Kali terakhir saya mengeluarkan post berkaitan dengan Top Commentator Awards di blog ini adalah pada bulan Mei 2012 dan dihentikan atas sebab – sebab tertentu. Sepanjang menyiarkan senarai top commentator setiap bulan, saya telah dibantu 100% oleh plugin Top Commentators Widget yang dihasilkan oleh Lorna Timbah.
Selain daripada itu, saya juga pernah menghasilkan post berkaitan cara untuk mendapatkan senarai top commentator selepas reset berdasarkan plugin beliau.
Perkara Tak Disangka
Nak dijadikan cerita, disebabkan oleh post tersebut,.. blog mobilityworlds telah disapa oleh author Top Commentators Widget plugin. Rujuk imej di bawah.

Lorna Timbah – Top Commentators Widget
Tak semena – mena mood bertambah baik. Apa taknya, seorang developer telah sudi bertandang ke blog yang tak seberapa ni. Hari ini dalam sejarah la katakan…
Siapa Lorna Timbah?
Berdasarkan page di blog beliau webgrrrl.net, beliau merupakan seorang ibu yang boleh saya kategorikan sebagai seorang yang cukup aktif. Minat dengan wordpress, web developer, seorang pegawai kerajaan dan mejadi pengajar part time di Open University.
Tidak lupa juga, beliau merupakan seorang warga Malaysia, dan lebih tepat lagi Sabahan bah!
Anda boleh merujuk profil beliau di laman wordpress.org untuk melihat penglibatan dan peranan beliau dalam persekitaran wordpress.
Final thought
Diharapkan beliau akan terus menghasilkan plugin – plugin yang berkualiti untuk membantu blogger – blogger di seluruh dunia, dan peluang ini saya gunakan untuk mengucapkan berbanyak – banyak terima kasih kerana menghasilkan plugin Top Commentators Widget yang telah banyak berjasa di blog ini dan juga di blog – blog lain.
Selain daripada itu, saya ingin mengucapkan tahniah kepada beliau kerana telah menjadi role model kepada developer – developer tempatan dengan membuktikan bahawa Malaysia turut memiliki developer yang berkaliber. Selamat maju jaya!
untunglah bro..
author plugins tu..
Mus recently posted…Merakam Gelagat Manusia Di Pasar Tamu Tuaran, Sabah
Bangga amat sangat bro Mus.
memang saya baca tutorial bro mcmmana nak cari balik pemgomen terbanyak utk bulan2 lepas.
selama ni saya ingatkan, cuma plugin authoe dari indonesia je yg ada, rupanya dari Malaysia pun ada. mmg terbaik dan bagus
Ha ha… rasa-rasanya, plugin mana yang lebih bagus tu?
mmg x sangka..leh tumpang bagga sat..hehe
Jebeng Otai™ recently posted…Projek Android : Pos Laju Tracking
Kalau ikut Lorna, katanya masih ramai dev Msia di WP.org…
Bangganya org malaysia yg wat plugin ni
wanayu recently posted…21 Disember Hari Akhir Dunia
Kita sama2 support diorang ni.
hai bro,
wah.. beruntung bro di sapa oleh lorna Timbah, author of webgrrrl.net, nampak familiar nama ini. I think she is Sabahan..
Apapun, saya juga meminati plugin Top Commentators Widget ni. Sudah banyak berjasa kepada blog saya. Baru tahu siapa developer dia.
Harapnya dia akan terus menghasilkan widget yang lebih awesome di masa akan datang. All the best!
donnyien recently posted…Terima kad kuning tulis komen tidak berhemah
Memang beliau Sabahan bro Donny.
Bila dapat respon dari beliau tu memang confirm masih aktif,.. petanda yang baik.. mungkin akan ada projek baru dari beliau nanti.
shraqs recently posted…Premium Suite Upgrade Jellybean 4.1.2 Untuk Galaxy SIII
Menarik. Saya memang fail bab develop ni. Tahniah buat beliau.
daddydee recently posted…Mesin Cash Deposit Buat Hal
Kalau saya pulak, toksah kata nak develop.. coding pun tak tau… ha ha
Alamak, terasa macam selebriti pulak.
Says rasa ramai lagi developer WordPress dari Malaysia yang menyumbang dalam WP.org, tapi biasanya orang-orang ni jenis yang lay low, no big deal lah, katakan.
Nampaknya blog awak banyak membantu pembaca-pembaca. Kits perlukan lebih banyak blog sebegini. Syabas dan teruskan usaha murni ini.
TQ, Pn Lorna.
