berbeza dan seterusnya membantu anda menulis dengan lebih berkesan.

1. Pembaca yang Cerewet dan Teliti

Image Credit : Shutterstock

Pembaca jenis ini akan membaca setiap perkataan yang kita tulis. Mereka akan berada di blog anda dalam jangka masa yang yang agak panjang, dan mereka benar-benar akan cuba untuk memahami setiap apa yang anda katakan.

Pembaca jenis ini cenderung untuk mengetahui sesuatu perkara secara terperinci. Mereka suka meninggalkan komen berkongsi pendapat mereka, ataupun memaklumkan anda tentang perkataan yang anda silap eja atau tanda baca yang anda terlepas. Jenis pembaca sedemikian adalah satu-satunya yang benar-benar membaca artikel keseluruhan anda.

Jangan terasa atau tersinggung sekiranya pembaca jenis ini datang ke blog anda, sebaliknya anda harus berasa sangat berbangga dengan kehadiran mereka kerana golongan ini merupakan satu-satunya pembaca yang akan menghargai penulisan anda sepenuhnya.

2. Scanner

Image Credit : Shutterstock

Pembaca jenis ini lebih kepada mencari apa-apa yang dirasakan menarik. Mereka jarang sekali akan membaca setiap perkataan kerana mereka terburu-buru. Mereka hanya akan berada di blog anda untuk tempoh masa yang singkat, biasanya satu atau dua minit.

Golongan ini memiliki kemahiran mencari intipati sesuatu artikel dengan cepat. Pendapat peribadi, majoriti pembaca di blog terdiri daripada kategori ini dan ini termasuklah diri saya sendiri kecuali kandungan artikel yang ditulis berkaitan secara langsung dengan minat mereka. Mungkin ramai daripada kita tergolong dalam kategori ini.

3. Pemburu

Image Credit : Shutterstock

Pembaca jenis ini adalah pembaca yang mudah tertarik kepada tajuk artikel yang “catchy” atau menarik. Selebihnya mereka akan membaca ayat pertama setiap perenggan, imej dan tak lebih dari itu. Pembaca jenis ini mudah dirangsang melalui penggunaan visual, jadi jika blog anda kelihatan “plain” tanpa sebarang imej,.. mereka pastinya akan beralih ke blog yang lain dalam jangka masa yang paling singkat.

Mereka tidak berminat untuk membaca seluruh artikel, mereka hanya mahu tahu intipati asas, dan biasanya aktif di laman-laman seperti Stumbleupon, Twitter, Digg dan sebagainya.

Jadi, Bagaimana Mereka Mempengaruhi Penulisan Kita?

Untuk menjadi penulis blog yang berkesan, kita perlu menulis untuk ketiga-tiga jenis pembaca ini. Apa yang perlu dilakukan ialah;

  • Untuk Pembaca Cerewet dan Teliti – Tulis kandungan yang berkualiti dari awal hingga akhir dan pastikan setiap ejaan, tatabahasa dan tanda baca anda adalah betul!
  • Untuk Pembaca “Scanner” – Menulis dalam betuk perenggan. Cuba elakkan penulisan yang panjang lebar dalam satu perenggan bagi memudahkan golongan ini mengimbas artikel anda. Kita tidak mahu kehilangan pembaca jenis ini kerana mereka adalah yang paling ramai.
  • Untuk si Pemburu – Jangan lupa untuk menggunakan imej-imej yang menarik perhatian dan sesuai dengan artikel.

Kesimpulan

Sebagai penulis blog sebaik-baiknya kita mampu menarik perhatian ketiga-tiga jenis pembaca di atas. Jadi, fahami pembaca anda dan penuhi keperluan mereka. Tanpa pembaca, siapalah kita sebagai blogger. Anda pula tergolong dalam kategori yang mana?

All image credit : Shutterstock

Entri Berkaitan:

  1. Kekerapan Blog Yang Ideal?
  2. Topik Blog Yang Kekal Evergreen
  3. Berapa Banyak WordPress Plugin Yang Anda Guna?
  4. Tingkatkan SEO Blog Di AboutUs Secara Percuma
  5. Etika Blogging

Sign Up For My Newsletter

> Info teknologi semasa di Malaysia dan dunia,
> Berita gadget terkini (Android & etc),
> Pelbagai tutorial, tips dan tricks,
> Perkongsian wordpress dan sebagainya.

