Sekiranya anda masih tercari – cari kamus atau dictionary offline yang sesuai untuk smartphone Android, saya syorkan anda dapatkan aplikasi ColorDict. Aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma dari Google Play Store.

Colordict
Ciri – Ciri Menarik ColorDict
Personally, saya mengesyorkan aplikasi dictionary ini disebabkan beberapa faktor, antaranya ialah :
- Boleh digunakan secara online mahupun offline,
- Menyokong text to speech, (favourite)
- User Interface (UI) yang berwarna warni,
- dan pelbagai lagi.
Ciri – ciri lengkap boleh dirujuk di SINI.
Proses Installation
Ikuti tutorial ringkas ini bagi membolehkan anda menggunakan aplikasi ColorDict secara offline.
- Muat turun dan install aplikasi ColorDict di peranti Android.
- Run, dan klik butang Download Dictionaries (data).

Download Dictionaries Data
- Muat turun kesemua data yang anda rasakan perlu. Saya syorkan anda muat turun data seperti English Spelling DictData, English Thesaurus Dictionary, English Dictionary Wordnet, dan English Irregular Forms.

Dictionary Data
- Selesai muat turun kesemua data, install setiap satu data berkenaan. Setelah selesai, anda boleh delete data – data berkenaan.
- Anda kini boleh menggunakan ColorDict secara offline.

Contoh Penggunaan ColorDict
Sekian. Diharapkan anda gunakan aplikasi ini dengan sebaik – baiknya.
sebelum ni pernah guna kamus DioDict 3 tapi tak lama pakai, banyak jugak perkataan yang takde. boleh try colordict pulak lepas ni.
Amirez recently posted…Juara Maharaja Lawak Mega 2012 Milik Jozan
cuba try taip “kapan” kuar apa yek? kalau when kompom sedut kamus indon.. soryyy hehehe
ColorDict ni kamus BI, jadi takkan keluar apa2.
Untuk versi Malaysia, boleh guna Oxford Fajar Malay-Eng / Eng-Malay (DioDict 3 dari Samsung Apps – FREE).
menarik jugak software ni.. apa software terbaik untuk kamus BI-BM?? ada cadangan tak?
fazdlie recently posted…Samsung Galaxy Note 2 PERCUMA | U Mobile Prepaid
Cuba check list utk DIODICT.
kamus ni bagus untuk digunakan, tapi malang, saya tak ada andriod device, dapat tengok review je pun, saya rasa teruja nak cuba. huhu, saya suka kamus medical, amat mudah digunakan masa kat kolej dulu, boleh refer selalu, membantu dalam pelajaran.
nazray recently posted…Kenapa kena like baru dapat tengok video?
Ini aplikasi wajib ada. Senang nak refer apa2
setuju
memang apps wajib ada ni
TehR recently posted…Dengar Kata
jom same2 bace kamus, masa sekolah dulu cikgu suruh bace kamus2 sehari 5 perkataan dengan maksud dia, dan hasilnya berkesan untuk yang lemah BI macam saya ni.
nazray recently posted…Jelly Bean untuk Samsung Galaxy S2 februari ini.
Dahsyat tu,.. siap suruh baca & hafal kamus lagi.. ha ha
Terima kasih atas info yang diberi, memang inilah yang sepatutnya dibuat app utk kita rujuk, walaupun secara offline.
Kebolehan boleh guna secara offline tu yang best,.. tak perlu nak guna data memanjang..
dah guna data memanjang, quota habis jadi lembab keh keh, sabo jele