Proses Demokrasi telah dijalankan, rakyat telah membuat pilihan,.. tiba masa untuk semua rakyat Malaysia menumpukan kepada tanggungjawab meneruskan kelangsungan negara.

Hansel And Gretel Witch Hunters 3D Review

Rasanya dah cukup lama saya tak keluarkan review pasal movie, yang terakhir ialah Dark Shadows. Sebagai pembuka tirai movie review untuk tahun 2013 ini saya mulakan dengan Hansel and Gretel Witch Hunters 3D yang ditonton pada Jumaat (25 Januari 2013) yang dilakonkan oleh Gemma Artenton dan Jeremy Renner. Jujur saya katakan, saya ni peminat Gemma Arterton.

Hansel And Gretel Witch Hunters

Hansel And Gretel Witch Hunters

Untuk tontonan kali ini, lokasi telah berubah dari tempat kebiasaan dari Mines ke Alamanda memandangkan musim cuti sememangnya Mines akan menjadi tumpuan ramai… dan disebabkan musim cuti tersebut jugalah saya kurang aktif mengeluarkan post baharu. Kebanyakan masa dihabiskan dengan anak – anak buah di JB.

Hansel and Gretel Witch Hunters Personal Review

Original Version

Kepada yang pernah membaca buku atau cerita asal Hansel and Gretel mungkin masih ingat jalan ceritanya yang mengisahkan 2 orang adik beradik (lelaki dan perempuan) yang dibuang oleh keluarga mereka kerana terlalu banyak makan (keluarga miskin). Melalui siri asal juga menceritakan bagaimana mereka cuba untuk kembali ke rumah dengan cara menabur batu dan juga roti sehinggalah bertemu dengan perempuan sihir yang memiliki rumah yang dibina dari coklat. Nak tahu lebih lanjut, baca sendiri la ye.

Witch Hunters Version

Manakala, jalan cerita (plot) Hansel and Gretel Witch Hunters 3D ini pula jauh berbeza dibandingkan dengan versi asal. Versi kali ini lebih fokus kepada penghidupan Hansel dan Gretel di peringkat dewasa dan kerja mereka ialah sebagai pemburu ahli sihir yang jahat. Nak tahu lebih lanjut,.. kena tonton sendiri.

Walau bagaimanapun, di sebalik kedua – dua versi tersebut, masih tersemat beberapa perkara yang penting yang menjadi intipati penting cerita Hansel and Gretel ini iaitu… kembali kepada asal. Walau sehebat manapun kita suatu hari nanti, akan tiba masanya kita akan kembali ke tempat asal. Jadi, jangan sesekali lupakan asal usul kita.

Lakonan, Aksi dan Special Effect

Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan mutu lakonan.

Dari segi aksi dan special effect, sememangnya Hansel and Gretel Witch Hunters 3D ini memang mantap dan penuh dengan aksi, ditambah pula dengan kesan 3D.

Final Thought

Secara peribadi, saya boleh beri 4/5 bintang.

Sign Up For My Newsletter

> Info teknologi semasa di Malaysia dan dunia,
> Berita gadget terkini (Android & etc),
> Pelbagai tutorial, tips dan tricks,
> Perkongsian wordpress dan sebagainya.

About shraqs

Husband. Blogger. Penggemar Nescafe tak kira masa dan tempat. Obses dengan teknologi smartphone (Android, iOS, and etc). Menjadikan blog sebagai rekod simpanan peribadi dan rujukan kepada semua di masa depan.

Twitter | Facebook | Google+

Comments

  1. Ha’ah larr~ baru ingat semula cerita Hansel and Gretel nih… pernah baca buku cerita nih masa kecil-kecil dulu.. tapi sbb cerita nih tak sepopular cerita Snow White dan Cinderella, jadi tak ingat sangat cerita Hansel and Gretel nih… Teringin gak nak tgk movie Hansel and Gretel nih versi 3D… tapi masih belum berkesempatan…
    Akuro San recently posted…Cara Pegang Kamera Part 2 (Compact)

  2. dah lupa bila masanya aku pernah tengok filem 3D
    dah lama sangat dah…
    TehR recently posted…Dialog Tepi Tangga | Isteri Tak Sokong

Comment Policy : Pihak Admin amat menggalakkan komen di blog ini, walau bagaimanapun sila pastikan anda mematuhi Comment Policy yang telah ditetapkan. Pastikan anda merujuk senarai komen terdahulu sebelum mengemukakan sebarang pertanyaan & persoalan. Pihak Admin tidak akan memberikan respon kepada isu berulang. Harap maklum.

Speak Your Mind

*