Bagaimana mendapatkan kembali WiFi password di Android smartphone? Soalan ini telah beberapa kali diajukan oleh beberapa orang pembaca kepada saya samada menerusi contact form mahupun menerusi ruangan komen. Persoalannya di sini, boleh ke kita dapatkan kembali WiFi password yang telah disimpan di peranti Android, dan sekiranya boleh.. di mana kesemua password ini disimpan?
Jawapan kepada persoalan tersebut ialah “YA“! Kesemua WiFi password yang pernah dimasukkan ke peranti android boleh diperolehi semula dengan satu syarat,.. pastikan anda menggunakan rooted android smartphone.
Tujuan Mendapatkan Kembali WiFi Password
Terdapat pelbagai situasi yang memungkinkan anda untuk mendapatkan kembali WiFi password dari android smartphone, antaranya :
Situasi 1
Anda berkemungkinan terlupa password WiFi anda sendiri. (masih boleh diperolehi menerusi pc / laptop / reset router).
Situasi 2
Ketika menggunakan wifi di rumah rakan, saudara dan sebagainya,.. anda mungkin menggunakan wifi mereka menerusi smartphone. Dipendekkan cerita, anda ingin menggunakan wifi di laptop pada lewat malam… takkanlah nak dikejutkan saudara anda semata – mata untuk mendapatkan wifi password jam 1 pagi ke atas.. faham – faham jelah kan.
Selain dari dua situasi yang saya gambarkan di atas, masih banyak situasi yang mungkin pernah dilalui oleh rakan – rakan pembaca semua. Jadi, tak perlulah saya ceritakan kesemuanya sekali. Paling penting, anda faham maksud yang ingin saya sampaikan.
Langkah Mendapatkan WiFi Password
Berbalik kepada tujuan asal. Mendapatkan kembali kesemua wifi password yang tersimpan di peranti android adalah cukup mudah. Anda hanya memerlukan salah satu daripada aplikasi berikut :
- Root Explorer (boleh gunakan versi percuma)
- Astro File Manager
- OI File Manager
Setelah memuat turun salah satu dari aplikasi di atas, gunakannya untuk browse ke lokasi ini:
/data/misc/wifi

Root Explorer
Seterusnya Open file wpa_suppliciant.conf. Segala maklumat rekod WiFi ada tersimpan di dalam file tersebut.

WiFi Password
Untuk rujukan :
network={
ssid=”WIFI_NETWORK_NAME_HERE”
psk=”WIFI_PASSWORD_HERE”
key_mgmt=WPA-PSK
priority=1
}
Ok! itu sahaja perkongsian untuk kali ini dan nantikan post – post saya yang akan datang. Sekiranya ada sebarang cadangan, ide, dan persoalan.. sila kemukakan menerusi ruangan komen di bawah.
Assalamualaikum, saya ada satu soalan ni.. Sekarang ni saya gunakan samsung galaxy mini 2 dan masalah yg berlaku kt smartphone saya ni, tak boleh nak on wifi. setiap kali nak on je mesti phone akan off dengan sendiri. Kenapa ye dgn phone saya tu? harap mr. shraqs dapat membantu.. Terima kasih.
zakirasli recently posted…Belajar Programming Secara Online
W’salam.
Masalah ini ungkin 2 punca, firmware @ hardware.
Utk firmware, cuba check & pastikan dah guna latest firmware (boleh check update guna Samsung Kies (PC version).
Kalau ada update, lakukan update ke latest firmware.
Then, kalau dah guna latest firmware,.. boleh cuba buat reset (factory reset).
aku guna wifi recovery
Salah satu option yang bagus jugak tu.
la..boleh rupanya..baru tau..info berguna ni..thanks bro
Most welcome.
Terbaik…. Dah copy buat panduan kelak.
Joe recently posted…Review Buat Duit Dengan Paid To Click(PTC) Program
Simpan jangan tak simpan. :)
memang sangat berguna
terima kasih banyak
aku ni memang la selalu lupa password wifi
TehR recently posted…Pantun Orang Mengidam
Sama – sama Mr. Tehr.
Jadi,untuk yang belum root,tak boleh la ye?
** Boleh tanya sikit tak bro,gajet android kalau yang dah root,boleh restore semula ke ori tak macam gajet iOS yang dah di jailbreak?
Yang belum root memang tak boleh. Sebab directory file tu disimpan di tempat secure, takde root,.. tak dapat akses.
Sama je bro, gajet android pun masih boleh revert balik ke stock macam iOS.
1. Guna fungsi reset di phone
2. Flash / upgrade stock firmware
bro siii->astro file manager->data not found->selalu guna wifi….saje nak cube
Phone dah di root ke belum? Mesti root terlebih dahulu.
ermm..:) bila terjadi baru kita akan mencari tutorial sebegini kan..:) sbb nak ingat cara buat tu pun dah masalah besau:)
Nak kena biasakan dengan root file tu..
Ada tak cara utk yg bukan rooted android smartphone? TQ.
Setakat yang saya tahu memang takde.
bagus info ini.. kepada mereka yang pelupa seperti saya.. =)
sebab itu saya suka buat note dimana-mana berkenaan password atau username…
Jom vote for MB di MSMW 2013
Melastik Bintang recently posted…Mekanisma Undian Malaysia Social Media Week 2013
Terbaik! Mmg tak rugi singgah sini…terbaik bro shraqs!
Nabis baik jugak peranti ambe jenis yg ingat semua pwd dan username… =)
hafizmd recently posted…Jadual Liga Super Malaysia Musim 2013 | Bola Sepak
Bro hafizmd guna peranti apa tu? Tak boleh jadi ni…. Ha ha
tau jer cara dia, terbaik lah bro… masih menunggu bulan 4 untuk memiliki telefon baru. sama ada android atau ios :D
nazray recently posted…Untethered Jailbreak iOS 6 akan datang dari pod2g.
IOS pun boleh buat bro… tapi cam biasalah, mesti Jailbreak dulu..
shraqs recently posted…Sepagi Di Sempoi Coffee
macam mane? kene ade file explorer untuk iphone?
nazray recently posted…AppCake | Alternatif lain untuk download applikasi percuma.
Guna Wifi Passwords dr cydia (bigboss)
wah lame tak pegang iPhone, banyak dah ketinggalan… huhu maaf :D
nazray recently posted…Digi kini menawarkan telefon pintar untuk Pakej Komunikasi Belia.
Normal la tu bro..
bulan 4 ni banyak ke gadjet baru yang keluar bro?
Susah nak cakapla… mungkin takde nama2 besar sangat kot. SIV pun mungkin lepas Mei 2013.
bookmarked terus entri ni…pernah alami situasi #2 tu :)
Shahrul recently posted…Doa Hadapi Bencana Alam
Saya sendiri pernah lalui situasi sama… he heh
shraqs recently posted…iPhone 5, Antara Kelebihan Dan Kekurangan