iPhone 5, Antara Kelebihan Dan Kekurangan

Menerusi review yang pertama, saya hanya menyentuh beberapa perkara ringkas sahaja tentang Apple iPhone 5. Seperti yang telah dijanjikan, menerusi review kedua ini saya akan menyentuh secara lebih mendalam tentang ciri – ciri kelebihan dan kekurangan iPhone 5. Untuk memberikan gambaran yang lebih jelas, perbandingan telah dilakukan dengan model Android smartphone (Samsung Galaxy SIII).

Kelebihan dan Kekurangan iPhone 5

NOTA : Review berikut mungkin tidak akan disenangi oleh sesetengah pihak dan diharapkan semua pembaca dapat menerimanya secara objektif. Perbandingan kelebihan dan kekurangan iPhone 5 yang saya lakukan ini berkisarkan aplikasi standard yang sepatutnya dimiliki oleh semua smartphone. Ciri – ciri di bawah ini telah disusun mengikut keutamaan berdasarkan keperluan dan kepenggunaan saya semata – mata dan mungkin berbeza dengan pengguna lain. Perbandingan ini juga tidak melibatkan sebarang root dan jailbreak akses. Harap maklum.

Kelebihan Dan Kekurangan iPhone 5 vs Android (Galaxy S III)

1. Phone Block / Contact Block

Secara jujurnya, ciri ini adalah yang paling penting bagi saya. Kebanyakan smartphone android (high-end) dilengkapi fungsi ini secara default bagi membolehkan pengguna menghalang mana – mana contact number yang tidak diingini daripada membuat sebarang panggilan atau sms ke nombor telefon anda. Malangnya, iPhone 5 masih jauh ketinggalan dengan hanya menawarkan fungsi Do Not Disturb.

Phone Blocker - Reject Call

UPDATE : Fungsi Blocker telah diaktifkan oleh Apple menerusi iOS 7. Rujuk post Cara Mengaktifkan Call Blocker Di iPhone iOS 7.

2. App Lock / Photo Lock / Gallery Lock

Sudah menjadi lumrah manusia yang penuh dengan sifat ingin tahu,.. perkara pertama yang di browse setiap kali “meminjam” smartphone ialah Gallery atau Photo. Untuk pengguna android, terdapat pelbagai third party apps yang boleh diperolehi secara percuma samada di Samsung Apps atau Google Play Store untuk menghalang akses ke atas fail berkenaan dengan pelbagai cara, antaranya dengan meletakkan password untuk setiap aplikasi yang anda rasakan private. Contoh apps : Lock Any App Screen dan Photo Locker (Samsung Apps) –  APP Lock dan Smart Lock (Google Play Store).

Aplikasi sedemikian tidak ditawarkan untuk iPhone 5 melainkan anda perlu mendapatkannya secara premium (berbayar). Secara default, iOS hanya menawarkan fungsi Restriction dengan menghalang akses ke aplikasi tertentu dan disembunyikan dari senarai apps. Apa yang menariknya, fungsi tersebut juga dimiliki oleh android (Hide and Unhide apps).

Restrictions

3. Keyboard

Keyboard di iPhone 5 masih memberikan masalah yang besar kepada saya memandangkan saiz skrin hanya dipanjangkan dan bukan dilebarkan. Tersalah button memang satu isu yang serius memandangkan kita tidak mahu sebarang sms yang dihantar memberi maksud yang berlainan kepada si penerima. iOS tidak menawarkan sebarang alternatif cara penggunaan keyboard sepertimana yang ditawarkan oleh Android. Di android smartphone, anda boleh mengaktifkan fungsi swype (menaip tanpa melepaskan button) dan ini adalah teknik yang saya amalkan. Lebih pantas dan selamat.

Keyboard

4. FM Radio

Wujud atau tidak aplikasi FM Radio di smartphone mungkin bukan satu masalah yang besar kepada sesetengah pengguna dan ini termasuklah saya sendiri. Walau bagaimanapun, bagi sesetengah pengguna yang gemarkan hiburan, radio cukup penting sebagai peneman setia tatkala menggunakan perkhidmatan awam seperti ERL, monorel, komuter, LRT dan sebagainya. Akan ada masanya kita perlukan radio. Sejujurnya, saya tidak faham kenapa agaknya Apple tidak menyediakan servis berkenaan yang rata – ratanya dimiliki oleh kebanyakan smartphone dan mobile phone (high-end dan low-end).

Contoh paling mudah dan paling hampir ialah isteri saya sendiri. Selepas menerima iPhone 5, beliau membawa 2 smartphone ke pejabat (iPhone & Wave) hanya disebabkan aplikasi radio semata – mata.

