Proses Demokrasi telah dijalankan, rakyat telah membuat pilihan,.. tiba masa untuk semua rakyat Malaysia menumpukan kepada tanggungjawab meneruskan kelangsungan negara.

Jana Duit Melalui Blog Dengan Sponsor Post

Ramai yang bertanya, boleh ke jana duit melalui blog dengan sponsor post? Macam mana nak dapatkan sponsor post? Berapa bayaran yang diterima? dan sebagainya. Memang tidak dinafikan, anda boleh menjana pendapatan sampingan melalui blog dengan menyiarkan sponsor post dengan beberapa syarat. Antaranya ;

  • Blog anda memiliki trafik yang tinggi dan memenuhi kriteria yang dikehendaki oleh advertiser
  • Blog berbahasa Inggeris dan mempunyai internasional trafik lebih mudah mendapat kelulusan
  • Kelebihan menulis dalam Bahasa Inggeris
  • Blog anda di optimize sepenuhnya (professional looking blog)
  • Content yang berkualiti
  • Mempunyai kemahiran asas untuk melakukan research bagi setiap tugasan supaya post anda tidak ditolak
  • …dan sebagainya.

Tetapi, anda perlu bersedia kerana kemungkinan besar blog anda akan di penalized oleh Google sekiranya anda banyak meyiarkan sponsor post. Menurut Federal Trade Comission (FTC) 2009, setiap pemilik blog, publisher mesti disclose setiap link, post, produk, iklan dan semua yang berkaitan dengan aplikasi pihak ketiga yang wujud di blog masing-masing secara jelas untuk mengelakkan pengguna daripada tertipu.

Di mana Anda Boleh Dapatkan Sponsor Post?

Sekiranya anda memenuhi kriteria di atas, terutamanya kriteria yang kedua,.. anda boleh memohon di 5 laman seperti berikut;

1. ReviewMe

Apabila anda mendaftar sebagai Publisher di ReviewMe, pihak pengiklan (Advertiser) akan memilih Publisher blog-blog dan laman web yang paling sesuai dengan keperluan mereka dan kemudian menawarkan sponsor post untuk disiarkan dan anda boleh memilih untuk menerima atau menolak setiap tawaran yang dikemukakan oleh Advertiser. Anda akan dibayar sekitar $ 20.00 – $ 200,00 untuk sponsor post lengkap yang disiarkan di blog anda. Pendaftaran adalah percuma.

2. PayPerPost

PayPerPost merupakan salah satu laman yang paling popular untuk sponsor post. Pendaftaran adalah percuma, dan sebagai Publisher, anda boleh menetapkan harga untuk setiap post atau bilangan perkataan. Sekiranya blog anda mendapat kelulusan, apa yang perlu dibuat ialah mencari peluang yang ditawarkan. Bayaran akan dilakukan melalui akaun PayPal.

3. SponsoredReviews

Kelebihan SponsoredReviews ialah anda berdaftar secara percuma sebagai Publisher dan berpeluang untukĀ  mencari tawaran terbuka yang diberikan oleh Advertiser atau Advertiser sendiri yang akan memilih anda untuk menerbitkan sponsor post mereka sekiranya menepati kehendak mereka. Apabila anda bersetuju untuk menerima sesebuah tugasan, ia mesti disiapkan dalam tempoh masa 7 hari dan bayaran akan dibuat berdasarkan persetujuan antara Publisher dengan Advertiser.

4. SocialSpark

SocialSpark merupakan sebahagian daripada Izea.com, iaitu syarikat yang sama yang menaja PayPerPost. SocialSpark adalah sebuah laman sosial di mana pengiklan boleh memilih blogger dengan lebih terperinci untuk membantu mereka mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka melalui sponsor post atau dengan memaparkan iklan.

Daftar secara percuma dan anda dikehendaki untuk authorizeĀ  Google Analytics dan Direct Publishing mengikut platform blog anda. Selebihnya, anda hanya perlu mencari post yang anda berminat dan siapkan sponsor post tersebut untuk dihantar kepada Advertiser. Sekiranya diluluskan, post berkenaan akan disiarkan secara automatik di blog anda. Di SocialSpark, sistem yang digunapakai adalah sistem point, dan setiap point yang terkumpul akan ditukarkan ke dalam bentuk tunai.

5. Blogsvertise

Daftar percuma dan segala urusan berkaitan kelulusan, tawaran sponsor post, penghantaran sponsor post dan bayaran akan dilakukan melalui email. Bayaran akan dibuat melalui akaun PayPal.

