Berita tentang Jailbreak iPhone dan iPad telah berlegar – legar di internet sejak beberapa hari lepas. Semua ini gara – gara sekumpulan jailbreakers yang menggelarkan diri mereka sebagai evad3rs yang terdiri daripada pimskeks, planetbeing, pod2g, dan MuscleNerd telah berjaya menghasilkan software yang dikenali sebagai evasi0n untuk melakukan proses jailbreak ke atas iOS 6.0 – 6.1 bagi model iPhone 5, 4S, 4, 3GS, iPad 4, 3, 2, dan mini. Justeru, di bawah ini saya sediakan panduan asas dan cara – cara untuk melakukan jailbreak iOS 6 iPhone 5 menggunakan evasi0n.

evasi0n iOS 6.0-6.1Jailbreak
Persediaan Sebelum Melakukan Jailbreak iOS 6 iPhone 5
TOLONG BACA
- Jailbreak iOS For Beginner.
- Pastikan iPhone anda telah di update ke firmware 6.0 – 6.1. Jika belum, lakukan proses upgrade terlebih dahulu. Panduan proses update secara manual boleh diikuti di SINI, dan senarai iPhone firmware boleh didapati dan dimuat turun dari SINI.
- Untuk menjamin anda tidak kehilangan sebarang data dari iPhone selepas mengikuti proses jailbreak, pastikan anda melakukan backup di iTunes terlebih dahulu. (backup ke PC)
- Matikan fungsi Passcode sebelum memulakan proses jailbreak.
Cara – Cara Jailbreak iOS 6 iPhone 5
Langkah Pertama
- Muat turun software evasi0n dari SINI, dan extract kandungannya.
Langkah Kedua
- Right klik ikon evasi0n.exe dan Run as Administrator.

Run as Administrator
Langkah Ketiga
- Sambungkan iPhone ke PC menggunakan USB cable dan tunggu sehingga evasi0n mengenal pasti iPhone anda.
- Setelah evasi0n mengenal pasti iPhone anda seperti imej di bawah,.. klik button Jailbreak.

evasi0n kenal pasti iPhone
- Proses jailbreak ini akan mengambil sedikit masa untuk memuat naik jailbreak data ke iPhone, reboot, dan seterusnya memuat naik Cydia package ke iPhone. Di peringkat ini, anda tidak perlu berbuat apa – apa, segalanya akan dilakukan secara automatik oleh evasi0n.
Langkah Ke Empat
- Apabila sampai di satu peringkat, evasi0n akan meminta anda untuk unlock iPhone dan klik ikon Jailbreak di iPhone.

Unlock iPhone
- Klik ikon Jailbreak di iPhone seperti imej di bawah. (pastikan anda hanya klik sekali sahaja)

evasi0n Jailbreak Icon
Langkah Ke Lima
- evasi0n akan memuat naik data jailbreak yang terakhir dan tunggu sehingga proses selesai.

Jailbreak Selesai
- iPhone anda akan reboot secara automatik dan proses Cleaning up akan dilakukan di iPhone.

Cleaning up Process
Langkah Ke Enam
- iPhone anda akan reboot dan terdapat ikon Cydia membuktikan iPhone anda kini telah berjaya di jailbreak sepenuhnya.

Cydia
Jika semuanya berjalan lancar, iPhone 5 anda kini telah berjaya di jailbreak sepenuhnya.
salam. saya upgrade ios 6 yg latest kat kedai phone. then iphone hang kat activation. org kedai tu ckp sbb ios 6 tak boleh unlock so iphone xboleh baca sim. nak tanya ada cara tak nak selesaikan problem iphone saya ni..
W,salam.
Model lock version memang dah tak boleh buat apa.
sangat bagus… bro how to jailbreak ipad mini 6.1.3
thx
6.1.3 not yet jailbreakable for the time being.
salam bro..
ada tak cara nak unlock iphone 4 16gb carrier softbank japan..
W’salam,
Kalau unlock guna software hanya boleh buat utk model yang guna baseband
04.12.01 ke bawah dan firmware 5.1.1 ke bawah. Kalau yang dah upgrade, tak boleh.
Sorry!
Wrong info sebelum ni. Abaikan di atas. Buat masa sekarang, semua unlock software dah tak support.
shraqs recently posted…Fundawear – Vibrating Underwear Dari Durex
untuk iphone 4s boleh ikut cara di atas ke???
Boleh selagi guna ios 6.0-6.1.2
salam bro…iphone 4gsm lock..ada cara x nak unlock..detail bro. Ty
sorry bro tambahan. Bro jailbreak dh tp xfull sbb xkluar latestnya jailbreak ios6. still phone xbleh guna sbb sim block. any idea bro..ty
Peluang utk unlock memang nipis sangat. Satu2nya cara nak unlock guna software hanya dengan UltraSnow Fixer. Itupun kalau masih guna baseband 01.59.00 (iPhone 4). Kalau ada buat backup baseband guna TinyUmbrella, mungkin masih ada peluang,.. kalau tak.. memang tak boleh buat apa dah
shraqs recently posted…Android Jellybean 4.1.2 Galaxy S2 (I9100G)
ty bro..mmg xleh la bro..backup mmg xde. cara lain mmg xde bro.
salam bro.. jailbreak untuk ipod x ada kah.. apapun terbaik bro..
W’salam,
iPod touch ke? Kalau model 5G & 4G, masih boleh ikut guide di atas, caranya sama je.
shraqs recently posted…Samsung Galaxy Note II Versi Pink