Siapalah yang tak suka mandi hujan,.. betul tak? Kalau zaman kecik – kecik dulu memang pantang hujan sikit je terus keluar rumah untuk mandi hujan, tambah pulak kalau rumah di kampung yang ada saluran “larian air” di bahagian bumbung rumah. Tapi bila dah makin berumur ni, pantang terkena hujan sikit pun kepala dah mula pening, silap hari bulan boleh kena selesema atau demam.. hujan bandarlah katakan.
Dua hari saya ambil MC (Selasa & Rabu) memandangkan keadaan tak berapa sihat selepas terkena hujan pada hari Ahad lepas. Orang lain bercuti sambut Hari Malaysia, saya pulak bercuti dengan menelan ubat batuk dan selesema. Suara pun dah hilang, macam mana nak buat kerja?
Buang masa dengan menonton wayang di rumah… koleksi movie yang di download memang banyak dalam simpanan, cuma masa saja yang jarang – jarang ada. Jadi, saya gunakan masa ini untuk buka panggung di rumah. :) Apa lagi,.. tarik HDMI cable, sambung je ke TV.

Home Cinema
Sambil – sambil tu, telan ubat dan tetapkan posisi yang selesa di sofa. Tak sampai lima minit tayangan,.. saya pun dah mula layu. Cerita entah ke mana,.. saya pun entah ke mana..

Ubat Batuk
Begitulah saya habiskan Hari Malaysia ke-49.
Dah masuk hari Rabu, suara makin parah… hampir tak keluar dibuatnya. Inilah masalahnya kalau jadi perokok tegar macam saya ni. Masih batuk, tapi nak jugak merasa walaupun sekali.
“Cukup – cukuplah merokok tu… 10 botol ubat batuk pun tak jadi kalau dok asyik ngan rokok memanjang…”
petikan dari dialog isteri. :)
NOTA : Hanya perokok sahaja yang faham betapa sengsaranya hidup sebagai perokok.
NASIHAT : Kepada perokok – perokok tegar yang membaca post ini,.. sama – samalah kita cuba sedaya upaya untuk berhenti merokok dan kepada yang baru nak berjinak – jinak dan ingin mencuba tu,… TAK PAYAHLAH MEROKOK!
Masih dengan aktiviti yang biasa,.. tonton wayang di rumah sambil – sambil tu sempat juga menjenguk blog. Baca komen dan etc. Kalau diikutkan memang malas nak melayan blog, sebab kepala dan mata ni rasa macam nak terkeluar pun ada.
Petangnya, saya dan isteri ke Alamanda pekena steamboat di Johnny’s Restaurant.. saja nak ambil angin dan tukar selera sikit. Maklum jelah selera makan akan berkurang bila badan tak sihat.

Johnny’s Steamboat
Dah rasa 2 -3 sudu cukuplah,.. kesudahannya, orang rumah yang terpaksa habiskan steamboat.
Jadi, besok akan kembali bekerja seperti biasa. Terima kasih kepada semua pembaca dan rakan – rakan blogger kerana tak putus – putus berkunjung ke blog. Kepada yang mengajukan pelbagai soalan menerusi contact form, harap bersabar.. saya akan membalas sedikit masa lagi.
Sebagai penutup… bila umur dah makin bertambah kenalah jaga kesihatan dengan lebih lagi berbanding masa muda – muda dulu. Jangan mandi hujan dan jangan merokok! Peace!
Semoga dipercepatkan sembuh bro… sahabat2 semua memahami jika tidak berkesempatan untuk membalas……
irsah recently posted…10 Blog Paling Popular Malaysia Dinilai MyBloggerTricks
TQ Irsah. Masih kurang selesa lagi, tambah plak laptop pun kena virus jugak. :(
erm…kalau boleh berhenti…elok la berhenti. Isteri en shraqs tu dah bagi ayat baikkkk punya…hehehehe
kimmie recently posted…Blog…kenapa ia wujud??
Itula kan. Ingatkn boleh berhenti masa bulan puasa tempohari. :-)
Sama macam saya..manja kalau terkena hujan..mesti akan demam atau selesema sehari dua lepas kena..
Hairul Azni recently posted…Kopitiam Kami Seri Cemerlang
Sama spesies la kita ni :-)
bkn manja tu..mmg main hujan leh demam sbnarnya..hehe
Jebeng Otai™ recently posted…Hantu Drift : Drift Motorsikal
Tak sedar diri bro. :)
shraqs recently posted…Apple Firmware Download Page
moga lekas sembuh, bro
ubat tu jangan buat2 lupa pulak
tehr recently posted…Pantun Sakit Perut
Thank u mr tehr. :-)
hujan sekarang ni hujan yang tak sihat.
jadi kenalah berjaga ya.
hafidz recently posted…Wordless Wedneday – Eczema
Itula pasal. Memang bahaya kalau kena hujan sekarang ni.
Sebaik-baiknya berhentilah merokok.. Apa pun semoga cepat sembuh. Amin.
anif recently posted…Live Streaming – The UEFA Champions League – Manchester United vs Galatasaray
Banyak kali dah mencuba. Tapi akan tetap berusaha untuk berhenti. BTW, thanks so much. Really appreciate it.
shraqs recently posted…Cara – Cara Memotong Micro-SIM Dan Nano-SIM
terus mencuba :)
Shahrul recently posted…Kenapa YouTube Tak Mahu Buang Video Anti-Islam
Thanks bro!
shraqs recently posted…Kempen Anti-iPhone