About shraqs

Pemilik tunggal blog MobilityWorlds yang kembali berjinak-jinak dengan dunia blogging semasa. Terima kasih di atas kesudian berkunjung ke blog ini dan diharapkan kunjungan anda tidak sia-sia. Jangan lupa untuk subscribe atau membaca post-post yang lain.

Comments

  1. semoga bisa bermanpaat buat saya gan

  2. lucu gan bener sangat menarik…..ijin untuk menyimak..
    obat tradisional stroke recently posted..Obat Tradisional Alami InsomniaMy Profile

  3. Rakan Blog says:

    menariknya blog awak ni….TQVM atas info…^___^ sgt berguna
    p/s:nak ajak join rakanblog.com ..exchange website utk bantu membantu sesama bloggers

  4. Shraq,benda ni semua shraq tulis sendiri ke ataupun cari kt tempat lain juga..??
    W.HabibuRahman recently posted..Cara Menghargai Pelawat Blog AndaMy Profile

  5. Yezza.Pembaca y jenis scanner tu mmg teragak ramai dan pembaca y jenis cerewet tu teragak sedikit sekali.Sungguh benar apa yg ditulis kan itu.

    Psssttt : Wan ni jenis yg cerewet tau.Beruntung lah shraq dpt pembaca y mcm ni.Wallah.Haha..
    W.HabibuRahman recently posted..Drama TV Dikala Waktu Kecil KuMy Profile

  6. Biasanya kalau ke satu-satu blog, aku akan tinggalkan komen. Kalau tak satu komen, aku akan tinggalkan dua komen.

    Kalau based on apa shraqs tulis ini, aku rasa aku ni major dalam kategori nombor 1, pembaca yang cerewet dan teliti hhe

    Walaupun tak faham sangat apa benda yang ditulis dalam satu-satu blog tu, don’t care. Tetap nak baca jugak.

    Aa.. lepas tu kalau ada silap eja tu semua hmm hmm hmm memang akan ganggu konsentrasi aku untuk baca dengan penuh nafsu
    sabree hussin recently posted..Kategori & Bentuk-Bentuk Tawakal Umat Akhir ZamanMy Profile

    • shraqs says:

      Kiranya sy ni cukup bertuah sebab ada pembaca spt sdra sabree. Sy suka bila pembaca meninggalkan komen berbentuk ide @ cadangan @ perkongsian @ teguran pun takpe,.. dari situ dpt belajar sy kenbangkan lagi pemahaman dan pengetahuan. Setiap apa yang dikomen, sy cuba lihat dr sudut positif dan objektif.

      BTW, TQ sebab singgah. :)
      shraqs recently posted..WordPress Untuk Android Update v.2.0.5My Profile

  7. padin says:

    hehe, bagi blog yg hari2 kunjung, memang baca dari mula sampai habis, bagi blog yg jarang.. scan tajuk2 artikel yg dah terlepas, yg mana menarik hati baca juga sampai abes, :D
    padin recently posted..Meja PeribadiMy Profile

  8. suri says:

    em saya pernah dapat respon dair pembaca yang pertama tu..kedua admin pun penah tegur heee..

    saya amat rasa d hargai bila ada yg tegur dri diam diri hee..apapun klu kesalahan tu rasanya cpt2 d betulkan nnti lupa plk heee

  9. acapz says:

    aku berubah2. kdng2 aku jadi pmburu. tngok mne yg best baru aku drop by komen. tngok jgk la tjuk artikel tu. yg pling mnrik perhtian aku about komputer la
    acapz recently posted..ANON SMS BOMBER (Malaysia ONLY)My Profile

  10. puan kutu says:

    sy selalunya akan jadi yg 1..kadang2 je jadi yg no2 dan jarang jadi yg no 3.pendek kata ketiga2nya..:)

    entri yg bagus..sy mmg tak pernah peka dengan pembaca blog sy,belasah je sesedap rasa..:)
    puan kutu recently posted..Sotong Bakar Simple Lagi SedapMy Profile

  11. kimmie says:

    saya rasa masuk kategori 1 & 2 kot, sebab kalau tak baca betul2 …nnt tak tahu nak komen apa. Lg satu kategori 2 tu boleh dikatakan mereka yg ada skill speed reading. Lec saya selalu suruh kami semua belajar skill ini…bagus. Pick up point penting.
    kimmie recently posted..BBQ sempena cuti Tahun Baru CinaMy Profile

  12. Jomtonton says:

    Rasanya saya lebih kepada kategori no 1. Saya akan baca artikel dan semua komen2. Jika topik tersebut sesuai untuk saya tinggalkan komen, maka saya akan komen. Walaupun blog saya sendiri bukanlah kategori blog ilmiah :) Sedar tak sedar, rasanya dah 1 jam saya merayau kat blog ini..
    Jomtonton recently posted..FA Cup 28 Jan 2012 – Liverpool v Manchester UnitedMy Profile

