Proses Demokrasi telah dijalankan, rakyat telah membuat pilihan,.. tiba masa untuk semua rakyat Malaysia menumpukan kepada tanggungjawab meneruskan kelangsungan negara.

Introducing Windows Phone 8

Selepas mengumumkan tablet Microsoft Surface, Microsoft sekali lagi membuat kejutan dengan mengumumkan generasi terbaharu mobile OS Windows Phone 8 mereka di San Francisco. Menurut Joe Belfiore (Windows Phone team) ;

.. it’s the most advanced mobile OS Microsoft has ever made and will arrive on new phones later this year.

Windows Phone 8 akan menggunakan UI (user interface) yang hampir sama sebagaimana di platform Windows 8 untuk PC dan tablet.

We’ve based the next release of Windows Phone on the rock-solid technology core of Windows 8. It means Windows Phone and its bigger sibling will share common networking, security, media and web browser technology, and a common file system. That translates into better performance, more features, and new opportunities for app developers and hardware makers to innovate faster.

Ciri – Ciri Windows Phone 8

  • Menyokong multi-core processor
  • Skrin yang lebih besar dan sharp : Windows Phone 8 akan menyokong dua resolusi skrin 1280×768 dan 1280×720
  • Menyokong storan yang lebih fleksibel : Windows Phone 8 menyokong kad MicroSD
  • NFC Wireless Sharing : Teknologi perkongsian wireless jarak dekat ini membolehkan perkongsian dilakukan dengan lebih mudah dan pantas
  • Internet Explorer 10 : IE10 dikatakan lebih pantas dan selamat
  • Wallet : Windows Phone 8 dilengkapi dengan aplikasi digital Wallet dan mampu menyimpan maklumat debit / kredit kad untuk membolehkan pembelian /pembayaran dilakukan dengan lebih mudah menerusi Windows Phone 8
  • Maps dan Directions : Windows Phone 8 dilengkapi dengan Nokia Mapping System (built in)
  • Aplikasi Dan Games : Senarai aplikasi dan games di Windows Phone Marketplace telah melepasi jumlah 100,000.

Windows Phone 8 New Start Screen

Windows Phone 8 akan memperkenalkan start screen yang baharu dilengkapi dengan pilihan warna tema yang pelbagai dan 3 saiz tile yang berbeza. Pembaharuan ini memberikan pengguna Windows Phone 8 lebih banyak kebebasan dalam menentukan ciri start screen yang diingini dan menjadikannya lebih personal.

WP8 - New Start Screen

WP8 – New Start Screen

 

NOTA : Pemilik Windows Phone 7 tidak akan menerima update ke versi Windows Phone 8 sebaliknya hanya akan menerima upgrade Start Screen yang baharu semata – mata dan hanya akan diperolehi selepas Windows Phone 8 dilancarkan secara rasmi.

Windows Phone 8 is a generation shift in technology, which means that it will not run on existing hardware. BUT we care deeply about our existing customers and want to keep their phones fresh, so we’re providing the new Start screen in this new update.

Ciri – Ciri Windows Phone 8 Yang Menarik Untuk Developers

  • Native code support : Windows Phone 8 dilengkapi dengan C / C++, memudahkan proses membina aplikasi untuk pelbagai platform dengan lebih cepat selain menyokong permainan middleware seperti Havok Vision Engine, Autodesk Scaleform, Audiokinetic Wwise, dan Firelight FMOD, serta native DirectX-based game.
  • In-app payments : Developer boleh menjual produk mereka secara maya atau digital menerusi aplikasi yang dibina.
  • Integrated Internet calling : Menerusi Windows Phone 8, developers boleh mewujudkan aplikasi VoIP dan diintegrasikan dengan ciri panggilan yang sedia ada menggunakan paparan antaramuka panggilan yang sama.
  • Multitasking enhancements

Ciri – ciri yang dinyatakan di atas hanyalah sebahagian daripada ciri – ciri penuh yang bakal dimuatkan oleh Microsoft (Windows Phone Team) menerusi Windows Phone 8 Software Developement Kit (SDK) dan Visual Studio 11 based developement tools.