Saya hanya memainkan peranan saya,.. lagipun memang plugin Pn Lorna patut diberiak lebih banyak pendedahan kerana sumbangannya kepada blogger.
Lorna meh la ajar saya cara cara nak buat plugin apa apa
Juan recently posted…Bloglist atau Link Exchange
Ha ha… contact Lorna bro. :)
@Juan: Kalau tahap pengetahuan PHP dan WordPress dalam paras intermediate (tahu guna DB), dah boleh buat apa-apa jenis plugin pun. Tapi kalau belum ada basic PHP knowledge, kenalah belajar tu dulu.
Saya pun bukannya hebat sangat programming. Tapi yang penting, plugin yang dibuat tu berguna. Kalau sekadar nak buat “plugin apa apa”, memang takkan menjadi :)
Rujukan utama saya tentulah di WordPress Codex http://codex.wordpress.org
Selamat mencuba.
Lorna recently posted…WordPress and Open Source CMS on Sabah Government Websites 2012
TQ Lorna sebab sharing.
Ada rasa nak pasang plugin ini,untuk masa ini belum lagi
Abdur recently posted…FTP Account
Boleh dicuba nanti bila sesuai.
org kita rupanya terkejut juga mula dia bikin cakapa Malaysia bah….:) terbaik la saya juga menggunakkan plugin ini hehehe
budak felda recently posted…Rezeki Makin Murah via Blogging
Ramai yang guna plugin ni kan… :)
aku juga plugin ini
wah, orang malaysia rupanya
plugin ni memang terbaik la
aku memang suka sangat
TehR recently posted…Kebaikan Dan Keburukan Bawa Telefon Ke Sekolah
Ini memang “barang baik”… he he
shraqs recently posted…Boleh Ke Pasang AdSense Di Blog Bahasa Malaysia?
kupikrkan ia merajuk lama dia heee… tpi top komen tu terkadag lupa saya sering gak jejak lama blog ini semula
Tak banyak blogwalking sekrang ni Suri… sibuk memanjang. Itupun jalan2 mana yang sempat je.
mula2 aku ingat orang tu guna google translate tulis bahasa Malaysia, rupanya memang orang Malaysia :0
beckhrooy recently posted…Rahsia Trafik Blog Tinggi 10000UV Sehari Beckhrooy.com
Terbaik!
ciktom pn guna plugin ni dr rekemen shraqs sblm ni…xsangka plk developernya org Malaysia..bangga!
cik tom recently posted…Cara-cara Buat Duit Dengan Blog
Ye ke ciktom, takpelah ciktom kita sama2 support
Wow.. Bila blog dikunjungi oleh yang berkenaan umpama satu penghormatan besar tu! :D
anif recently posted…Masa Untuk Berjalan-Jalan Makan Angin – Beijing #4
Itulah bro Anif. Terkejut jugak mula2 dpt tu.
Lama tak mencuba widget ni, nanti install di blog. Kasi test :)
TechKini recently posted…Pandangan Pertama : Origin Chronos
Sesuai utk penghargaan kpd pengomen @ kalau buat contest pengomen paling tinggi. Setting pun Simple
ohh..orang malaysia rupanya..
titan recently posted…Blog Popular di Kuala Terengganu
Sabahan bah!..
aku ex sabahan jugak bahh! haha..
titan recently posted…Yeye! Mak dah balik.
Kau serious ke?
shraqs recently posted…Atasi Page Not Found – WordPress Permalink Finder Plugin Review
Pergh.. Tak sangka orang Malaysia rupanya yang cipta plugin.. Hebat.. Hebat..
Hazmin Hamudin recently posted…Wordless Wednesday | Kesian Dia Takda Kaki
Memang plugin beliau banyak membantu blogger2..
macam teringin pula nak try plugin ni..
beckhrooy recently posted…Rahsia Trafik Blog Tinggi 10000UV Sehari Beckhrooy.com
Kalau bro ada paparkan senarai pengomen secara harian atau bulanan, memang sesuai sangat…
shraqs recently posted…Masalah Kemaskini WordPress 3.5
tak sangka rupanya orang Malaysia. sebagai rakyat Malaysia kita patut bangga ada wakil dalam WordPress.org ;)
Amirez recently posted…Pemenang Contest 3 Blog Pilihan Terbaik
Tepat sekali bro. Kalau bukan kita yang beri sokongan, nak harapkan siapa lagi kan…
wah..hebat…org malaysia juga ekk yg cipta plugin …tahniah malaysia
sendiriDOTnet recently posted…SEO
Itulah,.. tumpang bangga.