Proses Demokrasi telah dijalankan, rakyat telah membuat pilihan,.. tiba masa untuk semua rakyat Malaysia menumpukan kepada tanggungjawab meneruskan kelangsungan negara.

Google Memberikan Sitelinks Untuk MobilityWorlds

Baru 2 – 3 hari ini saya mulai perasaan sesuatu yang unik berlaku kepada blog MobilityWorlds ini. Genap 5 bulan mobilityworlds dihostkan di dataKL dan menggunakan domain dari Namecheap, akhirnya Google dengan baik hatinya telah mula memberikan sitelinks untuk MobilityWorlds ini. Kepada rakan – rakan yang mengikuti blog ini dari awal, anda mungkin sedia maklum tentang sejarah kewujudan MobilityWorlds yang asalnya menggunakan platform blogspot (sebulan) dan kemudian berpindah ke platform WordPress pada 27 Disember 2011. Untuk melihat lebih lanjut berkenaan status awal MobilityWorlds, anda boleh rujuk post – post berikut ;

Google Sitelinks Tu Apa?

Google Sitelinks mula diperkenalkan sejak tahun 2005 dalam usaha Google untuk meningkatkan hasil carian search engine mereka dengan memberikan paparan link tambahan terhadap laman – laman tertentu dan seterusnya meningkatkan reputasi serta memberikan trafik yang lebih tinggi. Sitelinks dijana secara automatik, dan direka khusus untuk memberikan hasil carian yang lebih berkualiti kepada pengguna Google search engine.

Macam mana Nak Dapatkan Sitelinks?

Tidak ada jawapan yang konkrit. Walau bagaimanapun, berdasarkan Google Webmaster Guidelines dan dengan mengkaji Google Search Engine Results Pages (SERPs), perkara yang pertama yang ditekankan ialah reka bentuk dan kandungan (design and content guidelines). Hierarki navigasi yang jelas adalah baik untuk pelawat dan membantu enjin carian memahami topik yang dipaparkan di setiap post dan pages.

Google Sitelinks Untuk MobilityWorlds

Berbalik kepada topik asal, carian blog MobilityWorlds di Google search engine akan disertakan sekali dengan 6 link tambahan di bahagian bawah hasil carian dan ianya dikenali sebagai sitelinks. Walau bagaimanapun, semuanya bergantung kepada keyword carian. Contoh sitelinks untuk mobilityworlds adalah seperti di bawah;

Sitelink Untuk MobilityWorlds

Sitelinks Untuk MobilityWorlds

Secara jujurnya, terbit sedikit rasa puas hati apabila segala usaha yang dilakukan selama ini telah memberikan hasilnya sedikit demi sedikit walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai musibah antaranya pengalaman mobilityworlds kena hacked (deface), isu 404 pages yang serius disebabkan penukaran permalink selepas berpindah dari blogspot ke wordpress dan pelbagai isu lain.

Perkongsian Pengalaman

Di sini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman yang saya perolehi dan telah memberikan kesan positif terhadap blog MobilityWorlds.

Design dan Hierarki Blog

Dari awal pembentukan blog ini saya memang telah pastikan hierarki navigasi di blog akan dihadkan dan ditetapkan (category dan pages) supaya tidak terlalu banyak dan tidak berubah – ubah, bertujuan memudahkan kerja – kerja crawling dilakukan oleh spider search engine.

Tangani Masalah Error 404 pages

Tidak dinafikan blog MobilityWorlds berhadapan dengan isu error 404 pages yang cukup serius dan berulang – ulang. Kali pertama menghadapi masalah ini ialah semasa menukarkan permalink dari blogspot style ke ke wordpress untuk mengelakkan broken link. Kali kedua, semasa menukarkan permalink asal yang menyamai blogspot style ke beautiful permalink (post base) dan menggunakan plugin Dean’s Permalink. Kali ketiga, berlaku semasa saya keluarkan plugin Dean’s Permalink (plugin lama) menyebabkan hampir keseluruhan linkback dari blog lain akan menghasilkan error 404 pages.

