Adakah anda memiliki sebarang produk dari Apple seperti iPhone atau iPad? Jika ya, semestinya anda telah sedia maklum bahawa setiap produk berkenaan memerlukan akaun Apple ID atau akaun iTunes bagi membolehkan anda memuat turun aplikasi dari Apple Apps Store kecuali bagi pengguna jailbreak. Sejujurnya, saya sendiri memiliki 3 akaun Apple ID ( US, Canada, dan Malaysia) tanpa sebarang bayaran memandangkan kesemua produk yang pernah digunakan adalah versi jailbreak.

Akaun Apple ID
Berbalik kepada topik asal, cara mendapatkan akaun Apple ID atau iTunes akaun US dengan percuma. Kenapa saya memilih US, sedangkan di Malaysia pun kita boleh daftar akaun secara percuma. Terdapat 3 kelebihan utama apabila anda memiliki akaun Apple ID US ;
- Lebih banyak aplikasi percuma yang boleh dimuat turun memandangkan ada antaranya dihadkan untuk warga US sahaja,
- Anda boleh membuka akaun Apple ID tanpa sebarang kredit atau debit kad,
- Pilihan cara bayaran yang lebih banyak, termasuk PayPal (tidak ditawarkan di Malaysia).
Langkah Mendapatkan Akaun Apple ID US Dengan Percuma
- Run iTunes -> iTunes Store -> Apps Store -> pilih salah satu Free Apps

Free Apps di iTunes
- Login Page akan dipaparkan seperti imej di bawah
- Klik Create Apple ID button dan anda akan dipaparkan dengan Terms and Conditions dan Apple Privacy Policy. (pastikan anda memilih United States di bahagian region walaupun bukan menetap di US – ini untuk membolehkan anda memiliki akaun Apple ID US)
- Lengkapkan Apple ID Details (masukkan email dan Continue)

Create Apple ID
- Di paparan Provide a Payment Method, pilih None. (rujuk imej di bawah)

Payment Method
- Di bahagian Billing Address, lengkapkan alamat. Dapatkan mana – mana alamat di US yang anda kehendaki samada dari Yellow Pages atau anda boleh gunakan alamat hotel – hotel di US (Google).
Selesai proses pendaftaran Apple ID, anda kini boleh memuat turun aplikasi percuma dari Apple Apps Store yang biasanya dihadkan kepada pengguna di US sahaja secara percuma.
saya pengguna Mac laptop dan Iphone 5..saya telah mempunyai Akaun Apple Malaysia yang berbayar.. Bolehkah saya menukar atau memiliki pada masa yang sama dengna Akaun Apple ID yang lain (yang percuma : sepertimana dlm panduan di atas, tanpa dkesan oleh Apple?)
Boleh. Gunakan email berlainan.
itunes version baru ni mmg susah tuk register canada punya itunes ke?
ada idea x? cm ne nk register?
Boleh guna cara yang saya tunjukkan di atas. Pastikan masa Create Apple ID, pilih Canada di bahagian Region dan Billing Address boleh cari mana2 alamat hotel di Canada melalui Google.
Saya memang pengguna iPad dan iPhone..dan memang dah lama berniat untuk dapatkan akaun iTunes US dan Canada.Lepas ni saya akan cuba cara ni..Terima kasih bro..
Hairul Azni recently posted…Azam Tahun Baru 1434 Hijrah.
Lepas ni boleh buat banyak2 akaun Apple. :)
wah yg percuma2 ni mmg ramai suke..hee..ciktom bukan pengguna apple..
cik tom recently posted…Panduan Lengkap Temuduga DPLI-SR j-QAF
Untuk guna biasa2 & testing boleh je buat macam ni,.. kalau nak yg advance kenalah bayar. :)
Maklumat yg berguna, terutama utk pengguna2 produk Apple.
At least kita bagi option utk pengguna produk Apple