Setiap kali musim perayaan, inilah kerja saya dan isteri,.. Cuti – Cuti Raya. Orang lain sibuk nak balik ke kampung, saya dan isteri sibuk merancang nak bercuti. Raya tahun ini kami beraya di Johor Bahru (rumah abang sulung) dan begitulah tiap – tiap tahun bergilir – gilir antara 3 adik beradik yang dah berkeluarga selepas ketiadaan orang tua. Secara ringkas, pergerakan cuti – cuti raya 2012 adalah seperti berikut : Kajang -> Johor Bahru -> Kajang -> Kuala Terengganu -> Kuantan -> Kajang.
Pada malam raya, kami bertolak dari Kajang menuju ke Johor Bahru. Hari raya pertama dihabiskan di Johor Bahru sambil berhibur dengan anak saudara yang baru mencecah umur sebulan dan pada malamnya kembali semula ke Kajang sambil berfikir nak terjah ke mana. Tiap kali cuti perayaan, kami sememangnya tidak pernah merancang sebaliknya lebih suka buat secara “bidang terjun”,.. main terjah saja, barulah seronok. :)
Raya kedua, awal – awal pagi lagi telah bertolak ke Kuala Terengganu memandangkan si isteri ada berhasrat untuk mendapatkan kain batik Terengganu. Sasarannya tak lain dan tak bukan semestinya Pasar Payang. Setibanya di Kuala Terengganu, kami menginap di Felda Residence Kuala Terengganu memandangkan lokasinya yang hampir dengan Pasar Payang. Seperti kebiasaannya, setiap kali musim cuti perayaan, mencari kedai makan adalah satu perkara yang cukup mencabar.

Felda Residence Kuala Terengganu

Felda Residence View
Malamnya kami berlegar di sekitar kawasan “mini I-City” ala – ala I-City Shah Alam di bahagian belakang Pasar Payang. Sempat jugalah snap 2 – 3 keping gambar jarak jauh (malas nak menapak).

Mini I-City
Untuk cuti kali ni, kami putuskan untuk tidak ke Taman Tamadun Islam memandangkan sudah tiga kali ke tempat berkenaan walaupun jaraknya tidaklah jauh dari Felda Residence.
Hari ketiga,.. kami memulakan operasi ke Pasar Payang. Asalnya isteri saya ajak menapak sahaja,.. tapi memandangkan jaraknya hampir 400m – 500m dari Felda Residence dan ditambah pulak dengan perancangan isteri yang ingin melakukan sedikit “shopping” katanya… saya batalkan hasrat untuk menapak sebab tak percaya kepada ayat “sedikit shopping” :). Nanti tak pasal – pasal naik beca balik ke hotel.

Pasar Payang

Pasar Payang Directory
Sampai ke Pasar Payang, kami terus menapak di bahagian bawah dan jumpalah beberapa item yang menarik perhatian. Antaranya ialah keropok, dodol dan yang paling digemari oleh isteri ialah asam jawa madu. Siap 5 bungkus lagi dibeli.

Keropok

Asam Jawa Madu
Sampai ke Tingkat 1 bahagian batik dan sutera, tak dapat lagi nak snap gambar memandangkan kedua – dua tangan dah penuh. Selesai isteri dapatkan 3 helai batik, kami terus balik ke Felda Residence dan bercadang untuk ke Kuantan.
Petangnya, kami tiba di Kuantan dan tidak banyak perancangan yang dibuat memandangkan saya pernah menetap di Kuantan untuk tempoh 2 tahun. Jadi, takde apa – apa lagi yang ingin diterjah sebaliknya singgah beraya di rumah kenalan – kenalan lama di Kuantan sambil berehat.
Raya keempat.. bertolak dari Kuantan ke Kajang. Dalam perjalanan balik, sempat singgah di Temerloh (rumah kakak) dan tiba di Kajang pada malamnya. Nak dijadikan cerita sebab kepenatan, tertidur di sofa,.. sedar – sedar leher pulak sakit (salah bantal). :(
Tamatlah cuti – cuti raya 2012 saya dan isteri. Nanti bersambung Cuti – Cuti Merdeka 2012 pulak. Tahun depan, lain pulak ceritanya. :)
ade gak i-city :)
Jebeng Otai™ recently posted…Komentator Tegar Ogos 2012
Itula. Simple je tapi sesuai utk dijadikan tempat beriadah & tarikan pelancong.
wah…memang cuti – cuti betul tu. Temerloh tu di mana? Mana tahu jiran sebelah rumah saya ke…heheheh
kimmie recently posted…Info: CFM bantu pengguna
Hospital Temerloh. :)
oh…bukan jiran saya la kalau macam tu…hehehehe
kimmie recently posted…Wordless Wednesday 36: Jem teruk di Sg. Besi
:)
beraya sakan tu, bro
moga2 bonet kereta masih dapat muat biskut raya
tehr recently posted…Gambar Bas Jelajah Merdeka Rakyat
Sikit2 je tu. Letih je lebih. :)
best ni jalan2 raya on da spot. baru adventure.
2 bulan lepas saya ke pasar payang…beli kipas tangan ala2 nyonya
Amirez recently posted…Gangnam Style Merdeka
Memang seronok sangat. Yang kurang seronoknya “poket” jelah. :)
shraqs recently posted…55th Merdeka Day Wishes From Google
pehh..bestt la..dapat jenjalannn..
titan recently posted…Kenali blogger kacak bawah tanah – Multees.com
Macam nilah hidup aku suami isteri tiap kali cuti perayaan. Kadang2 sedih jugak, sebab orang lain beraya ngan org tua. :(
shraqs recently posted…Samsung Galaxy Note 2 Official
Wahaha.. Jauh perjalanan Raya nampaknya :D
anif recently posted…Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke 55
Nak sambung lagi ni, cuti merdeka plak. :)
shraqs recently posted…Cara – Cara Root Samsung Galaxy SII GT-I9100G – ICS 4.0.3 (DXLP6)