Proses Demokrasi telah dijalankan, rakyat telah membuat pilihan,.. tiba masa untuk semua rakyat Malaysia menumpukan kepada tanggungjawab meneruskan kelangsungan negara.

Jailbreak iOS 6 iPad mini, 4, 3, 2 Menggunakan evasi0n

Terdahulu, saya telah mengeluarkan panduan cara – cara untuk jailbreak iOS 6 untuk iPhone 5, 4S, 4, dan 3GS menggunakan evasi0n. Melalui post kali ini saya sediakan pula panduan atau cara – cara untuk melakukan proses jailbreak iOS 6 iPad mini, 4, 3, dan 2 menggunakan evasi0n.

evasi0n iOS 6.0-6.1Jailbreak

evasi0n iOS 6.0-6.1Jailbreak

NOTA : Sehingga post ini dikeluarkan, evasi0n telah menerima update ke versi 1.3 dan menyokong iOS 6.1.1

Persediaan Sebelum Melakukan Jailbreak iOS 6 iPad mini

TOLONG BACA

  1. Jailbreak iOS For Beginner.
  2. Pastikan iPad mini anda telah di update ke firmware 6.0 – 6.1. Jika belum, lakukan proses upgrade terlebih dahulu. Panduan proses update secara manual boleh diikuti di SINI, dan senarai iPad firmware boleh didapati dan dimuat turun dari page iPad Firmware.
  3. Untuk menjamin anda tidak kehilangan sebarang data dari iPad selepas mengikuti proses jailbreak, pastikan anda melakukan backup di iTunes terlebih dahulu. (backup ke PC)
  4. Matikan fungsi Passcode sebelum memulakan proses jailbreak.

Cara – Cara Jailbreak iOS 6 iPad mini

Langkah Pertama

Langkah Kedua

  • Right click ikon evasion.exe dan Run as Administrator.
Run as Administrator

Run as Administrator

Langkah Ketiga

  • Sambungkan iPad mini ke PC menggunakan USB cable dan tunggu sehingga evasi0n mengenal pasti iPad anda.
  • Setelah evasi0n mengenal pasti iPad mini anda seperti imej di bawah,.. klik button Jailbreak.
Jailbreak iOS 6 iPad mini

Jailbreak iOS 6 iPad mini

  • Proses jailbreak ini akan mengambil sedikit masa untuk memuat naik jailbreak data ke iPad, reboot, dan seterusnya memuat naik Cydia package ke iPad. Di peringkat ini, anda tidak perlu berbuat apa – apa, segalanya akan dilakukan secara automatik oleh evasi0n.

Langkah Ke Empat

  • Apabila sampai di satu peringkat, evasi0n akan meminta anda untuk unlock skrin iPad mini dan klik ikon Jailbreak di iPad.
  • Klik ikon Jailbreak di iPad mini seperti imej di bawah. (pastikan anda hanya klik sekali sahaja)
evasi0n Jailbreak Icon

evasi0n Jailbreak Icon

Langkah Ke Lima

  • evasi0n akan memuat naik data jailbreak yang terakhir dan tunggu sehingga proses selesai.
  • iPad mini anda akan reboot secara automatik dan proses Cleaning up akan dilakukan di iPad.

Langkah Ke Enam

  • iPad anda akan reboot dan terdapat ikon Cydia membuktikan iPad anda kini telah berjaya di jailbreak sepenuhnya.
Cydia

Cydia

Jika semuanya berjalan lancar, iPad anda kini telah berjaya di jailbreak sepenuhnya.

NOTA : Panduan dan Langkah – Langkah Jailbreak iOS 6 iPad mini yang saya sediakan di atas juga boleh dijadikan sebagai panduan untuk melakukan proses jailbreak ke atas model iPad 4, 3, dan 2 yang menggunakan iOS 6.0 – 6.1.

Sign Up For My Newsletter

> Info teknologi semasa di Malaysia dan dunia,
> Berita gadget terkini (Android & etc),
> Pelbagai tutorial, tips dan tricks,
> Perkongsian wordpress dan sebagainya.

About shraqs

Husband. Blogger. Penggemar Nescafe tak kira masa dan tempat. Obses dengan teknologi smartphone (Android, iOS, and etc). Menjadikan blog sebagai rekod simpanan peribadi dan rujukan kepada semua di masa depan.

Twitter | Facebook | Google+

Comments

  1. Salam bro….klau iPad saya 6.1.3 still blh jailbreak guna evasi0n….sbb tkut jugk nk
    Buat kut2 tiba2 jd xbtol iPad ni….

  2. Salam bro… Says bru bli ipad mini.. To xbleh nk download coz kna tukar Dari u.s store ke Malaysia store… Ada apa2 cadangan tak untuk nk download software @ games dr apps store… Tq

  3. Thanks bro….success. Mudah sgt apple ni..android pun ada gak payahnya. Tp masih kabur2 lg ni mcm mane guna…lepas jailbreak ni anything bleh download derect ke?? Atau ada cara2 nye?

    • Kerja2 synchronize, backup, upgrade diorang memang senang. Semuanya boleh dibuat satu tempat je (iTunes). Selalu2 la buat backup di iTunes tu bro. Kalau berlaku apa2 senang keje nak restore semula.

      Utk barang2 panas, saya tak sempat nak release lagi buat masa ni. Nak kena susun betul2, karang tak pasal2 ada yang haru biru dibuatnya. Sabar dulu ye..

  4. aku br je beli ipad mini ni dan first time guna apple. Klu dh jailbreak bleh x patah blik mane lah tau nak claim ke??

  5. mmg terbaik jb guna evasi0n ni.
    tak sampai 5minit setel sume….terbaik

Comment Policy : Pihak Admin amat menggalakkan komen di blog ini, walau bagaimanapun sila pastikan anda mematuhi Comment Policy yang telah ditetapkan. Pastikan anda merujuk senarai komen terdahulu sebelum mengemukakan sebarang pertanyaan & persoalan. Pihak Admin tidak akan memberikan respon kepada isu berulang. Harap maklum.

Speak Your Mind

*