Tidak dapat dinafikan lagi, evasi0n telah menempa sejarahnya yang tersendiri sejak dilancarkan secara rasmi pada 3 Februari 2013. Untuk makluman, evasi0n merupakan program / software untuk jailbreak produk Apple (iPhone, iPad, iPod) yang paling popular sejak pengenalan iPhone yang pertama pada tahun 2007.

evasi0n
Program / Software Jailbreak Yang Pernah Dihasilkan
Sejak iPhone diperkenalkan, terdapat pelbagai software jailbreak yang telah dihasilkan dengan pelbagai gelaran antaranya ialah ;
- Spirit
- RedSn0w
- BlackRa1n
- Pwnage Tool
- Absinthe
- Jailbreakme3
- evasi0n
7 Juta Peranti Apple Di Jailbreak Dalam Tempoh 4 Hari Menggunakan evasi0n
Berdasarkan maklumat yang didedahkan oleh Jay Freeman (founder of Cydia)… sejak evasi0n dilancarkan pada 3 Februari - 7 Februari 2013, hampir 7 juta unit peranti Apple telah di jailbreak menggunakan evasi0n. Jumlah ini merangkumi 5.15 juta iPhone, 1.35 juta iPad, dan 0.4 juta iPod touch.
Berikut merupakan kenyataan yang dikeluarkan oleh Saurik kepada Forbes ;
Evasi0n has brought Cydia “insanely more new traffic” than the release of the jailbreak tool called Absinthe that worked on some versions of iOS 5. And even Jailbreakme3, the popular web-based jailbreak released by iPhone hacker Comex in the summer of 2011, was only used on 1.4 million devices in its first nine days online, Comex told me at the time.
Antara punca utama yang menjadikan evasi0n lebih terkenal dan popular berbanding software yang lain adalah disebabkan terdapat ramai pemilik iPhone 5 dan lain – lain model yang telah lama menunggu untuk jailbreak peranti mereka. Seperkara lagi ialah disebabkan oleh tempoh masa yang lama (136 hari) telah diambil oleh jailbreaker untuk menghasilkan jailbreak ke atas iPhone 5 berbanding 98 hari untuk iPhone 4S, 38 hari untuk iPhone 4, dan 14 hari untuk iPhone 3GS.
Statistik UV (unique visitor) Dan Page Views
Berikut adalah statistik untuk UV dan Page Views laman http://evasi0n.com yang dikeluarkan oleh Pod2g pada 4 Februari 2013 sahaja.

evasi0n Stats
Berdasarkan data, terdapat 5 juta UV dan 40 juta page views telah diterima oleh evasi0n.com dalam tempoh sehari (4 Feb 2013).

evasi0n Stats 2
Final Thought
Berdasarkan pengalaman sendiri menggunakan beberapa jenis jailbreak tools sebelum ini, dapat saya simpulkan bahawa evasi0n merupakan tools yang paling simple dan straight forward.
Sukar untuk dibayangkan menerima trafik sehingga 4 juta dalam sehari dan agak – agaknya berapa banyak diorang dapat dari iklan dan juga sumbangan (termasuk saya) memandangkan sudah 5 produk Apple telah saya jailbreak menggunakan produk mereka (evasi0n).
Comment Policy : Pihak Admin amat menggalakkan komen di blog ini, walau bagaimanapun sila pastikan anda mematuhi Comment Policy yang telah ditetapkan. Pastikan anda merujuk senarai komen terdahulu sebelum mengemukakan sebarang pertanyaan & persoalan. Pihak Admin tidak akan memberikan respon kepada isu berulang. Harap maklum.