FM Radio

5. Ringtones dan Alert Tones

Ini satu lagi isu yang sama sejak dari 1st iPhone dikeluarkan pada 2007 hinggalah sekarang. Ringtones dan Alert Tones yang dimuatkan adalah standard dan tidak boleh ditukar ke custom ringtones samada dari senarai lagu yang anda sync menerusi iTunes dan sebagainya mengikut kehendak pengguna.

Sekiranya anda masih berkehendakkan custom ringtones, anda perlu melakukan kerja – kerja leceh yang melibatkan setting, convert, sync dan sebagainya.

Perkara ini langsung tidak menjadi isu di peranti android. Anda boleh memilih sebarang lagu yang anda kehendaki untuk dijadikan Ringtones dengan hanya beberapa klik sahaja.

Ringtones

Berdasarkan imej di atas, terdapat custom ringtones dan stock ringtones di iPhone 5. Custom ringtones tersebut saya sediakan secara manual dan sync ke iPhone menerusi iTunes. Rujuk post : Cara Menghasilkan iPhone Ringtone Secara Manual.

6. Shorcut (Notification Bar)

Perlu ke shortcut ni? Kalau tanya saya, memang perlu. Kenapa perlu? Untuk mendapatkan akses yang lebih pantas tanpa perlu browse ke satu folder ke folder yang seterusnya. Peranti android sememangnya jauh lebih advance jika dibandingkan dengan iOS. Kebanyakan fungsi asas, GPS, WiFi, Sounds dan sebagainya dapat diakses dengan menggunakan fungsi shorcut tanpa perlu browse ke Setting and so on and on and on….

Shortcut

UPDATE : Fungsi shortcut telah diperkenalkan oleh Apple menerusi iOS 7.

7. Camera Tools

Fungsi camera bukanlah isu besar bagi saya memandangkan saya bukannya berminat dengan bidang fotografi. Tangkap gambar pun main hentam sahaja. iPhone 5 menawarkan fungsi camera yang asas dengan dilengkapi fungsi HDR sebaliknya android sarat dengan tools yang menyediakan servis imej manipulator yang baik. Setiap satunya ada kelebihan dan kekurangan masing – masing, bergantung kepada pengguna.

Camera Tools

Rasanya cukuplah setakat ini sahaja post saya buat masa ini. Sekiranya anda ingin berkongsi atau menambah pendapat, sila kemukakan menerusi ruangan komen di bawah.

Final Thought

Berikut merupakan antara sebab kenapa saya hanya berikan 3 1/2 bintang sahaja kepada iPhone 5 dalam post saya sebelum ini (telah dinaikkan kepada 4.5 star selepas update ke iOS 7) . Adalah menjadi harapan saya agar anda menjadikan review perbandingan kelebihan dan kekurangan iPhone 5 ini sebagai panduan asas sebelum memutuskan untuk mendapatkan sebarang smartphone, tak kiralah samada iPhone, Android, Windows Mobile, Blackberry dan sebagainya.

Kenal pasti terlebih dahulu fungsi – fungsi yang anda perlukan di sesebuah smartphone bertepatan dengan keperluan dan corak penggunaan anda. Tersilap pilih, menyesal tak sudah.

Untuk bacaan lanjut : iPhone Atau Android ; Yang Mana Lebih Baik

Comments

  1. jet says

    Nk tnye jailbreak tu ap…………sy nk test pkai iphone…..tp x brp reti……ap yg perlu tngok nk beli iphone ori…..

  2. Apple fan boy says

    Rasanya admin tukar tajuk ajer lah hampir takde kebaikan yg ada pada apple sebaiknya tuka tajuk kebaikkan androids berbanding platform lain

  3. says

    saya pikir kalian yang tertinggal zaman atau apalah, yang jelas system IOS lebih canggih dibanding yang lain, kita lihta sample yang jangan begitu rumit, mungkin karna anda belum terbiasa atau masih awam menggunakan apple, hanya pasaran apple yang tembus keseluruh dunia. app lock dan sebagainya semua ada play store IOS itu sendiri hal yang sama terhadap android, pada awal memiliki android pun standar dan kalo mau lebih advance yang tergantung dari pengguna. wkwkwkwkwk norak nih semuanya. cupu. apple itu raja pasar dunia.

  4. Momok says

    Best sgt ke Samsung S tu??? Btol ke kualiti Samsung in kureng drpd iPhone?? Tkot2 bile trade Samsung kt kedai x laku je…

    • says

      Kualiti produk adalah subjektif, bergantung kepada pengguna. Perbandingan di atas hanya lebih kepada fungsi yang ditawarkan & mengikut keperluan pengguna sahaja.

