Untuk post kali ini, saya akan kongsikan satu lagi movie review. Movie terakhir yang saya buat review ialah filem The Avengers. Sebetulnya, awal – awal lagi dah booking tiket online. Pada Ahad yang lepas (13 Mei 2012), seperti biasa lokasi kegemaran tak lain dan tak bukan mestilah The Mines. :). Filem yang saya maksudkan ialah Dark Shadows lakonan Johnny Depp.

Jadi, sebelum teruskan membaca personal review saya di bawah,.. ingin saya tegaskan, kemungkinan wujud sedikit bias dalam review nanti disebabkan saya meminati lakonan Johnny Depp, Helena Bonham Carter dan Chloe Grace Moretz.
PERHATIAN : 18 tahun ke atas sahaja.
Personal Review
Filem Dark Shadows arahan Tim Burtom ini merupakan cerita yang simple dan direct. Ia merupakan cerita yang unik dan pelik serta lengkap dengan barisan pelakon yang mantap, make – up (special effect), dialog yang simple dan kadang – kadang agak lucah. Secara keseluruhannya, saya cukup berpuas hati. 4/5 star rating.
Plot Cerita
Filem Dark Shadows adalah berkisar kepada era 70-an. Di Awal cerita, plot mengisahkan tentang keturunan bangsawan Collin’s yang menapak di Amerika dari Britain sekitar tahun 50-an. Pasangan tersebut memiliki seorang anak lelaki Barnabas Collins (Johnny Depp) dan seperti biasa,.. kebanyakan golongan bangsawan adalah kaki perempuan. Salah seorang daripada wanita yang menaruh hati kepada Barnabas Collins ialah orang suruhan mereka Angelique Bouchard (Eva Green) dan teah mengenakan sihir terhadap Barnabas Collins bertukar kepada pontianak (vampire) dan ditanam hidup – hidup.
Plot cerita semakin menarik apabila karanda yang digunakan untuk menanam Barnabas Collins ditemui pada era 70-an dan pengalaman yang terpaksa dilalui oleh watak Johnny Depp untuk menyelamatkan keturunannya dari ancaman Angelique Bouchard. Saya bagi 4/5 star rating.
Lakonan
Dari aspek lakonan, sememangnya barisan pelakon terdiri daripada pelakon – pelakon yang cukup bagus selain Johnny Depp dan Helena Bonham Carter, pelakon yang turut mengukuhkan lagi jalan penceritaan ialah Michelle Pfeiffer dan Bella Heathcote.Namun tidak ketinggalan watak yang dimainkan oleh Chloe Grace Moretz (Carolyn Stoddard) yang pernah melakonkan watak vampire dalam filem Let Me In (2010). 5/5 star rating.
Special Effect , Make – Up
Filem ini tidak melibatkan terlalu banyak special effect, sebaliknya make-up yang dipaparkan dalam filem cukup menarik, kemas dan teliti. 5/5 star rating.
Final Thought
Secara keseluruhan, saya mampu bagi 4/5 star rating walaupun saya cukup suka filem tersebut. Sedikit kecewa di bahagian ending yang terlalu simple.
kalau review positif mcm ni, nak gak merasa tengok citer…
APAN recently posted…Video Seorang Lelaki Solat Semasa Majlis Sedang Berlangsung
Depends bro. Ini pada perspektif aku je. Mungkin org lain tak sama kot.
Peminat Johnny Depp. rupanya …boleh geng dgn kwn saya ni…hahaha tubuh kelab peminat Johnny Depp
kimmie recently posted…Wordless Wednesday 26: Apa yang sedang saya lakukan
Minat ngan lakonan dia je kimmie.. :)
Tak salah aku Tim Burton ni seorang writer yang hebat.
For sure plot cerita ini menarik. Imaginasinya melangkaui writer2 lain.
Okay noted dengan review kau. Nak tengok :)
nizamghazi recently posted…Masturbation : I Lose My Skills This Quickly Bila Bercinta Lagi – DJM-850
Tim Burton memang antara yg terbaik dlm buat cerita2 pelik,.. dan biasanya pelakon utama utk filem dia mesti Johnny Depp. Cth : Edward Scissorhands, Sleepy Hollow, Sweeney Todd, Alice In Wonderland, Charlie and The Chocolate Factory etc, etc. :)
aku rasa tim burton kamcing ngn johnny depp kot..hehe
tp johnny depp mmg layak bwk watak yg aneh2..len dri yg len..
Jebeng Otai™ recently posted…Wordless Wednesday : Nombor Telefon Lelaki Kacak
Pelakon kesayangan Tim Burton :)
ok seriously sangat jeles…dah lama tak tengok wayang ni…ada siapa2 nak volunteer tolong jagakan ammar? huhu..
bardboo recently posted…Perancangan Kerjaya Sebelum Dan Selepas Bersara
Kalau jeles, kenala pergi tonton :)
Best2… Mencari link download kejap lagi… Dah lama betul x ke wayang… Kesempatan memang x ada…
Izzuddin Fauzi recently posted…Lelaki Kacak Kaki SEO
Utk rileks2 & gelak memang best,.. lagipun cerita ringan je. :)