Proses Demokrasi telah dijalankan, rakyat telah membuat pilihan,.. tiba masa untuk semua rakyat Malaysia menumpukan kepada tanggungjawab meneruskan kelangsungan negara.

Cara Mudah Untuk Memberikan Gambaran Buruk Terhadap Blog

Setiap kali pelawat datang ke blog, perkara pertama yang kita inginkan sebagai pemilik blog ialah membuatkan mereka tertarik, percaya dan yakin kepada kita, lebih – lebih lagi sekiranya anda mempromosikan produk untuk dijual. Walau bagaimanapun, kadang – kadang kita lupa atau secara tidak sedar mengabaikan beberapa perkara penting bagi sesebuah blog sehinggakan memberikan gambaran buruk terhadap blog kita.

Personally, aspek yang akan saya senaraikan di bawah ini lebih menjurus kepada pengalaman dan pemerhatian peribadi saya. Setiap individu mungkin memiliki pendapat yang berbeza. Kenalpasti jenis pembaca yang melayari blog anda.

Perkara Yang Boleh Memberikan Gambaran Buruk Terhadap Blog

1. Tidak Memiliki Contact Form

Sesebuah blog yang tidak meletakkan contact form akan memberikan gambaran dan tanggapan yang pelbagai terhadap pelawat blog anda. Secara tidak langsung anda telah memutuskan untuk tidak dikenali oleh pembaca. Bagi sesetengah pembaca, mereka lebih selesa untuk mengajukan soalan dan pertanyaan menerusi contact form berbanding di ruangan komen mungkin disebabkan isu peribadi atau personal.

Cara Atasi – Terdapat banyak plugin yang menyediakan contact form secara percuma dan mudah untuk dipasang. Antaranya ialah Contact Form 7.

2. Slow Loading Blog

Tidak ada pelawat yang gemarkan slow loading blog. Kebanyakan pelawat tidak akan sabar atau sanggup menunggu sesebuah blog yang mengambil masa yang terlalu lama untuk load. Sekiranya anda memiliki e-commerce blog, anda akan kehilangan ramai pelanggan. Untuk mengetahui loading page speed blog anda, rujuk post INI.

Cara Atasi – Gunakan sistem cache di blog anda mampu meningkatkan kadar loading page dan meminimumkan saiz database setiap kali blog anda dilawati. Plugin yang disarankan ialah W3 Total Cache. Selain daripada database, loading page blog anda turut dipengaruhi oleh penggunaan image yang banyak. Penggunaan WP SMush.it adalah disarankan kerana ia mampu meminimumkan saiz image anda sehingga 30%.

Bacaan lain untuk mengoptimize image di blog anda ;

3. Terlalu Banyak Iklan

Selaku pembaca dan pelawat blog, kita faham bahawa iklan merupakan salah satu sumber pendapatan sesebuah blog bagi meneruskan kelangsungannya. Walau bagaimanapun, terlalu banyak iklan sehinggakan mengaburi kandungan blog (content) yang utama adalah tidak bijak seolah – olah memberikan gambaran kepada pembaca bahawa pemiliknya adalah seorang yang terdesak. Perlu diingat, iklan yang banyak tidak  menjamin pulangan yang tinggi.

Cara Atasi – Pilih iklan yang benar – benar berkaitan dengan niche blog anda untuk menarik pembaca dan susunkan iklan anda dengan kemas dan menarik. Contohnya, tempatkan di bahagian sidebar, header, bottom dan lokasi yang sesuai tanpa menggaggu content blog anda.

4. Site Design Glitches

Tidak dinafikan bahawa setiap pemilik blog menghabiskan banyak masa dalam usaha mencantikkan design blog masing – masing supaya nampak profesional, menarik dan unik. Walau bagaimanapun, kadang – kadang kita terlepas pandang beberapa isu kecil yang mungkin boleh memberikan gambaran buruk terhadap blog. Antaranya ialah header image yang tidak selari, penggunaan font yang terlalu kecil menyukarkan pembaca , penggunaan warna background yang tidak sesuai dengan warna font dan sebagainya.

Cara Atasi – Setiap kali melakukan perubahan dan penambahbaikan, pastikan anda mencubanya di semua jenis browser (Firefox, Chrome, Internet Explorer dan sebagainya) untuk mendapat kepastian bahawa blog anda load sepertimana yang anda inginkan.

5. Terlalu Banyak Widget Di Blog

Penggunaan widget di blog mungkin nampak menarik. Walau bagaimanapun, jangan lupa bahawa kebanyakan widget turut menggunakan javascript yang secara tidak langsung menyumbang kepada slow loading page.

Cara Atasi – Pilih widget yang hanya difikirkan perlu sahaja dan cuba kurangkan penggunaan widget yang melibatkan javascript dan image yang banyak atau tukarkan ke bentuk link.

Selain daripada 5 perkara di atas, terdapat pelbagai lagi faktor yang boleh memberikan gambaran buruk terhadap blog anda, antaranya ialah;

  • Broken Links dan Image

  • Bahagian Komen Yang dipenuhi Dengan Spam Komen

  • Popup Yang Terlalu Banyak

  • Penulisan (Salah Ejaan & Trengkas)

  • Music Autoplay – saranan Mohd Ilham (Fokusblogger)

  • Search Box – saranan Mr. Yas (Yastro Online)

Kesimpulan

Senarai ini sengaja saya himpunkan semata – mata untuk perkongsian dan tidak berniat untuk menyinggung perasaan sesiapa, dan lebih menjurus kepada pandangan peribadi dalam usaha saya mempertingkatkan lagi blog mobilityworlds. Sekiranya anda memiliki pandangan, sila kemukakan di ruangan komen di bawah.