Ciri – Ciri Windows Phone 8 Untuk Workplace

Melalui Windows Phone 8 juga, Microsoft telah memuatkan beberapa ciri baharu untuk disesuaikan dengan workplace, antaranya ialah ;

  • Device Encryption : Windows Phone 8 dilengkapi dengan teknologi yang membolehkan proses encrypt dilakukan untuk keseluruhan peranti, termasuk sistem operasi (OS) dan fail data menjadikannya lebih selamat.
  • Better Security : Windows Phone 8 menyokong protokol United Extensible Firmware Interface (UEFI) dan ciri-ciri secure boot menjadikannya lebih selamat dari malware dengan beberapa lapisan keselamatan.
  • Remote Management : Bagi sesebuah organisasi atau syarikat, ciri Remote Management ini amat penting dan berguna bagi membolehkan peranti diuruskan dari jauh.
  • Company Hub and Apps : Setiap syarikat atau organisasi boleh mewujudkan Windows Phone 8 Hub sendiri untuk kegunaan syarikat dan pekerja mereka.

Bahasa

Windows Phone 8 akan menyokong sebanyak 50 bahasa, dan Marketplace mereka sedang berkembang untuk menyokong muat turun aplikasi di lebih 180 negara.

Software Update

Proses update atau kemaskini Windows Phone 8 akan dihantar menerusi wayarles OTA (over the air).

Final Thought

Kalau beginilah rupa Windows Phone 8, tak mustahil sekiranya saya sendiri akan kembali menggunakan Windows Phone platform. Terdapat banyak peningkatan yang ketara jika dibandingkan dengan versi Windows Phone 7 sebelumnya. Apa yang menarik perhatian saya ialah sokongan terhadap slot microSD dan tahap sekuriti yang ditawarkan.

So, macam mana kawan – kawan sekalian? Nampak gayanya “perang” epik antara Microsoft vs Apple akan berulang kembali. Apa akan jadi dengan Google Android? :(

Sign Up For My Newsletter

> Info teknologi semasa di Malaysia dan dunia,
> Berita gadget terkini (Android & etc),
> Pelbagai tutorial, tips dan tricks,
> Perkongsian wordpress dan sebagainya.

About shraqs

Husband. Blogger. Penggemar Nescafe tak kira masa dan tempat. Obses dengan teknologi smartphone (Android, iOS, and etc). Menjadikan blog sebagai rekod simpanan peribadi dan rujukan kepada semua di masa depan.

Twitter | Facebook | Google+

Comments

  1. Mak aih,x terkejar d buatnya. Masing2 compete antara satu s sama lain. Tp yg pastg krg ni-android msh d hati. Hehe
    chii recently posted…Mari bergotong royong di hujung minggu

  2. Makin hebat. Window 7 pun blom master lagi.
    daddydee recently posted…Tamat Kursus Professional Communication Art

  3. tang native language tu yg agak best..hehe

    back to coding.. :)
    Jebeng Otai™ recently posted…Paparan Skrin Lutsinar

  4. aku masih setia dengan XP. huh.
    titan recently posted…Eyriqazz vs Denaihati

  5. wah, banyak duit perlu guna untuk dapat pengalaman baru dengan windows ni
    tak tahu bila akan jadi kenyataan
    tehr recently posted…Pantun Tidur Mengigau

  6. wah, window phone 8 pun dah keluar, cuma dah lama tak gunakan window phone.

  7. Kena tunggu dulu kot. Lepas seminggu dua ada la yg akan buat launcher utk WP8 ni :)
    shraqs recently posted…Blog Tips – Tingkatkan Page Speed Dengan Mengoptimize Database (Part 3)

  8. Marzuki Abdul Malik says:

    leh pakai kat android tak? hehehe sbb tak jumpa Ui launcher yg funtioning..

Comment Policy : Pihak Admin amat menggalakkan komen di blog ini, walau bagaimanapun sila pastikan anda mematuhi Comment Policy yang telah ditetapkan. Pastikan anda merujuk senarai komen terdahulu sebelum mengemukakan sebarang pertanyaan & persoalan. Pihak Admin tidak akan memberikan respon kepada isu berulang. Harap maklum.

Speak Your Mind

*