Proses Demokrasi telah dijalankan, rakyat telah membuat pilihan,.. tiba masa untuk semua rakyat Malaysia menumpukan kepada tanggungjawab meneruskan kelangsungan negara.

Foxconn Bakal Membina Kilang $1 Billion Di Indonesia

Berdasarkan maklumat dan report yang dikeluarkan oleh gamesindustry, Foxconn selaku pengeluar komputer terkemuka bakal membina kilang bernilai $1 billion di Indonesia dan mampu menyediakan 1 juta peluang pekerjaan kepada penduduk di Indonesia.

Foxconn

Foxconn

Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh jurucakap Foxconn, mereka memilih Indonesia selain dari Malaysia dan Vietnam disebabkan kadar perkembangan ekonomi Indonesia yang tinggi – sekitar 6% setahun, yang amat memerlukan pekerjaan, mampu membekalkan tenaga kerja yang besar dengank upah sekitar $ 100 sebulan.

Walau bagaimanapun, belum terdapat sebarang kata putus tentang hal ini memandangkan ia masih lagi di peringkat awal perbincangan. Sekiranya perkara ini menjadi kenyataan, ia akan memberikan banyak impak yang positif ;

  • Produk yang dihasilkan mampu dijual dengan harga yang lebih rendah,
  • Peluang pekerjaan untuk penduduk Indonesia,

Secara peribadi, saya melihat perkara ini cukup positif memandangkan Foxconn memiliki 2 kilang pengeluaran terbesar mereka di China dan Brazil yang memiliki latar belakang negara (ekonomi dan komposisi penduduk) yang hampir sama dengan Indonesia. Secara tidak langsung boleh dilihat bahawa mereka (Foxconn) menjalankan tanggungjawab sosial di samping membuat keuntungan.

Sebagai warga Malaysia dan negara jiran kepada Indonesia, ini peluang yang cukup baik untuk mendapatkan produk berkualiti tanpa mengeluarkan kos yang tinggi memandangkan jarak yang dekat dan kerjasama baik yang sedia terjalin antara dua buah negara sejak dahulu lagi.

Sekiranya perkara ini menjadi kenyataan, makin ramai rakyat Malaysia akan melancong ke Indonesia selain mendapatkan produk Apple. :)

Sumber : bgr.com & gamesindustry.biz

UPDATE : 16 OGOS 2012

Foxconn akan memulakan operasi dengan pemasangan dan pengeluaran 3 juta telefon bimbit setahun. Pelaburan pertama akan bermula pada bulan Oktober dan fasa dua projek akan bermula pada bulan Julai 2013, Foxconn akan membina kilangnya dan meningkatkan pengeluaran kepada 10 juta unit setahun.

Gita Wirjawan, Menteri Perdagangan Indonesia

Sign Up For My Newsletter

> Info teknologi semasa di Malaysia dan dunia,
> Berita gadget terkini (Android & etc),
> Pelbagai tutorial, tips dan tricks,
> Perkongsian wordpress dan sebagainya.

About shraqs

Husband. Blogger. Penggemar Nescafe tak kira masa dan tempat. Obses dengan teknologi smartphone (Android, iOS, and etc). Menjadikan blog sebagai rekod simpanan peribadi dan rujukan kepada semua di masa depan.

Twitter | Facebook | Google+

Comments

  1. pergh.. besar agaknya kilang tu.
    Oh! budu recently posted…lafaz niat puasa dan kelebihan bulan ramadhan

  2. lepas ni chowkit akan jadi sunyi… ramai yang akan pulang ke kampung :)
    rahman recently posted…Minggu ke17 kehamilan

  3. kalau murah barang bagus takpe..jangan tak bagus sudah la..
    titan recently posted…Berpuasa dengan Alpha Lipid Slimdiet II

  4. produk Apple akan jdi lebih murah apabila dibeli terus dari kilang sebab tidak melibatkan kos pengedaran
    iAwani recently posted…Harga Rendah Samsung Galaxy Tab 2 7.0 dan Samsung Galaxy Tab 2 10.1 Dari Promosi Digi Malaysia

  5. bagus la..selain dpt beri peluang pekerjaan pd masyarkt setempat..harga nya nnt pun tidak semahal skrg ni kan :D

  6. lpasni leh crik mobo made in indonesia.. :)
    Jebeng Otai™ recently posted…Pindah Komen Lama Admin Ke Akaun Baru

  7. makin jauh la nampaknya kita akan ketinggalan dengan indonesia nanti
    sekarang pun memang dah jauh
    tehr recently posted…Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Bagi Negeri Kelantan 1433/2012

  8. satu berita yang menarik ni
    mungkin barangnya nanti murah tu :)
    auc dot com recently posted…Marhaban Ya Ramadan

  9. Yang pastinya pemilihan MNC ni biasanya berdasarkan kadar upah yang rendah.
    anif recently posted…1Malaysia Mega Sale Carnival – Johor Premium Outlets (JPO)

Comment Policy : Pihak Admin amat menggalakkan komen di blog ini, walau bagaimanapun sila pastikan anda mematuhi Comment Policy yang telah ditetapkan. Pastikan anda merujuk senarai komen terdahulu sebelum mengemukakan sebarang pertanyaan & persoalan. Pihak Admin tidak akan memberikan respon kepada isu berulang. Harap maklum.

Speak Your Mind

*