Sign Up For My Newsletter

> Info teknologi semasa di Malaysia dan dunia,
> Berita gadget terkini (Android & etc),
> Pelbagai tutorial, tips dan tricks,
> Perkongsian wordpress dan sebagainya.

About shraqs

Husband. Blogger. Penggemar Nescafe tak kira masa dan tempat. Obses dengan teknologi smartphone (Android, iOS, and etc). Menjadikan blog sebagai rekod simpanan peribadi dan rujukan kepada semua di masa depan.

Twitter | Facebook | Google+

Comments

  1. ciktom xmasukkan contact form…
    yg sedia ada di komen pun kdg2 pening jgk nak jawab soalan pelik2…hehehe ;D
    cik tom recently posted…Jodoh Itu Rahsia Allah

  2. Satu lg search box tu penting gak….
    yas recently posted…Wordless Wednesday – Coca Cola?

  3. betul2 bro…aku pun tak suka kpd blog yg memaksa terutamanya dgn iklan…terus pangkah jerr…he3x!!!
    yas recently posted…Wordless Wednesday – Coca Cola?

  4. Yeh… Tertinggal satu, buat contact form… Anyway, dah bagi cara contact lain.. Harap tu dapat memenuhi yg pertama :)

  5. blog aku ok kan? haha..
    titan recently posted…Mencintai Ain Maisarah – Part 5

  6. muzik autoplay tu memang kacau daun
    dah la boadband aku ni slow ya amat
    huhu
    tehr recently posted…Tumpang Tidur

  7. sy harp blog sy ok..malas nak bodek2 sy semakin sibuk skrg dg cri kerja dan sbgnya huhu..
    suri recently posted…Jangka Masa Sebulan

  8. adui segera saya menyemaknya tuan..

  9. contact form aku tak ada sebab blog akau lebih kepada personal dan news.mungkin next time akan pasang. Masalah loading dah semakin ok sekarang sejak menggunakan w3tc dan smush.it saranan bro shraqs…TQ
    hatiputera recently posted…BERJAYA BUAT GOOGLE SNIPPETS

    • Bagus jugak kalo ada bro,.. manala tau ada yang nak bertanya tapi segan @ rasa tak sesuai nak tanya melalui komen. Aku sendiri pun banyak terima email dari contact form.

  10. Woha, terasa kot pasal contact form. hehe..
    akan cuba dimasukkan nanti ..
    Ikhtiar Shah recently posted…Isu Hantaran Dan Kos Perbelanjaan Majlis Perkahwinan

  11. tips yg menarik dan membantu..
    dan satu lagi..bila masuk2 keluar pop up like facebook..adoiiyaii..kadang2 rasa mcm nak [ X ] terus. tp memandangkan content best..bersabar je la
    chii recently posted…Wajah Baru

  12. yang music autoplay tu dah jarang berlaku sekarang…kalau ada pun dua tiga kerat je
    Shahrul recently posted…Pembongkaran Rahsia FAM

  13. satu lagi aku nak tambah… pada yg ade music autoplay kat blog dia….. peringatan… kami dah ade player music sendiri di komputer kami… aku kalau masuk blog yang ade music aku terus pangkah je
    Mohd Ilham recently posted…Cara tukar template blog

  14. setuju psl iklan tu..terlalu byk mcm serabut dan x menarik pula..

    pling x best kalo ade pop up..
    Jebeng Otai™ recently posted…Rumah Kontena

  15. 5 langkah kearah menjadikan blog lebih efisien! :D

    Apa pun cuba kurangkan widget untuk meningkatkan kelajuan “page loading” :D
    anif recently posted…Bug Pada Aplikasi Instagram Telah Diperbaiki!

  16. thanks…entry ini by membantu…
    Ibu Mifzal Arsyad recently posted…Gerhana Bulan Hari Ini : Panduan Solat Sunat Gerhana Bulan / Matahari

  17. Assalam..
    Sentiasa cuba buat yg terbaik untuk blog sendiri..
    walaupun kadang2 tetap tak puas hati…
    gatal je tangan nak edit sana sini..
    iza recently posted…Aktiviti Si Kecil

    • Memang sampai bila2 pun rasanya takkan dapat apa yang kita inginkan. Tengok blog org lain nampak cantik, nak buat jugak,.. :)

      • Setuju dan sokong, lumrah manusia.. kita tak pernah puas dengan sesuatu. Blog/web kita adalah hak kita dan tanggungjawab kita. Kita mencorakkan mengikut citarasa tersendiri. Perkongsian yang relevan bro, flashback: teringat time berblog 4-5 tahun lepas kes pasang widjet terlampauuuuu. Sibuk kerja, langsung blog abandoned. Time nih baru nak menjinak2 semula… Thks
        irsah recently posted…MOF Kementerian Kewangan Lulus – Tahniah QNF Resources

        • Post ni pun dibuat utk refleks diri sendiri selain mencari ide lain dari rakan2 blogger. Pengalaman mematangkan kita dlm berblog. :)

Comment Policy : Pihak Admin amat menggalakkan komen di blog ini, walau bagaimanapun sila pastikan anda mematuhi Comment Policy yang telah ditetapkan. Pastikan anda merujuk senarai komen terdahulu sebelum mengemukakan sebarang pertanyaan & persoalan. Pihak Admin tidak akan memberikan respon kepada isu berulang. Harap maklum.

Speak Your Mind

*