Proses Demokrasi telah dijalankan, rakyat telah membuat pilihan,.. tiba masa untuk semua rakyat Malaysia menumpukan kepada tanggungjawab meneruskan kelangsungan negara.

Download Official Facebook Messenger Untuk Windows

Personally, saya bukanlah peminat dan pengguna tegar Facebook. Kalau anda masih ingat, saya pernah mengeluarkan entri “Selamat Tinggal Facebook” gara-gara pengenalan Facebook Timeline. Walau bagaimanapun, bagi pengguna Facebook tegar, ada berita baik yang ingin saya kongsikan hari ini iaitu Facebook Messenger untuk Windows telah dikeluarkan secara rasminya.

Bagi yang telah menggunakan aplikasi ini sejak Disember 2011 (unofficial release / leaked version), ada baiknya sekiranya anda mendapatkan versi yang terbaharu ini kerana terdapat beberapa bug fixes yang dikeluarkan dalam versi official ini.

Buat masa sekarang, Facebook Messenger hanya dikeluarkan untuk sistem operasi Windows 7 sahaja. Bagi pengguna Mac, Windows XP dan Windows Vista, Facebook Messenger akan menyusul kemudian.

Apa yang pasti, dengan adanya aplikasi Facebook Messenger desktop client ini, pengguna Facebook tidak lagi terikat dengan proses Log In menerusi browser sepanjang masa.

Dengan jumlah pengguna sedia ada yang ramai menghabiskan masa di Facebook, kewujudan Facebook Messenger ini sedikit sebanyak mungkin dapat membantu mengurangkan kebergantungan pengguna secara langsung di laman Facebook, sebaliknya menajadikan pengguna lebih bebas, mudah dan interaktif.

Bagi yang berminat, anda boleh memuat turun aplikasi Facebook Messenger Desktop Client DI SINI.

Facebook Messenger

Facebook Messenger

Sign Up For My Newsletter

> Info teknologi semasa di Malaysia dan dunia,
> Berita gadget terkini (Android & etc),
> Pelbagai tutorial, tips dan tricks,
> Perkongsian wordpress dan sebagainya.

About shraqs

Husband. Blogger. Penggemar Nescafe tak kira masa dan tempat. Obses dengan teknologi smartphone (Android, iOS, and etc). Menjadikan blog sebagai rekod simpanan peribadi dan rujukan kepada semua di masa depan.

Twitter | Facebook | Google+

Comments

  1. Aku kalau berchating kt f/b….alamatnya blog terabai laaaa pulakk…:D
    yas recently posted…VIDEO POLIS KEJAR KERETA HANTU

  2. Standalone apps macam YM.. huhuhu, ramai lah yang jadi leka pasni.. harap2 lah janganlah terlalu teruja sangat.. guna mana yang patut dah la kan :)
    Jomtonton recently posted…Keputusan Kelantan vs Navi Bank Saigon 7 Mac 2012

  3. malas nak pasang benda ni.. alamat tak buat kerja nanti.. ada ajer kutu yang ajak chat :)
    rahman recently posted…gambar Mia Sara Nasuha di sekolah

  4. yg ni tak download kot, dah biasa guna YM. Lagipun YM boleh integrated dgn FB
    kimmie recently posted…Wordless Wednesday 19 – Pernah jumpa tak?

  5. serius menarik nih
    Juan recently posted…Download SEO Untuk Semua

  6. ok. yang ni aku leh download kot..
    titan recently posted…Kekacakan Ultrabook Toshiba Portege Z830

  7. haha, affan sebijik macam aku, malas betul nak chat chat ni..
    syahrilhafiz recently posted…Ultrabook Toshiba Portege Z830 Antara Gajet Ketinggalan Zaman!

  8. Wah…boleh try ni.Kalau ada masa nanti nak downloadlah..hoho
    W.HabibuRahman recently posted…Pesanan Dan Mutiara Kata Dari Ustaz Azhar Idrus

  9. Assalam..
    Kalau boleh memang nak elakkan dari chat sebab akan terganggu kerja…kita hanya akan sedar ada mesej bila on laptop.
    Tapi dah download guna android smartphone…bila2 masa saja kita tau ada orang mesej…
    iza recently posted…Raket Nyamuk.

  10. dah lama pakai..so far ok…nice juga…selamat mencuba
    Syahrulzaman recently posted…Cikgu Kalahkan Pelajar Dalam Rap Battle

  11. baik sy ada beberapa blog blh mengayat tulisan merepek2 tapi ada byk nk ckp dg blog ..hurm pakai blogspot jelah..klu pakai blog cinta nnti org kata blog cinta camm blog peribadi plk ados…

  12. terima kash atas maklumat d beri.nnti free mau buat heeee

  13. lagi pratikal heum..sllu main games jer borak2 pun dg kwn satu kolej heee

  14. Ada gak terbaca ni tadi.
    Tapi memang aku tak downlaod lah kut, fb chat pun aku tak suka.
    Kalau sekali chat mau berjam haha
    Affan Ruslan recently posted…Gambar: Bila Salji Cair

Comment Policy : Pihak Admin amat menggalakkan komen di blog ini, walau bagaimanapun sila pastikan anda mematuhi Comment Policy yang telah ditetapkan. Pastikan anda merujuk senarai komen terdahulu sebelum mengemukakan sebarang pertanyaan & persoalan. Pihak Admin tidak akan memberikan respon kepada isu berulang. Harap maklum.

Speak Your Mind

*