Istilah Jailbreak dan Unlock merupakan istilah yang sinonim dengan pengguna Apple produk seperti iPhone, iPad, dan sebagainya. Kebanyakan pengguna mengaitkan atau menyamakan istilah berkenaan dengan istilah root yang sinonim dengan pengguna Android. Page iOS Jailbreak ini saya sediakan khusus untuk memberikan serba sedikit gambaran dan panduan kepada pengguna produk Apple yang berhasrat untuk melakukan proses jailbreak ke atas peranti mereka.

iOS Jailbreak
Apa Itu Jailbreak atau iOS Jailbreak?
Berikut merupakan maksud iOS Jailbreak yang dikemukakan oleh Wikipedia ;
iOS jailbreaking is the process of removing the limitations on Apple devices running the iOS operating system through the use of software and hardware exploits – such devices include the iPhone, iPod touch, iPad, and second generation Apple TV. Jailbreaking permits root access to the iOS operating system, allowing the download of additional applications, extensions, and themes that are unavailable through the official Apple App Store.
Sepertimana proses rooting ke atas Android, iOS jailbreak juga bertujuan untuk mendapatkan akses ke atas sistem fail (Unix filesystem) yang secara default nya tidak boleh di akses oleh pengguna tanpa jailbreak.
Jenis Jailbreak
- Tethered – Proses jailbreak yang tidak kekal. Perlu diulangi setiap kali peranti di reboot menggunakan komputer.
- Untethered – Permanent jaibreak dan tidak perlu diulangi proses yang sama dengan komputer setiap kali reboot. Jailbreak akan kekal di peranti.
Jika dibandingkan, untethered jailbreak merupakan pilihan yang terbaik.
Tujuan Jailbreak
Banyak jawapan yang boleh dikemukakan di sini, antara tujuannya ialah ;
- Install cracked apps (jangan tanya tentang ini, sudah disenaraikan di bawah),
- Mengubah tema / user interface di peranti Apple sebagaimana peranti Android,
- dan sebagainya.
Terma – Terma Asas iOS Jailbreak
Firmware (ipsw)
Firmware yang dimaksudkan di sini ialah OS (iOS). Setiap pakej iOS yang dikeluarkan untuk produk Apple seperti iPhone, iPad, dan iPod boleh dikenal pasti dengan penggunaan extension .ipsw.
Baseband
Asasnya, baseband merupakan modem yang terdapat di sesebuah peranti. Baseband akan di update setiap kali Apple mengeluarkan versi terbaharu firmware mereka bertujuan meningkatkan fungsi dan kualiti signal selain daripada mengekalkan satus lock sesebuah iPhone dengan carrier tertentu. Proses jailbreak dilakukan dengan mencari dan menggunakan sebarang loopholes yang terdapat di baseband.
Cydia
Cydia merupakan software aplikasi untuk iOS yang membolehkan pengguna memuat turun pelbagai pakej software ke atas peranti Apple (iOS) yang telah di jailbreak seperti iPhone dan iPad. Pakej software yang terdapat di Cydia terdiri daripada aplikasi percuma dan berbayar. Dalam bahasa mudahnya, Cydia merupakan sumber aplikasi 3rd party untuk pengguna jailbreak.
Maklumat lanjut : Wikipedia
Jenis – Jenis Jailbreak Software
Sejak iPhone mula diperkenalkan pada 2007, terdapat pelbagai software jailbreak yang telah dihasilkan dengan menggunakan pelbagai gelaran antaranya ialah ;
- Spirit
- RedSn0w
- BlackRa1n
- Pwnage Tool
- Absinthe
- Jailbreakme3
- evasi0n (2013)
Jailbreak Tutorial
- Panduan Jailbreak iOS 6.0 – 6.1.2 iPhone 5, 4S, 4, 3GS
- Panduan Jailbreak iOS 6.0 – 6.1.2 iPad mini, 4, 3, 2
Info Tambahan
Berikut merupakan beberapa info tambahan yang dirasakan perlu dan penting bagi pengguna jailbreak :
Recent Comments