Proses Demokrasi telah dijalankan, rakyat telah membuat pilihan,.. tiba masa untuk semua rakyat Malaysia menumpukan kepada tanggungjawab meneruskan kelangsungan negara.

Di Mana Nak Dapatkan Profesional WordPress Theme Percuma

Untuk post kali ini saya akan berkongsi beberapa laman yang menawarkan profesional wordpress theme secara percuma kepada peminat WordPress. Profesional theme yang saya maksudkan di sini bukan merujuk kepada premium theme terkenal yang berbayar seperti Thesis, Studiopress dan pelbagai lagi. Tidak dinafikan kebanyakan premium theme (berbayar) memiliki kualiti mereka yang tersendiri dari segi design, layout, customization dan pelbagai aspek lain yang membezakan mereka dengan kebanyakan free theme. Sekiranya anda menginginkan theme yang menawarkan ciri – ciri tersebut, anda perlu membayar untuk mendapatkannya.

Selaku salah seorang “blogger” yang turut menggunakan wordpress sebagai platform dalam berblog, seboleh – bolehnya saya sendiri menginginkan theme yang memiliki ciri – ciri yang menawarkan proses customization yang mudah dan layout yang memenuhi citarasa sendiri kerana ia akan menonjolkan lagi niche sesebuah blog dan personaliti pemiliknya.

Jadi, hari ini saya akan berkongsi 5 laman yang menawarkan profesional wordpress theme secara percuma kepada peminat WordPress. Anda boleh memuat turun theme ini secara percuma terus dari laman mereka dan cuba elakkan daripada memuat turun sebarang wordpress theme percuma yang dihostkan oleh pihak ketiga.

PERINGATAN : Disyorkan agar anda menggunakan plugin TAC (Theme Authenticity Checker) atau Exploit Scanner atau kedua – duanya sekali untuk memastikan tidak terdapat sebarang kod jahat (malicious code) di inject ke dalam theme wordpress anda.

ZJTTHEMES.COM

Mereka menawarkan lebih daripada 20 wordpress theme percuma. Anda boleh browse senarai wordpress theme percuma di : http://www.zjtthemes.com/category/free-wordpress-themes/

ZJT Themes

ZJT Themes

WEB2FEEL.COM

Browse senarai wordpress theme percuma di sini : http://www.web2feel.com/browse-themes/

web2feel

web2feel

BEATHEME.COM

Browse senarai wordpress theme percuma yang ditawarkan oleh Beatheme di : http://beatheme.com/freebies/

Beatheme

Beatheme

WOOTHEMES.COM

Yang ini memang tidak dinafikan bahawa ramai blogger Malaysia menggunakan theme dari mereka. Anda boleh browse wordpress theme percuma yang ditawarkan oleh WooThemes di : http://www.woothemes.com/themes/free/

WooThemes

WooThemes

PADDSOLUTIONS.COM

Senarai WordPress theme percuma yang ditawarkan boleh di browse di : http://www.paddsolutions.com/

paddsolutions

paddsolutions

 

Final thought

Selain daripada 5 senarai di atas, masih terdapat banyak lagi laman – laman yang menawarkan profesional wordpress theme secara percuma dan saya akan cuba mengeluarkan update dari semasa ke semasa. Dengan kepelbagaian pilihan wordpress theme percuma yang ada ditawarkan, bukanlah satu alasan untuk menyatakan blog wordpress yang menarik, kemas dan teratur hanya dimiliki oleh mereka yang menggunakan premium theme sahaja. Segalanya terpulang kepada kehendak dan kreativiti anda dalam proses menjenamakan dan memberi personaliti yang unik dan tersendiri kepada blog anda.

Sign Up For My Newsletter

> Info teknologi semasa di Malaysia dan dunia,
> Berita gadget terkini (Android & etc),
> Pelbagai tutorial, tips dan tricks,
> Perkongsian wordpress dan sebagainya.

About shraqs

Husband. Blogger. Penggemar Nescafe tak kira masa dan tempat. Obses dengan teknologi smartphone (Android, iOS, and etc). Menjadikan blog sebagai rekod simpanan peribadi dan rujukan kepada semua di masa depan.

