Proses Demokrasi telah dijalankan, rakyat telah membuat pilihan,.. tiba masa untuk semua rakyat Malaysia menumpukan kepada tanggungjawab meneruskan kelangsungan negara.

Dulu Android Market, Kini Google Play

Bagi pengguna peranti Android, anda mungkin atau tidak perasan bahawa Android Market kini dikenali dengan nama yang baharu iaitu Google Play. Pada 7 Mac 2012, Google telah mengumumkan bahawa mereka akan menukarkan Android Market dengan platform yang baharu dikenali sebagai Google Play yang akan merangkumi semua aplikasi, buku, muzik dan filem di bawah satu platform.

Android Market-Google Play Logo

Android Market-Google Play Logo

Langkah terbaru ini menunjukkan bahawa Google sedang berusaha untuk meningkatkan platform perisian yang lebih meluas, dan bersempena dengan pengenalan Google Play, Google melancarkan “7 Days To Play” iaitu pemberian diskaun kepada aplikasi mereka yang merangkumi aplikasi, buku, filem dan muzik.

Bagaimana Update Ke Google Play

Jika anda mempunyai peranti Android, anda mungkin tertanya-tanya bagaimana untuk update dari Android Market ke Google Play. Untuk menjawab soalan anda, ia akan dikemaskini secara automatik.

Sekiranya peranti anda boleh dikemaskini (stock), aplikasi Android Market akan di update secara automatik kepada aplikasi Google Play secara silent update dan ini bergantung kepada versi yang dikeluarkan oleh Google itu sendiri.
Setelah di update, icon aplikasi Android Market akan diubah kepada icon Google Play yang baharu.

Manakala, bagi yang tidak sabar menunggu proses OTA (over the air) update ini, anda boleh memuat turun aplikasi Google Play Store ini dan melakukan proses installation secara manual di smartphone dan tablet anda.

[box type="download"] Download Google Play Store apk.[/box]

Google Play Store Intro

Sign Up For My Newsletter

> Info teknologi semasa di Malaysia dan dunia,
> Berita gadget terkini (Android & etc),
> Pelbagai tutorial, tips dan tricks,
> Perkongsian wordpress dan sebagainya.

About shraqs

Husband. Blogger. Penggemar Nescafe tak kira masa dan tempat. Obses dengan teknologi smartphone (Android, iOS, and etc). Menjadikan blog sebagai rekod simpanan peribadi dan rujukan kepada semua di masa depan.

Twitter | Facebook | Google+

Comments

  1. terkejut gak chii memula tgk google play..sebab bila pk2 blk..xde pun install menda ni…tp bila cari market..x jumpa2..then klik googlw play..baru tau..okeh..eheheh
    chii recently posted…Banjir

  2. ada dpt mesej auto update, tp tak update pun? knp ye?
    kimmie recently posted…Coretan hati

  3. dah try, memang kool habis UI dia..lagi bagus dari android market sebelum ni
    syahrilhafiz recently posted…The Windows Godmode

  4. tunggu auto update je la. Saya boleh bersabar hehehehe
    kimmie recently posted…My Pinky Moments

  5. nama google mmg nampak besar dan lbh dikenali berbanding android market. lebih2 lg kerana ia menunjukkan kuasa google yg sebenarnya.

  6. Assalam…
    Tadi download game ada keluar google play, ingatkan apa la benda tu, biasanya tak muncul kotak tu..
    iza recently posted…Jawatan Kosong Di Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)

  7. tunggu update sendiri jelah. nak download internet slow sangat sekarang ni
    Amirez recently posted…Ultrabook Toshiba Portege Z830 Notebook Paling Ringan Di Dunia

  8. menarik…bilalah nak pakai android ni..
    nampak best..

  9. tunggu dorang update sendiri lah…tadi aku tgk belum lagi.
    azmanisma recently posted…Cilakak Sungguh Kaki Skodeng

    • Dah ada dah. Kena bukan Android Market tu, main-main sikit… exit, pastu masuk balik dalm 5 minit adalah diorang suruh agree dengan privacy setting

  10. semua dia guna nama google. mcm nak mendominasi market je…

    • Nak buat camana, diorang punya. :) Tapi luar dr US tak berguna sangat, macam books, muzik apa semua tu. Kena tunggu lagi bila diorang dah dpt lesen

  11. Logo yg sangat bergaya
    Aku memang berkenan
    tehr recently posted…Lama Tak Jumpa

  12. On data / WiFi Biar je android phone ni update sendiri :D hehe..
    anif recently posted…Standard Chartered Bank Mengumumkan Kenaikan Kadar Faedah Kad Kredit Mulai 20 April 2012

  13. seronok tengok ada pembaharuan sesuatu benda ni
    Shahrul recently posted…Apa Itu Google Play?

  14. dia nak centralized semua benda bawah play ni, tapi style gak nmpk logo.
    Izzat Aziz recently posted…Pendapat aku mengenai ‘The new iPad’

  15. dah ada google play plakkk..
    titan recently posted…KLserver.net – Hosting kacak idaman semua

Comment Policy : Pihak Admin amat menggalakkan komen di blog ini, walau bagaimanapun sila pastikan anda mematuhi Comment Policy yang telah ditetapkan. Pastikan anda merujuk senarai komen terdahulu sebelum mengemukakan sebarang pertanyaan & persoalan. Pihak Admin tidak akan memberikan respon kepada isu berulang. Harap maklum.

Speak Your Mind

*