Sepertimana yang telah dijanjikan menerusi post sebelum ini, saya sediakan sedikit review berkaitan dengan smartphone terbaharu keluaran Apple, iPhone 5. Harga di pasaran Malaysia untuk model iPhone 5 16GB ialah RM2199.00 dan boleh diperolehi dengan tawaran – tawaran yang menarik dari syarikat – syarikat telco tempatan khususnya Celcom, Maxis dan Digi.
Pandang Pertama Apple iPhone 5
Menerusi post ini, saya tidak akan menyentuh sebarang aspek berkaitan dengan spesifikasi iPhone 5, semuanya telah diterangkan menerusi post yang terdahulu.
Segala imej di bawah ini telah diubahsuai (saiz pixel) untuk disesuaikan dengan blog.
Secara jujurnya, reka bentuk iPhone 5 ini tidak jauh berbeza jika dibandingkan dengan model iPhone 4 dan iPhone 4S. Perkara yang paling ketara hanyalah dari segi panjangnya sahaja. Kepada yang memiliki saiz tangan dan jari yang agak besar seperti saya (tangan dalam gambar, bukan saya) anda akan dapati penggunaan iPhone agak sukar.

iPhone 5 (Mickey Screen Protector)
iPhone 5 menawarkan kualiti sound (speaker) yang cukup memuaskan dan lebih bagus jika dibandingkan dengan Galaxy S3, lebih – lebih lagi sekiranya anda menggunakan earpod.

Top & Bottom (Power, Speaker, Headphone Jack & Lightning Port)
Dari segi fungsi kamera, iPhone 5 hanya dilengkapi dengan fungsi standard sahaja.

Volume Rocker & Camera

Earpod & Charger
Final Thought
Secara peribadi, saya boleh bagi 3 1/2 bintang sahaja untuk iPhone 5 ini memandangkan terdapat beberapa faktor yang menyukarkan saya untuk menggunakannya. Faktor yang paling besar ialah saiz dan reka bentuknya yang tidak selesa bila dipegang (kurang grip), kesukaran untuk menggunakan keyboard (ini yang paling tension, selalu tersalah button).
Sekiranya anda berhasrat untuk mendapatkan iPhone 5, terdapat beberapa perkara yang perlu anda pertimbangkan terlebih dahulu. Segala perbandingan antara Kelebihan dan Kekurangan iPhone 5 telah saya update.
fuh cair..dpt guna rebat bagus jugak ni..hehe
syahrilhafiz recently posted…(Parody) Sindrom Oppa Gangnam Style Rakyat Malaysia
Tunggu bila dapat jailbreak nanti lagi best bro.. ha ha
Rasanya tak jadi nak beli iPhone ni dalam masa terdekat. Baik beli kereta dulu. Kih3
Kereta lagi penting…
nampaknya masih belum dapat mengatasi galaxy s3 keseluruhan nampaknya.
Ladfe Amir recently posted…Lagi RM20 Sahaja (Part 1)
Memang tak dapatla bro… banyak yang masih ketinggalan.
fuh! nampaknya mmg panas statement ni…kenyataan yg apple harus terima…hehee
hafizmd recently posted…Edisi Ringkas Ambil Kesempatan 10 Blogger Terbaik Malaysia 2012
Panas ke tu bro? Takdelah, itu cuma pendapat peribadi sy sahaja.
marah apple fanboy nanti hehe
Amirez recently posted…Majlis Tahlil Arwah – Pro dan Kontra
Takpelah, nak buat camana kan. Citarasa berbeza. :)
harganya masih di luar jangkauan aku
mahal tu
TehR recently posted…Sekeping Poskad Misteri
Saya pun beli tak guna harga tu,.. mahal sangat tu…
aku memang takkan beli buat masa terdekat ni. haha..
titan recently posted…Tahun 2012. Sayonara.
Tunggu screen lagi besar bro…
iphone 5 ni adalah penambahbaikan daripada iphone 4s dan iphone2 terdahulu, sama macam saya jugak mula2 pakai iphone 4 dulu, mesti salah tekan button, tapi lama kelamaan, dah tak ada kesalahan, kita kene selalu practice la untuk guna iphone ni.
nazray recently posted…Info tentang Glass project dari google.
Dulu memang sy salah seorg pengguna iPhone, dr model 2g sampailah 3gs. Bila dah terlibat dgn android, baru sedar banyak function basic yg sy perlukan ditawarkan scr default oleh android tidak dimiliki oleh iphone tanpa jaibreak.
Buat masa sekarang, sy tgh kemaskini post perbandingan antara android vs iphone.
Tidak sy nafikan, perlu digunakan scr berterusan utk membiasakan diri dgn iphone.
tak sabar nak bace post baru perbandingan android dengan ios, jailbreak untuk ios 6 pun tak tahu bila nak keluar, tapi sampai bulan 4 ni jailbreak ios 6 tak keluar lagi, aku nak amek samsung g. note 2 la..hehehe…. sedang menunggu update dari bro…
nazray recently posted…Info tentang Glass project dari google.
Maish ada beberapa perkara nak dikemaskini. Sabar2.
Jailbreak utk iOS 6 memang menyedihkan buat masa sekarang,.. jangan tak dapat langsung dahla.
Apple kelihatan terlampau menjaga keeksklusifan mereka sampai menyusahkan pembeli =)
hafizmd recently posted…Edisi Ringkas Ambil Kesempatan 10 Blogger Terbaik Malaysia 2012
Malam tadi saya juga mencuba iphone 5 ni secara personal. Mmg x menyesal saya ambl s3…..
WRizuan recently posted…Unifi @HyppTv Alami Gangguan ?
Samala ngan saya bro.
ciktom mmg dah xkan beli kot sbb br je beli hp bln puasa aritu…
cik tom recently posted…Selamat Tinggal Google Friend Connect
Ini hanya untuk wife je Ciktom,.. kalau saya memang tak la kot..
Curious kenapa ada bayangan Mickey di belakang iPhone? haha
iPhone 5 memang iPhone terbaik setakat ini, tetapi kerana tidak jauh sangat beza, walaupun screen dibesarkan, tetapi masih bukan resolution ideal untuk video dan sebagainya.
Kalau dari iPhone 4 kebawah mungkin patut upgrade, kalau dari 4s, tunggu 5s mungkin. :)
Izzat Aziz recently posted…Resolusi 2013 #5 : Majukan blog ini
Mickey tu screen protector (depan & belakang)… maklumla, phone hadiah utk wife yang suka barang2 cute ni semua. ha ha
BTW, screen tak besar pun, hanya dipanjangkan sahaja…
:D Hari-hari pakai tentu akan dapat rentaknya..
Frustrated. Banyak kekurangan basic function bg smartphone.