Twitter | Facebook | Google+

Comments

  1. Bagus artikel pasal theme wordpress percuma ni.

    Thanks .. :)

  2. terimakasih sangat bro. lagi stomatch nyari theme buat blog.
    Fikri El Frana recently posted…Video Bootcamp X Factor Indonesia 1 Februari 2013

  3. owh, thanks sebab berkongsi info ni bro, saya sedang mencari theme baharu untuk disesuaikan dengan iAwani, setakat ni hanya Mystique yang memberi apa yang saya sangat perlu. Mungkin akan kekal dengan theme itu untuk jangka masa lama.
    iAwani recently posted…Video Iklan Rasmi Nexus 7

  4. nak pergi terjah link tu dulu hee
    beckhr00y recently posted…Apa Itu Hosting Dan Maksud Hosting Pada Blog Atau Laman Web

  5. Wootheme antara theme yang banyak dipakai blogger sebab kemas dan mesra pengguna.
    shaharil recently posted…Tukar Jurusan Tingkatan 6

  6. mende free mmg best..hehe
    Jebeng Otai™ recently posted…Wireless Charging

  7. sekarangni saya dah tak mencari2 theme dah..nak setia pada yang satu..hehe…
    bardboo recently posted…Siapakah Kita? Satu Renungan Buat Semua

  8. makin sukar la nk buat pilihan..ehehe..xpe2..chii usha2 dulu..mana yg berkenan..leh ar amik..anyway..tQ
    chii recently posted…Hubungan Antara Buah Dan Manusia Sejagat :p

  9. kenapa w/p banyak sgt kod2 jahat tu ye bro? Kenkadang rasa pelik juga….
    yas recently posted…BOB KUMAN MENINGGAL…3/5/12

    • Kalau guna yang premium berbayar & dari designer asal biasanya takde kod2 tu semua. Pihak ketiga yang selalunya inject kod tu semua sebab diorang nakkan trafik & ada jugak yang cuba nak hack akun pengguna. Kalau download yang free, itulah yang kena hati2, kena pastikan sumber asal.

  10. aku sedang pikir2 juga nak tukar dengan yang sedang diguna sekarang
    dah molek sangat la ni
    hehe
    tehr recently posted…Pantun Tidur Tak Lena

  11. hampir semuanya dah pernah bookmark. senang nak rujuk nanti. tapi masalah aku ni kalau dah banyak sangat pilihan susah pulak nak pilih yang berkenan :D
    Amirez recently posted…Lelaki Kacak Yang Beriman

  12. saya selalu tukar-tukar themes,,,TQ bro kerana sudi kongsi….dah makin ceria blog sekarang…
    hatiputera recently posted…BOB KUMAN MENINGGAL DUNIA

  13. Sy cadangkan bro buat satu enteri theme yang mesra SEO… Hehehe… N cantik :D Susah nak jumpa :D
    Izzuddin Fauzi recently posted…Domain .my Yang Betul Murah RM120 / 5 Tahun

    • Yang bab Theme mesra SEO tu agak subjektif bg saya,.. depends pada penggunanya jugak. Klau ikut kefahaman sy senang je, theme mesra SEO adlh theme yg simple & tak guna complicated coding pastu designer asal terapkan SEO tools scr built in dlm themes diorang. Cth themes yg claim mesra SEO : Thesis.
      Syor sy gunakan WordPress SEO plugin dr Yoast.
      shraqs recently posted…Gara – Gara Bayaran Cukai Apple (JoyofTech)

  14. thanks share website theme..ciktom rs yg wootheme tue cntk2..ingt nk tukar theme jgk bl smpi masanya..adik duk kutuk2 blog ciktom buruk..hehe…
    cik tom recently posted…Panduan Analisis Teknikal Emas dan Perak versi PREMIUM

  15. ok. leh cuba juga ni. hehe..
    titan recently posted…Rakan Affiliate Terlebih Berat..

  16. Assalam..
    Cantik..
    iza recently posted…SEO Lelaki Kacak.

  17. Tapi aku akan tetap tak puas hati walaupun beli theme yang mahal, mesti nak edit ikut citarasa sendiri. Setakat ni tak jumpa lagi theme yang betul-betul best pada pandangan mataku….
    Shahrul recently posted…Pengalaman Blogging

  18. menarik juga.. rasanya nak tukar theme bila dah bosan nanti dengan theme yang ada sekarang ni.
    rahman recently posted…Kerang Bulu masak rendang cili api

  19. sebelum ini tercari2 merata mencari sampai dha blur skrg dah ada rujukan blh buat pilihan

  20. beberapa minggu yg lepas sempat mencuci mata bila nak trik satu tak tahu lagi. terima ksih atas linknya

  21. hai..
    sy masih mencari2 cam nak cari kekasih yg ttp utk blog mmg susah bangat heeee

Comment Policy : Pihak Admin amat menggalakkan komen di blog ini, walau bagaimanapun sila pastikan anda mematuhi Comment Policy yang telah ditetapkan. Pastikan anda merujuk senarai komen terdahulu sebelum mengemukakan sebarang pertanyaan & persoalan. Pihak Admin tidak akan memberikan respon kepada isu berulang. Harap maklum.

Speak Your Mind

*