Sekiranya anda pengguna smartphone keluaran Samsung, semestinya anda telah biasa dengan penggunaan Samsung Kies dan juga masalah yang ditimbulkan oleh software tersebut. Antara masalah yang timbul ialah “Kies Not Support Software Upgrade” setiap kali anda membuat sambungan smartphone ke PC / laptop menerusi USB cable. Rujuk imej di bawah.

Kies Not Support Software Upgrade
Setiap model smartphone Samsung (Android) terdiri dari 3 komponen utama, PDA, PHONE, dan CSC. (PDA = versi firmware, PHONE = versi baseband / modem, dan CSC = Consumer Software Customization – region dan carrier).
Cara Mengatasi Isu Kies Not Support Software Upgrade
Perkara pertama yang perlu anda lakukan sekiranya anda menghadapai masalah yang sama sepertimana yang saya gambarkan di atas ialah dengan merujuk kepada kod region semasa membuat sambungan ke Kies. Contoh : Menerusi imej di atas, kod region ialah (XEF) yang mewakili Perancis dan inilah yang menjadi punca kenapa Kies memberi amaran “Your device does not support software upgrading via Kies“. Sebaliknya, kod region untuk Malaysia ialah XME.
Masalah seperti ini biasanya disebabkan oleh tindakan anda melakukan proses upgrade firmware menggunakan kaedah manual (Odin) dan juga flashing custom ROM.
Untuk mengatasi masalah ini, apa yang perlu dilakukan ialah dengan menukar CSC dari XEF kembali ke XME. Penukaran CSC ini boleh dilakukan dengan cukup mudah sekiranya smartphone anda dilengkapi dengan pakej Multi CSC.
Cara Menukar CSC
Penggunaan kaedah di bawah akan menyebabkan smartphone anda kembali ke status factory reset. Pastikan anda lakukan backup segala data – data penting terlebih dahulu.
- Taip *#272*IMEI# di Keypad (anda akan dipaparkan paparan seperti imej di bawah)
- Pilih CSC yang berkaitan. Contoh : XME untuk Malaysia
- Klik Install
- Smartphone akan reboot automatik
- Selesai

Multi CSC
Jika semuanya berjalan dengan lancar, smartphone anda akan reboot ke factory reset dan sambungkan smartphone ke Kies untuk melihat hasilnya. Rujuk imej di bawah.

CSC After
Penggunaan kod di atas (kaedah penukaran CSC) tidak lagi dapat digunakan ke atas Android versi Jellybean. Anda boleh mencuba aplikasi Samsung Galaxy S/S2/S3 CSC dari Google Play atau flash firmware untuk region yang berkaitan.
Diharapkan melalui perkongsian ini dapat membantu rakan – rakan pengguna smartphone Samsung sekiranya berdepan dengan masalah “Kies Not Support Software Upgrade”. Sekiranya terdapat sebarang persoalan, sila kemukakan menerusi ruangan komen yang disediakan di bawah.
newbie here…..gnote kawan saya baru beli…tapi nak upgrade ke ics xboleh…sebab csc (KOR)…dah folow tutorial ni tapi dalam list xde pun XME….boleh bagi tutorial ngn files2 untuk flash stock 4.0.4 XME tak????
GNote 1 ke?
Boleh refer post di sini; http://mobilityworlds.com/tutorial-upgrade-samsung-galaxy-note-android-4-0-4-dxlr5
Lps hantar warranty, saya detect CSC = XSG (untuk UAE). Try tukar CSC tp XME xde dalam list. camno? kena flash XME official firmware guna odin?
Cuba guna Samsung Galaxy S/S2/S3 CSC dari Google Play dulu : https://play.google.com/store/apps/details?id=com.manniakk.cscselector
Kalau tak dapat jugak, baru flash stock firmware Malaysia (XME) guna Odin.
BTW, lepas keluar “klinik” tu, apa yg diorang buat? Tukar Motherboard ke?
baru tahu juga trick ni..
Mus recently posted…(Gambar Instagram) Kisah Ke Kebun Buah Tarap Di Kg. Baru Saub, Nabawan
Pernah kena macam ni ke bro Mus?
shraqs recently posted…Minuman Angry Birds Lebih Glamour Berbanding Pepsi Dan Coke
Bro,kalo tkr csc ni phone jd gingerbread blik or still jd ics 4.0.4?
Versi Android takkan bertukar,.. cuma akan factory reset.
Bro..naper kadang2 kite pakai official rom pun kies susah nak detect yerk?die asyik connecting aje padahal kat pc dah detect pun.aku kena flash rom aku berkali2 kat odin baru leh detect kat kies.
Kies memang banyak problem macam tu. Antara puncanya sebab driver, usb cable, & versi OS yang digunapakai, kalau guna 64 bit banyak problem. Kebiasaannya dpt repair dengan update driver, restart pc @ tukar usb port yg lain.
shraqs recently posted…Aplikasi Android Untuk Blogger Tegar
Sudah buat dalam g-note n7000 tapi masalahnya pula… xda pilihan hendak tukar multi CSC tu….? napa ya?
Guna stock firmware @ custom? Multi CSC biasa terdapat di stock firmware sahaja.
BTW, boleh cuba guna Samsung Galaxy S/S2/S3 CSC dari Google Play : https://play.google.com/store/apps/details?id=com.manniakk.cscselector&feature
aku bookmark siap2 artikel ni. mmg xleh pakai kies kat pc aku.. jadi lagu ni.. tapi die macam suh upgrade latest windows. aku pakai kat laptop adik aku ok je
Terbakor recently posted…Lelaki berwajah harimau ditemui mati – Terbakor
Laptop lama ke bro. Kalau laptop lama @ RAM kecik memang problem sikit Kies ni.
takdala, aku pakai pc. tapi windows xp. adik akunya atas cket dari xp, ape tah, vista ke ape huhu
Windows XP & Windows 7 64 bit yang banyak memberi masalah dengan Kies.