    • says

      Kalau dah terbiasa dengan fungsi shortcut memang boleh confuse jadinya. Tang design, memang iPhone nampak lagi seksi tapi kurang inovasi (masih teknologi lama).

  5. soph says

    byk je apps yg free utk iphone & ada apps yg kita boleh install utk tahu ape apps yg istore tibe2 nk bg free. utk call block/gallery lock/etc – ada apps utk ni.

    pendapat sy, iphone ni utk org yg nk customize kn phone dia..apps yg ada dlm phone ikot ape yg nk pkai je.

    plus iphone ni user friendly..apps pon senang nk cari, install & byk pilihan. kalo rajin boleh search apps2 yg best ikut keperluan masing2.

    ps: pada sape yg nk pkai iphone tp berniat nk jailbreak, baik pkai android je terus.peace.

    • says

      Saya setuju dikatakan iPhone untuk mereka yang ingin gunakan smartphone secara default (less customization), dan kurang sesuai utk mereka yang suka customize.

      P/S : Sedikit mengecewakan saya sebab inovasi Apple ke atas iPhone semakin kurang.

  6. says

    Den ghaso td dh komen….tp x jumpo lak komen tu…..
    Kalau aku …bila baca2,timang2…aku rasa baik aku beli jenama S….tp tah bila laa….hehehe

  7. says

    sesiapa yang suka lebih “personalize” memang patut ambil android, tapi ramai yang aku dengar dari penguna iphone, mereka suka, sebab simple, dapat apa yang ada je. Ia juga menyebabkan iOS lebih stabil, berbanding Android.

    Tapi android kestabilan dia makin meningkat, terutama untuk high end phone.
    Izzat Aziz recently posted…2012 : Pemerhatian Semula

    • says

      Betul tu bro. Apple cuba minimize system diorang sebaik mungkin utk kestabilan. Utk android pulak, diorang sentiasa berkembang & rasanya takkan berhenti cuma perlu dipastikan setiap versi mampu disokong oleh semua spec smartphone, tak macam sekarang yang hanya fokus kpd high end semata mata.

  8. says

    Saya secara jujur kena ucapkan terima kasih kpd makcik mana tah yg tiba2 dtg di sebelah saya ketika saya membeli Galaxy S3, sbbnya pada awalnya mmg saya nak ambil iphone 4s, masa tu S3 mmg takde dlm kepala fikiran ttp makcik ni dtg untuk melihat S3….secara tdklansung membuatkan saya jatuh hati dan terus membeli S3 beb….

    jadi impian untuk memakai iOS belum masanya lagi hehehe..:)
    budak felda recently posted…Contest Top Refferral iPhone 5 Gadget Impian by Ummihanie.com

  9. says

    1. Phone Block / Contact Block
    – benda ni penting, dan pernah satu ketika dulu saya guna tweak pada iphone ( jailbreak) yang membolehkan kita reject no. yang kita tak mahu dari menelefon atau menerima mesej. Tapi android sudah disediakan didalamnya. Ok andriod menang

    2. App Lock / Photo Lock / Gallery Lock
    -Benda ni penting untuk dasar privacy pemilik handphone. Saya tak pernah lagi guna tweak pada iphone yang membolehkan user mengunci apps. Tapi saya yakin tweak tu ada. Apa yang saya buat adalah dengan tidak membenarkan sesiapa menyentuh handphone saya, lepas lock code juga. Hehe. Ok android menang.

    3. Keyboard
    -keyboard tak pernah mendatangkan masalah kepada saya bila menggunakan iphone. Tapi saya tak pernah guna fungsi “swype” pada android, so saya tak tahu macam mana rasanya. Ok bagi saya ni ‘fair” untuk ios dan android.

    4. FM Radio
    -Satu applikasi kegemaran yang berada di iphone untuk radio adalah, hot.fm, hitz, dan era.fm, tapi malangnya pada pengguna iphone kerana tiada FM transmitter didalamnya, nak dengar radio kene pakai data or wifi. Nak pulak kita yang ade quota, tak cepat habis quota kita tu? huhu. Paling-paling nokia beam ( nokia lampu suluh ) kene masukkan handsfree je lepas tu boleh dengar radio sampai batteri habis takpe, tak usik quota pun. huhu. Ok android menang.

    5. Ringtones dan Alert Tones
    – ringtone adalah satu benda yang leceh untuk iphone, kerana kita kena convert sendiri dari pelbagai format menjadi .M4A. Lepas jadi format .m4a tu baru kita leh transfer ringtone kita ke dalam iphone menggunakan itunes, android boleh pakai mp3 kan, terus je…. ok android menang.

