Cara Root Galaxy Note N7000 Jellybean 4.1.2 DXLSE (Malaysia)

Official firmware Jellybean 4.1.2 Galaxy Note N7000 untuk region Malaysia telah dikeluarkan semalam dan boleh dimuat turun (upgrade) menerusi Samsung Kies (PC), OTA (Over The Air) ataupun secara manual menggunakan Odin. Oleh yang demikian, ramai pengguna Galaxy Note akan mula mencari cara atau panduan yang sesuai untuk melakukan proses root ke atas firmware berkenaan. Untuk tidak mengecewakan anda semua, di bawah ini saya sediakan panduan Cara – Cara Root Galaxy Note N7000 Jellybean 4.1.2 DXLSE (Malaysia).

Root Galaxy Note N7000 Jellybean 4.1.2 DXLSE

MAKLUMAN : Panduan Cara Root Galaxy Note N7000 Jellybean 4.1.2 DXLSE diambilĀ  berdasarkan guide dan sumber dari PhilZ (xda developers).

Langkah Persediaan Sebelum Memulakan Proses Root

  • Buat backup
  • Pastikan bateri smartphone anda berada di tahap tidak kurang dari 80% penuh
  • Pastikan PC / laptop anda telah di install dengan Kies (DOWNLOAD LINK)
  • Setkan smartphone anda ke USB Debugging Mode ( Settings -> Applications -> Development -> USB debugging )
AMARAN : mobilityworlds tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini terhadap peranti anda selepas mengikuti tutorial ini. Tutorial ini merupakan sebahagian daripada perkongsian maklumat dan risikonya adalah tanggungjawab anda sendiri.

Cara Root Galaxy Note N7000 Jellybean 4.1.2 DXLSE

NOTA : Panduan ini boleh digunakan ke atas semua DXLSE firmware region di Asia Tenggara dan tidak terhad untuk Malaysia sahaja.

Sebelum memulakan proses root, pastikan Samsung Galaxy Note N7000 anda sudah di upgrade ke Android Jellybean 4.1.2 DXLSE ;

  • Setting -> About Phone -> Build Number @
  • Taipkan *#1234# di keypad anda.

Tools Yang Diperlukan

Terdapat DUA cara untuk melakukan proses root Galaxy Note N7000 Jellybean 4.1.2 DXLSE ini sebagaimana yang saya sediakan di bawah, sila pilih mengikut keselesaan anda :

Cara Pertama – Menerusi Stock Recovery + Rooted (Recommended by PhilZ)

  1. Download PhilZ-cwm6-DXLSE-OLB-4.91.2-signed.zip
  2. Transfer PhilZ-cwm6-DXLSE-OLB-4.91.2-signed.zip ke external storage di Galaxy Note
  3. Reboot phone ke Stock Recovery ( VOL UP + HOME + POWER )
  4. Pilih “apply update from external storage
  5. Dan pilih PhilZ-cwm6-DXLSE-OLB-4.91.2-signed.zip
  6. Setelah selesai, reboot phone
  7. Phone anda kini telah berjaya di root.

Cara Kedua – Root Menerusi PC Odin 1.85 + Not yet rooted (Not Recommended by me)

  1. Run Odin di PC
  2. Reboot phone ke Download Mode ( VOL DOWN + HOME + POWER )
  3. Sambungkan phone ke PC dan tunggu sehingga Odin mengenal pasti peranti terlebih dahulu (ID:COM bertukar ke warna kuning atau biru)
  4. Klik PDA, pilih PhilZ-cwm6-DXLSE-OLB-4.91.2.tar.md5 yang dimuat turun sebelum ini
  5. Klik Start
  6. Tunggu sehingga selesai dan phone anda akan reboot dengan sendirinya.
  7. Untuk root, sila rujuk panduan di sini.
NOTA : Download Root Checker untuk memastikan Galaxy Note N7000 anda telah berjaya di root sepenuhnya atau tidak.
INFO : Segala maklumat firmware, root, upgrade dan sebagainya yang berkaitan dengan Samsung Galaxy Note N7000 boleh dirujuk di page Panduan Galaxy Note (GT-N7000).

Comments

  1. diah says

    gaaan..saya mau nanya nih
    kan sudah saya root dengan cara yg kedua sekarang mau saya unroot
    caranya gimana ya gan?

  2. KHAIRUL FADHLY BIN MESBAH HUDIN says

    Salam tuan.

    nk tanya.. jika dah root tp build number XXLSA (versi terawal). boleh ke saya update ke versi DXLSE (malaysia) ni yer… jika boleh saya akan ikut tutorial seperti di atas

  3. yusdi says

    Salam…nk tnye ni…..lpas uprage jelly bean 4.1.2 ke note1 sy ni….cam depan tidak brfungsi…..mcm mane nk buat…..

  4. Fizah says

    Saya dah root Note saya sebelum nih. Skang sy nk upgrade ICS 4.0.4 (DXLR5) ke Jellybean 4.1.2. Lepas tu nk kena root semula ke?? sorry..new user…

  5. Uphobia says

    Salam.,saya dah upgrade note saya ke jb 4.1.2& dah root.pastu rs mcm berat je.dah 3 kali saya reset factory..saya set frekuensi cpu guna cpu master free dan set performance.utk 1 min cpu maintain 1400 pastu turun jd 800 dan tak naik2 dah ke 1400.cmne nak buat?note saya rs makin lama makin lembab.

    • says

      W’salam,

      Saya tak begitu syor penggunaan cpu master sebab boleh menimbulkan masalah pada hardware. Reset balik ke setting asal dan flash stock firmware guna Odin.

  6. benshynie says

    salam..sy b kt sini..nak tanya..root utk note 7ooo n note 7100 sama dak dia punya proses?
    carbon rom 4.2.2 n slim bean 4.2.2 sama dak?bila jb 4.2.2 utk malaysian region..
    timakasih..

  7. Afzart says

    Shraqs..nak tanye lg..sy baru lpas flash carbon custom rom..so far so good..tp klu sy nk gune stock rom blk mcm mne ye?

  8. Afzart says

    shraqs..nak tnye lagi satu..klu nak unroot blk mcm mne??psl n7000 ade satu lagi last update JB 4.2.2 (ota) kan??

  9. feroz says

    Salam tuan shraqs,
    Sy dah try flash “PhilZ-cwm6-DXLSE-OLB-4.91.2.tar.md5″ melalui odin, namun tiada perubahan dalam rom…. mengapa jd begitu

  10. adam says

    note saya sudah root dan current 4.04 nak update ker 4.1.2
    cuma kies xbleh detect note, kalu saya guna ODIN adakah
    semua data akan hilang?

  11. Hafadz says

    Salam. Nak tanya bila saya cuba root 4.1.2 guna cara di atas, dalam stock recovery dia keluar “signature verification failed”. Sebelum ni saya dah root dalam 4.0.4. Terima kasih.

  12. wawan says

    Salam….saya menggunakan galaxy note firmware region france dan tidak nenerima apa2 update dri ota dan kies sedangkan malaysia telah ada update baru jb….

  13. Bryan says

    Boss, i ikut method boss ajar tetapi i guna root checker dia cakap note aku tidak root. Macam mana ini? Aku pernah root pada android 4.0.4 .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>