Selain daripada 5 laman yang menawarkan perkhidmatan sponsor post di atas, masih terdapat banyak lagi laman-laman yang turut menawarkan perkhidmatan yang sama, antaranya ialah; Blogitive, Digital Journal, Social Nexus, Team Mom dan Wise Bread.

[box type="info"] DISCLOSURE : Untuk makluman, admin mobilityworlds pernah menggunakan khidmat dari PayPerPost, SocialSpark dan Sponsored Review. Semua link yang disediakan di atas tidak ada sebarang affiliate dengan pemilik blog mobilityworlds.[/box]

Kesimpulan

Sekiranya anda berminat dan merasakan blog anda memenuhi kriteria yang dikehendaki, anda boleh mendaftar dengan mana-mana laman sponsor post di atas. Perlu diingat, blog anda mungkin akan di penalize dan kehilangan PageRank (PR). Untuk mengelakkan daripada situasi berkenaan, anda digalakkan untuk memilih SocialSpark kerana ia merupakan satu-satunya yang mematuhi sekatan Google dan melakukan pendedahan sepenuhnya.

Untuk gambaran yang lebih lanjut tentang Sponsor Post, saya mencadangkan agar anda membaca post berkaitan dengan Kelebihan Dan Keburukan Sponsor Post Terhadap Blog Anda.

Sign Up For My Newsletter

> Info teknologi semasa di Malaysia dan dunia,
> Berita gadget terkini (Android & etc),
> Pelbagai tutorial, tips dan tricks,
> Perkongsian wordpress dan sebagainya.

About shraqs

Husband. Blogger. Penggemar Nescafe tak kira masa dan tempat. Obses dengan teknologi smartphone (Android, iOS, and etc). Menjadikan blog sebagai rekod simpanan peribadi dan rujukan kepada semua di masa depan.

Twitter | Facebook | Google+

Comments

  1. aku xberapa berbakat kalau nak wat post dalam bahasa Inggeris ni, lintang pukang dibuatnya… tp lumayan jgak kalau sesiapa yg pandai buat ayat ni… leh jana pendapatan sampingan selain iklan2 yang diletakkan di blog..
    lazaac recently posted…Tuts+ Premium : Belajar jQuery Selama 30 Hari Secara Percuma

  2. Pernah jugak dpat beberapa USD dr sponsor post camni.

    Ade yg tersenai kat atas tu dan ade yg langsung tak lepas..hehe

    Yg penting, rasenya bergantung kepada advertiser. Ada yg suka PR. Ada yg suka Traffik.

    Jadi, kalau takde PR sekalipun (PR0), aku yakin ada advertiser yg sanggup bayar kalau kena blognye.

    p.s-dah lama stop benda2 ni…huuuuhu
    hafizmd recently posted…Projek Review Blog di Alexa.com Bermula

  3. wahh hebat yahh ngeblog bisa menghasilka uang..
    semoga sukses selalu..dan salam kenal..
    obat tradisional darah tinggi recently posted…Obat tradisional kanker payudara

  4. pernah register 2 daripada 5 kat atas ni. approved tapi tak sempat nak buat tugasan. next time kot.

    p/s: baru nak terbitkan entry macam ni dalam blog satu lagi :)
    Amirez recently posted…Gambar & Video Majlis Pernikahan Imam Muda Hassan

  5. nice sharing,,,pertama kali dengar pasar sponsored post nie

  6. memang banyak cara buat duit dengan online nie..:) kalau kena dengan gayanya mau jadi jutawan segera…
    Suka Aku. recently posted…Istilah Dunia Blogging Yang Perlu Tahu

  7. blog bm mmg xdpt la nk try..
    cik tom recently posted…Kelebihan dan Kekurangan Moderate Comment

  8. Assalam..
    Yang no 5 tu, saya pernah tulis dan dapat la sikit tapi akaun paypal belum aktif, jadi duitnya pun masih ada dalam tu…
    Sekarang ni rasa malas nak buat assignment, penulisan pun lingkup…
    iza recently posted…Roller Skate Idaman.

  9. tak salah klu berani mencuba klu ada yg benar2 pakar dlm bahasa bi bagus penulisannya tak rugi mencuba nasib kan..