    6.Shorcut
    -Benda pertama dibuat lepas restore n jailbreak iphone adalah install tweak untuk notification centre ( kalau tak silap sbsetting ) lepas tu baru rasa macam android sikit, leh letak shortcut pada NC tu. tapi android sedia ada dah kan. Ok android menang.

    7. Camera
    -bagi saya, iphone lebih cantik resolusi gambarnya berbanding samsung, walaupun 5 mpx bagi iphone 4, ianya sudah memadai dan nampak perbezaan dengan samsung s2. Dari segi tetapan di kamera, samsung lebih banyak fungsinya. Ok sekarang bagi saya iPhone menang sebab saya lebih suka setting yang sedikit berbanding yang banyak dan serabut dan gambar lebih cantik. Ok iphone menang :D

    maaf kalau ade sesiapa yang terasa dengan komen ni. ini hanya pandangan saya. Saya lebih minat ios dari android, tapi kan saya ada bagi android menang :D
    nazray recently posted…Jom daftar rebate RM200 untuk telefon pintar dari SKMM.

    • says

      Terbaik la komen tu bro. TQ banyak2, at least dapat lihat perbandingan dr pengguna iOS sendiri.

      Saya sendiri setuju kalau dikatakan iOS lebih simple berbanding Android sebab diorang kekalkan kebanyakan ciri dari dulu hingga sekarang, cuma ditambah sikit2 utk tidak kelirukan pengguna mereka. Bagi pengguna Android yang baru mungkin akan sedikit keliru sebab sentiasa padat dengan ciri2 baru setiap kali OS mereka diupgrade.

      Apa2 pun kita harapkan pengguna2 smartphone di Malaysia memilih yang terbaik & sesuai dengan kehendak masing2.

      P/S : Apa cerita ni bro,.. Hackulous dah tutup ni?
      shraqs recently posted…Tarikh Istimewa MobilityWorlds – 23 Disember

      • says

        tapi malang bagi pengguna andriod, cuma sesetengah brand device yang menggunakan android je yang akan mendapat update terbaru dari google. huhu, tu salah satu faktor yang saya tak gemar dengan android, berbanding ios, cuma idevice yang lama seperti iphone 2g dan 3g je yang apple tinggalkan dari senarai idevice yang mendapat update untuk ios baru mereka, lagi satu, saya sebenarnya dah tak pakai smartphone, tengah menunggu untuk masa dan duit simpanan untuk membeli smartphone baru, sama ada samsung g. note 2 atau iphone 5. Tapi bulan 4 nanti la, sekarang ni apa cadangan bro. Mana bagus?

        pasal repo hackulous tu, tak bleh wat mender la, haha, tahniah la sape masih pakai ios 5.1.1 yang dah install ‘appsync’, korang masih boleh cari-cari lagi cracked apps dari internet selain dari laman web apptrakcr, dan install dalam iphone, cuma kesian kat user ios6 jer, dah la jailbreak tak ada, lepas leh untethered jailbreak nnt pun belum tentu dorang dapat install cracked apps. Mohon ade developer yang akan menggantikan hackulous. kalau ade, serious! saya akan beli iphone 5 bulan 4 nnt.. ( saya ada masa 4 bulan lagi untuk membuat perbandingan antara ios (iPhone) dan android (samsung)…. yeah!
        nazray recently posted…Jom daftar rebate RM200 untuk telefon pintar dari SKMM.

        • says

          Kalau bulan 4, entah2 Galaxy S IV dah keluar…

          Jailbreak tu pun satu hal,.. nasib baik bukan saya yg guna iPhone 5 tu, kalau tak… memang ke laut la jawabnya (tension).

          Antara Note 2 & iPhone 5, pilihan yang sukar nak buat tu. Memandangkan bro jenis yang minat dengan modded ni semua, saya suggest Note 2… nak tunggu jailbreak utk iPhone 5 tak tahu bila la gamaknya (entah dapat ke tidak)…
          shraqs recently posted…iPhone 5, Pandang Pertama

        • farah says

          ios 6 dah blh jailbreak pn bro..and sy mmg suka iPhone 5 sy y sy jailbreak ni..

          sbnarnye sy suka iPhone sbb body dy cun je..khikhikhi..

          lpas jailbreak kita blh buat apa kita suka la sbb fon kita,iphone sy ni pn dh npk android..btw sy mmg suka apa y ada pd android..
          klau nak pkai iPhone5 berbajet rendah mggunakn android pn kn dh ada..klau xsilap 650..kahkahkah..klau nk sgt iPhone5 android la..klau nk ios y lbih kpd npk smartfon sy mmg suka lpas jailbreak je..klau x..npk cm biasa sgt..xbest..rugi lah bli iPhone5 tp xpuas hati dgn ap ada nye..so jailbreak ada lah jwpan terbaik sy..dn sy suka!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>