Hanya 1-2 minggu lepas barulah isu error 404 pages ini dapat saya tangani hampir 98% dengan berbantukan plugin Permalink Finder yang terbukti cukup berkesan dibandingkan dengan beberapa plugin yang dikatakan mampu membaiki broken link / error 404 pages yang pernah saya cuba.

SEO Title, Meta Description dan Meta Keyword Di Kategori Dan Pages Utama

Baru seminggu yang lepas saya mula melengkapkan SEO Title, Meta Description dan juga Meta Keyword untuk Kategori dan Pages utama di blog ini. Antara kategori dan pages yang dimaksudkan ialah senarai menu utama di blog.

Kesimpulan

Tidak dinafikan, masih terdapat banyak lagi perkara yang perlu ditekankan terutamanya dari segi content blog. Dengan menghasilkan post yang konsisten dan mengikut kategori yang khusus (niche) mampu menarik Google Sitelinks dengan lebih pantas.

Sign Up For My Newsletter

> Info teknologi semasa di Malaysia dan dunia,
> Berita gadget terkini (Android & etc),
> Pelbagai tutorial, tips dan tricks,
> Perkongsian wordpress dan sebagainya.

About shraqs

Husband. Blogger. Penggemar Nescafe tak kira masa dan tempat. Obses dengan teknologi smartphone (Android, iOS, and etc). Menjadikan blog sebagai rekod simpanan peribadi dan rujukan kepada semua di masa depan.

Twitter | Facebook | Google+

Comments

  1. ada statik post atau menu google dah suka, tahniah beb! lepas ni PR pulak naik..
    syahrilhafiz recently posted…Bagaimana Saya Menjaga Bounce Rate Blog Bawah 1% ?

  2. tahniah…satu perkembangan yang sangat baik…semoga terus berkembang lain blog ini
    kimmie recently posted…Kembali semula.

  3. tahniah utk sitelinks yg diberikan dpd Google :)

  4. tahniah bro sebab berjaya dapatkan sitelink
    Juan recently posted…Ad Review Center Google Adsense

  5. apa kebendanya sitelinks ni haa..
    titan recently posted…Mencintai Ain Maisarah – Part 1

  6. tahniah, bro
    memang seronok kalau dapat
    satu kepuasan untuk diri sendiri
    tehr recently posted…Pertandingan Makan Laksa

  7. xdpt ag la bro..kene cuba ag ni..
    Jebeng Otai™ recently posted…Hard Disk Rosak

  8. yg terpampang kat sitelinks ni selalu nye yg selalu org cari atau ranks dia tinggi.. hehe..
    muazfaris recently posted…Tips iklan guna Google Adsense di Blog Bahasa Melayu

  9. Tahniah dah ada sitelink… Sy punya entah bila lah kan :(
    Izzuddin Fauzi recently posted…Masyarakat Tepi Depan Belakang Aku

  10. Semoga terus berkongsi :)

  11. Sekarang senang nak dapat sitelinks :)

  12. belum sampai tahap advance macam ni.. baru nak merangkak-rangkak..
    azydy recently posted…10 Gaya Lelaki Kacak Versi Aku

  13. tahniah bro…keep up your good work
    Shahrul recently posted…Lelaki Kacak Semakin Mengganas

  14. tahniah. banyak ilmu gadjet dapat dipelajari dari mobilityworlds. terima kasih berkongsi

  15. Assalam..
    Tahniah.
    Saya dapat rasakan kegembiraan tersebut kerana pernah juga alaminya begitu setelah sekian lama baru dapat sitelinks.
    iza recently posted…Review Blog: Ronaldmohoni.com

Comment Policy : Pihak Admin amat menggalakkan komen di blog ini, walau bagaimanapun sila pastikan anda mematuhi Comment Policy yang telah ditetapkan. Pastikan anda merujuk senarai komen terdahulu sebelum mengemukakan sebarang pertanyaan & persoalan. Pihak Admin tidak akan memberikan respon kepada isu berulang. Harap maklum.

Speak Your Mind

*