  13. Fakhruddin says:

    kategori no 2 ya!
    Fakhruddin recently posted..K-POP 24:7 VS Cik Epal-POPMy Profile

  14. cik tom says:

    ciktom kategori no 2…suka scan entry..
    cik tom recently posted..Selamat Tahun Baru CinaMy Profile

  15. paihujey says:

    aku termasuk dalam ketiga-tiga senarai kat atas ni..haha..aku tengok tajuk,menarik atau tak..pastu akan tengok isi kandungan yang tak terlampau panjang kalau tak aku jadi scanner..tu la..kena tengok dari segi artikel tu jugak la..menarik untuk dibaca atau untuk discan..haha..rasa agak kejam bila jadi scanner ni..
    paihujey recently posted..Apa Pendapat Anda ?My Profile

  16. Azman says:

    Saya ada 3 ciri2 diatas dan bergantung pada masa saya.Biasanya sebelah malam saya akan cari entri yg best2 pada pandangan saya,dan saya akan baca setiap perengan secara detail.

    Kalau waktu kerja masa terbatas,biasanya saya scan apa yg menarik he3…kalau terlalu panjang terpaksa “bookmark” terlebih dahulu,bila malam boleh baca.
    Azman recently posted..Artis dan KeywordsMy Profile

  17. Queen says:

    saya boleh jadi yang ketiga-tiga di atas… hehehehe
    Queen recently posted..Isteri Calun NerakaMy Profile

  18. tehr says:

    aku ni mungkin no 2
    tak teliti sangat dan aku suka entri santai je
    tehr recently posted..Mengawal Bahaya FacebookMy Profile

  19. yas says:

    Salam Jumaat bro…
    Aku pun rasa aku ni tergolong yang no 2 tu…sang scanner.., sentiasa terkejar2 nak melawat/ziarah kengkawan yg lain….masa selalunya mencemburui jenis org mcm aku nih….hehehe
    yas recently posted..Rasuah Bolasepak Perlis – Betul Ke?My Profile

  20. nizam says:

    jenis saya kesemua sekali..but mostly saya jenis pembaca yang membaca satu persatu…lebih2 lagi blog yang selalu saya kunjungi…
    nizam recently posted..Dihalang Berenang Kerana Menutup AuratMy Profile

  21. faiz says:

    mungkin aku tergolong no 3 kot..heheh
    faiz recently posted..Hati-hati Di Jalan RayaMy Profile

  22. ohcikgu says:

    ohh, ada jenis macam-macam pembaca rupanya..
    ohcikgu recently posted..Punca pelajar menengah gagal membaca, menulis – Hassan SallehMy Profile

  23. anif says:

    Susah nak puaskan hati semua orang.

    Apa pun sentiasa cuba memperbaiki lagi mutu penulisan. Usaha yang tidak akan berhenti, sampai bila-bila.. :D
    anif recently posted..Johor Premium Outlets – New Store OpeningMy Profile

  24. Shahrul says:

    yang penting isi blog dan penulisan menarik, semua jenis pembaca sukakannya pun
    Shahrul recently posted..Apakah SOPA/PIPA dan Kesannya?My Profile

  25. chii says:

    mcm chii sendiri..depends pada keadaan..tp mcm byk 2 ngn 3 je..eheehe..
    chii recently posted..Wordless Wednesday #15 – Si Pembuat KuihMy Profile

  26. hatiputera says:

    saya pembaca no 1,2 dan 3….
    hatiputera recently posted..Kelayakan piala thomas 2012 tanpa Lee Chong Wei?My Profile

  27. puanbee says:

    no 2 dan no 3 , no 1 baca memang ye , komen pasal dia tu tk ..
    puanbee recently posted..Nak Bercuti Di PenengMy Profile

  28. Sepaku says:

    I’m da hunter. he he
    Sepaku recently posted..Sapa kata cikgu balik awal?My Profile

  29. Ali ridha says:

    no.1 dan 2 tu mungkin aku.
    ikut keadaan juga berbuat
    demekian.

  30. bardboo says:

    bergantung kepada blog yang dilawati, kadang2 saya jadi pembaca kategori 1..kadang2 kategori 2 atau 3…
    bardboo recently posted..Ajar Ammar Membaca Menggunakan Flash CardMy Profile

Speak Your Mind

*