Proses Demokrasi telah dijalankan, rakyat telah membuat pilihan,.. tiba masa untuk semua rakyat Malaysia menumpukan kepada tanggungjawab meneruskan kelangsungan negara.

Dengki Yang Positif

Bila sebut sahaja perkataan dengki, perkara pertama yang terlintas di fikiran ialah perkara yang negatif. Dalam kes saya pula, disebabkan “dengki” jugalah saya berusaha untuk mencapai apa yang diingin – inginkan. Nak tahu kisah dengki yang positif ini sepenuhnya? Baca ceritanya di bawah.

Saya akui bahawa saya sememangnya obses dengan cara – cara, tips – tips dan segala input yang berkaitan dengan page speed blog. Manakan tidak, perkongsian post berkaitan cara meningkatkan page speed blog dah pun mencecah kepada 4 siri. Kalau tak percaya boleh rujuk di bahagian Blog Tips atau di bahagian sidebar (WordPress Booster).

Nak dijadikan cerita, baru -baru ni saya mula tertarik dengan blog salah seorang blogger tempatan. Blogger yang saya maksudkan ialah Saudara Naziman (naziman.com). Untuk mengelakkan salah faham, perlu ditegaskan, saya berminat kepada blog beliau sahaja bukan orangnya. :)

Kenapa Saya Dengki Blog Naziman.com?

Kalau nak tahu, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah dengan melawat sendiri blog beliau dan kenal pasti apakah perkara pertama yang terlintas di fikiran anda? Jawapannya cukup mudah, loading page blog beliau cukup pantas tanpa sebarang render seolah – olah anda dipaparkan dengan paparan pop-up.

Nak tahu lebih detail tentang prestasi blog beliau di GTmetrix, rujuk post beliau DI SINI.

Sejujurnya saya akui yang saya cukup dengki pencapaian beliau kerana mampu melakukan proses optimization sedemikian rupa. Belum pernah saya temui blog tempatan yang mampu mencapai tahap 99% Page Speed dan YSlow grade.

Dengki Yang Positif

Selepas mengoptimakan segala fungsi yang ada di blog ini, akhirnya saya berjaya perolehi apa yang saya inginkan.

MobilityWorlds GTmetrix

MobilityWorlds GTmetrix – 3 Oktober 2012

Walau bagaimanapun, masih terdapat beberapa aspek kecil yang masih boleh dibuat penambahbaikan. Nak tahu macam mana saya buat ini semua? Tunggu jelah post akan datang!

Dalam pada itu, terima kasih kepada blog saudara Naziman kerana telah menjadi pemangkin yang mendorong saya untuk melakukan kerja – kerja leceh dan sering diabaikan oleh kebanyakan blogger ini. :)

Sign Up For My Newsletter

> Info teknologi semasa di Malaysia dan dunia,
> Berita gadget terkini (Android & etc),
> Pelbagai tutorial, tips dan tricks,
> Perkongsian wordpress dan sebagainya.

About shraqs

Husband. Blogger. Penggemar Nescafe tak kira masa dan tempat. Obses dengan teknologi smartphone (Android, iOS, and etc). Menjadikan blog sebagai rekod simpanan peribadi dan rujukan kepada semua di masa depan.

Twitter | Facebook | Google+

Comments

  1. memang laju loading
    beckhr00y recently posted…Jambatan Kedua Pulau Pinang (Penang Second Bridge)

  2. haha..aku tak suka dengki-dengki nih. haha..
    titan recently posted…Laptop Fujitsu sudah ada adik baru.

  3. wah, laju betul. sekarang ni aku pulak yg dengki dgn mobilityworlds :D

  4. Sy mula knl naziman bila dia komen di blog sy, so sy msuk blog dia, wahh mmg laju n blog superb..automatik ler chk alexa rank dia..category blogger fofular hehehe
    Akmaomar recently posted…Blog Popular Lebih Mudah Dikenali

  5. Dengki tahap gaban ! :-D
    Hairul Azni recently posted…Kad S1M Untuk Mahasiswa Dan Mahasiswi

  6. hahaha. Kita serupa, memang terlalu obses dengan kelajuan blog. Bukan sebab apa juga, internet saya sendiri ni slow, jadi saya nak biar saya sendiri buka pun laju.

    Sekarang ni blog saya turun sikit sebab gambar Berita Harian online kat footer tak boleh upload sendiri terpaksa guna gambar dorang yang tak optimize dan banyak redirect, tapi tu untuk sementara ja. Lagi satu sebab plugin wp comment master tambah css lagi. tu yang tak best tapi sayang nak buang.

    Oh ya, hati-hati guna kod ni, bro eizil kata kod tu menggangu kalau guna iklan google macam adsence. Kalau iklan lain ok ja. Cuba tanya bro eizil.

    ps; terima kasih bagi backlink bro.
    Naziman recently posted…Blogger lama dan Blogger baru

    • Nak buat camana, memang tak suka nak menunggu lama2.
      Aku ada perasan jugak pasal link2 tu semua,.. tapi takdelah menjejaskan sangat.
      BTW, aku tak guna kod tu sebab risau pasal adsense, karang tak pasal2 kena banned sebab minify javascript diorang.

  7. Pertama kali tengok dua-dua score dapat dengan markah hampir 100. Memang hebat betul ni.
    Hazmin Hamudin recently posted…Nasi Ayam Goreng Kunyit Mat Rock

  8. dengki tengok dapat A A tu hehehe
    auc dot com recently posted…Habis Paip Masjid Kena Curi!

  9. aku pun na dengki jugalah dengan blog ni…dengki betul…laju..
    azwan recently posted…Selepas 23 Tahun, Akhirnya Menang

  10. dua2 dapat A memang sangat bagus
    tahniah

    memang berjaya buat aku dengki
    tehr recently posted…Hiburan Percuma

  11. tahniah bro :D power tu… teruskan men-dengki.. hehe
    azriMy recently posted…Nuffnang Kena Hack

  12. great posting…thanx

  13. Fuhhhhh! Mantap! :D Saya pun jeles ni.
    Encik Anif recently posted…Version 2.0 – Wordless Wednesday #55

Comment Policy : Pihak Admin amat menggalakkan komen di blog ini, walau bagaimanapun sila pastikan anda mematuhi Comment Policy yang telah ditetapkan. Pastikan anda merujuk senarai komen terdahulu sebelum mengemukakan sebarang pertanyaan & persoalan. Pihak Admin tidak akan memberikan respon kepada isu berulang. Harap maklum.

Speak Your Mind

*