Proses Demokrasi telah dijalankan, rakyat telah membuat pilihan,.. tiba masa untuk semua rakyat Malaysia menumpukan kepada tanggungjawab meneruskan kelangsungan negara.

Galaxy Note Menerima Firmware Update Android 4.0.4 DXLR2

Lagi berita baik untuk pemilik Samsung Galaxy Note N7000 di Malaysia. Selepas Samsung Galaxy S3 menerima update Android 4.0.4 (XXBLG1) dengan beberapa penambahbaikan yang ketara, kini giliran Samsung Galaxy Note N7000 pula menerima update Android 4.0.4 DXLR2. Proses upgrade boleh dilakukan menerusi OTA (Over The Air) atau menggunakan Samsung Kies. Sebelum menjalankan proses upgrade, pastikan anda melakukan backup untuk data – data penting seperti contact, sms, dan sebagainya dari peranti anda bagi mengelakkan sebarang isu sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini semasa dan selepas proses update.

Galaxy Note N7000DXLR2 Update

Galaxy Note N7000DXLR2 Update

Firmware Info

  • Model : GT-N7000
  • Android Version : 4.0.4
  • Baseband version : N7000DXLR1
  • Build Number : IMM76D.DXLR2

Ciri – Ciri Terbaharu Samsung Galaxy Note Android 4.0.4 DXLR2

Selain proses upgrade ke Android 4.0.4 dan mengatasi isu bug dalam versi yang asal, update ini turut memuatkan 2 ciri utama ;

  • Signature Unlock peranti menggunakan stylus S Pen dan
  • Pop up play.

Selain itu, Android 4.0.4 DXLR2 turut dilengkapi dengan Swype dan Samsung keyboard yang menyokong Bahasa Malaysia, Indonesia dan sebagainya.

Signature Unlock

Signature Unlock

Signature Unlock

Pop Up play Screenshot

Galaxy Note DXLR2 Pop up Play

Galaxy Note DXLR2 Pop up Play

Personal Thought

Fungsi Pop Up Play berfungsi dengan cukup baik. Sepanjang tempoh menggunakannya lebih kurang 24 jam yang lepas, saya dapati versi ini lebih stabil dan tidak menghadapi sebarang isu lag ataupun hang.

Saya sarankan agar anda (pemilik Samsung Galaxy Note) di Malaysia melakukan proses upgrade Android 4.0.4 DXLR2 ini seberapa segera.

NOTA : Untuk pengguna Galaxy Note Root

Anda akan kehilangan Root access selepas upgrade. Untuk mendapatkan Root Access kembali, sila ulangi proses rooting yang sama di SINI.

Sign Up For My Newsletter

> Info teknologi semasa di Malaysia dan dunia,
> Berita gadget terkini (Android & etc),
> Pelbagai tutorial, tips dan tricks,
> Perkongsian wordpress dan sebagainya.

About shraqs

Husband. Blogger. Penggemar Nescafe tak kira masa dan tempat. Obses dengan teknologi smartphone (Android, iOS, and etc). Menjadikan blog sebagai rekod simpanan peribadi dan rujukan kepada semua di masa depan.

Twitter | Facebook | Google+

Comments

  1. Sedih sbb da 2 kali download firmware tuk upgrade 4.0 tp bila reboot tulis error firmware..please use kies or contact samsung..uwaa….ku da la x hadam2 lg app dlm note ni..main belasah je..

  2. Pohon bantuan, selepas upgrade drp 4.0.3 ke 4.0.4 . tiba2 dia request ENTER NETWORK LOCK KEY. samsung note. dah tak boleh buat call

  3. saya pkai note..tapi dh update ke 4.0.4……p bile sye nak update firmware…xdpat…boleh x bagi tahu cara utk update & install firmware tuk note 4.0.4??……

  4. Salam Ramadhan buat semua. Saya menghadapi masalah unroot. Saya telah beberapa kali mencuba unroot tapi gagal. Ada sahabat di sini yang boleh membantu?

    • proses root & unroot tak sama, depend pada cara root. BTW, cara paling mudah utk unroot :
      1. download stock firmware dr samfirmware utk gnote (free registration)
      2. download Odin 1.85
      3. Flash firmware guna odin.

      root akan hilang.

  5. Nak tanya rakan2 ada tak software facelock for apps pro? Aku pakai tp license error. klu ada leh share dgn semua

  6. gambar lama says:

    walau pun dah ada upgrade 4.0.4, tp tetap tak leh nak mms tanpa “on data pakej”.

    lagi satu, banyak guna RAM. kosong tanpa install apa2 je dah jejak 500-600mb. instal sikit game besar hampir 700mb. selalu hang hp aku.

    Terpaksa downgrade lagi sekali dan entah yang ke berapa ntah. sedih. :(

  7. note ni cam best je.. tak pernah lagi test…tunggu murah baru plan nak angkat 1…hehehe
    daddydee recently posted…Buku Jutawan : Kenapa Saya Membeli Buku Jutawan??

  8. popup play tu mcm menarik la..s2 x der ker?..hehe
    Jebeng Otai™ recently posted…Perhimpunan Oren : Relevankah ?

  9. Hehe..dah upgrade dh…
    Ibu Mifzal Arsyad recently posted…Jadual Waktu Imsak & Berbuka Puasa Seluruh Malaysia (1433H/2012M)

  10. bile la tiba giliran untuk Tab 10.1
    Shahrul recently posted…Jual Tudung Juga Boleh Jatuh Hukum Haram

Comment Policy : Pihak Admin amat menggalakkan komen di blog ini, walau bagaimanapun sila pastikan anda mematuhi Comment Policy yang telah ditetapkan. Pastikan anda merujuk senarai komen terdahulu sebelum mengemukakan sebarang pertanyaan & persoalan. Pihak Admin tidak akan memberikan respon kepada isu berulang. Harap maklum.

Speak Your Mind

*