  10. Nice info. Baru tau ada syarikat2 yg memang tawarkan sponsored post secara rasmi. Selalunya mcm nuffnang die pilih bulu sikit haha. Selain tu, pernah gak dapat sponsored posts dari beberapa kali, tapi die akan contact owner blog directly (secara personal). Kalau yang kat atas ni, memang blog bahasa Inggeris je lah kut :D
    Affan Ruslan recently posted…Bantu Saya Untuk Menang Macbook Pro

  11. kat Malaysia tak banyak yang offer sponsor post, Nuffnang je…nak buat blog BI yang tak seronok tu
    Shahrul recently posted…Rombakan Struktur Liga Malaysia

  12. kalau Malaysia, Nuffnang … hhee tu pun tak semua boleh dapat chance tu
    sabree hussin recently posted…Bila Kita Buat Allah Akan Cintai Kita & Manusia Juga Akan Cintai Kita. Apa Dia?

  13. Sponsor post memang menguntungkan, tapi saya rasa kalau kita jual artikel kepada ezinearticles dan menjadi penulis tamu, hasilnya akan jauh lebih baik kerana bayaran setimpal dengan apa yang kita tulis.
    Mama Murai recently posted…cerita motivasi hari minggu

  14. oo mcm ni rupanya sponsor post, memang memberi kelebihan kpd blog berbhs inggeris
    nuriz recently posted…Neelofa Pelakon Cantik Yang Bijak

  15. ohh..macam ni rupanya nak buat duit dengan sponsor post..
    titan recently posted…Lelaki Bangladesh yang kacak

  16. nak berblog menggunakan bahasa inggeris yang malas ni..hehe…
    bardboo recently posted…Antara Perkataan2 Awal Izz Ammar

  17. Panduan yang baik untuk newbie blogger thanks for sharing.. Mungkin anda boleh kongsi pengalaman anda juga.
    Jobless Girl recently posted…Looking for part timers or Freelances

  18. Comment

  19. peluang menarik sebegini jangan dilepaskan. disini bidang blogger juga sumber rezeki / pendapatan yang tetap ;)
    hafidz recently posted…Video : Yuna – Live Your Life

  20. tapi ni semua internasional punye kan?? kalo malaysia buat camni, mmg senang org nak apply..

    kalo kat malaysia, kalo ada yang berminat nk iklan melalui sponsor post..dia akan byr ikut post kan?

    wah, tak pernah dpt dan berharap akan dpt satu hari nanti.
    muazfaris recently posted…Poster Islamik – Antara Pegang Awek dan Pegang Anjing

  21. Ok juga tu tapi syarat dia susah juga nak buat.
    azmanisma recently posted…Bila Bapa ke Pasar

  22. Uishhh..aku belum layak nak hantar post/tulisan kat blog lain…blog sendiri pun terkial2 nak layan…:)
    yas recently posted…Gambar di Pengebumian Whitney Houston

    • Kebanyakan sponsor post ni pasal review website @ produk je bro. Dapat offer, tulis review sikit sebanyak pasal produk diorang, pastu postkan d blog sendiri bila diorang dah terima… aku dulu buat bila kehabisan ide,.. mulala aku ambik 2-3 SP muatkan dlm blog,.. masuk ckit2 pun jadila :)
      shraqs recently posted…Which One Are You?

  23. kena fokus kalau nak buat duit guna cara ni, saya tak sempat la nak buat.
    kimmie recently posted…Copy paste dan menang USD5

  24. aku dah apply dah papyperpost sejak 3 hari lepas, masih xda apa apa lagi
    Juan recently posted…The Sketchbook Project | I try to sketch again

  25. Peluang memang banyak.. cuma malas nak semakkan blog dengan “sponsor post” ni.
    anif recently posted…OS X Mountain Lion

  26. setakat ini belum berminat lagi, mungkin satu hari nanti boleh cuba :)
    rahman recently posted…Makan malam di Kak Nong restoran Kota Kinabalu, Sabah

  27. banyak rupanya peluang utk dapat SP ni yek…
    madammondoq recently posted…Sedarlah Wahai Madam…

  28. wah..menarik..tapi kena serius la kalau nak buat kan… :)
    nizam recently posted…Kesian-Rokok Meletup Dalam Mulut

  29. Blog juga mesti berstatus dofollow. Advertiser akan suka dengan blog berstatus dofollow ini.
    Cikgu Hairul recently posted…Hampir Semua Backlink Nofollow.

Comment Policy : Pihak Admin amat menggalakkan komen di blog ini, walau bagaimanapun sila pastikan anda mematuhi Comment Policy yang telah ditetapkan. Pastikan anda merujuk senarai komen terdahulu sebelum mengemukakan sebarang pertanyaan & persoalan. Pihak Admin tidak akan memberikan respon kepada isu berulang. Harap maklum.

Speak Your Mind

*