Proses Demokrasi telah dijalankan, rakyat telah membuat pilihan,.. tiba masa untuk semua rakyat Malaysia menumpukan kepada tanggungjawab meneruskan kelangsungan negara.

Cara Membuat Report Pelanggaran Copyright Kepada Google

Tahun 2013 baru sahaja masuk ke pertengahan bulan Februari dan sudah 3 kali saya membuat report kepada Google tentang pelanggaran copyright yang wujud di blog ini berbanding hanya 7 sepanjang tahun 2012. Pelanggaran copyright yang saya maksudkan di sini merujuk kepada kegiatan plagiarisme atau copy and paste tanpa sebarang kredit kepada pemilik asal. Justeru, menerusi post kali ini saya akan kongsikan cara membuat report pelanggaran copyright kepada Google khususnya ke atas pengguna platform blogger / blogspot.

Cara Membuat Report Pelanggaran Copyright Kepada Google

Copyright : Content Removed

Pelbagai cara yang boleh diambil untuk menghalang masalah copyright, walau bagaimanapun masih terdapat segelintir yang masih tidak mahu belajar untuk menghormati dan menghargai hasil kreativiti orang lain. Sebagai blogger, saya sendiri telah mengambil pelbagai langkah pencegahan dan juga peringatan dengan menyediakan Copyright Page untuk dibaca dan dijadikan panduan. Tak cukup dengan itu, saya turut mengimplementasikan html kod untuk mengesan sekiranya terdapat kandungan blog ini telah diplagiat oleh pihak ketiga.

Kenapa Saya Tak Suka Plagiarisme

Antara faktor utama saya tak suka kandungan blog ini di plagiat kerana kebanyakan post yang diambil adalah kategori tutorial dan tips. Kebanyakan post tersebut dihasilkan berdasarkan eksperimen dan pengalaman sendiri.. hanya dengan cara tersebut saya dapat memahami dan menguasainya seterusnya berkongsi dan membantu pembaca – pembaca lain yang menghadapi masalah / situasi yang sama sekiranya ada yang bertanya menerusi ruangan komen dan sebagainya.

Selaku penulis (blogger), saya berpegang kepada satu konsep iaitu “bertanggungjawab di atas penulisan anda“. Jangan sesekali amalkan sikap lepas tangan.

Cara Membuat Report Pelanggaran Copyright Kepada Google (blogger / blogspot)

Berikut merupakan langkah yang saya sendiri ambil untuk menangani isu pelanggaran copyright oleh pengguna blogger / blogspot platform. Sekiranya terdapat rakan – rakan blogger yang berhadapan dengan masalah yang sama, anda boleh ikuti panduan yang saya sediakan di bawah. Sekiranya ia berkesan untuk saya, sudah semestinya ia turut berkesan kepada anda.

Terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan untuk mengenal pasti samada kandungan blog anda telah diplagiat oleh pihak ketiga. Antaranya ialah dengan menggunakan khidmat Google Analytics. Setelah dikenal pasti, ikuti langkah – langkah di bawah ;

Langkah 1

Lengkapkan form di Google DMCA : Blogger. Rujuk imej di bawah ;

Report Form

Report Form

Langkah 2

Setelah selesai melengkapkan form berkenaan, klik Submit button.

Langkah 3

Anda akan menerima email seperti berikut ;

Removal Request

Removal Request

Langkah 4

Selepas 5 – 12 jam, anda akan menerima email kedua seperti berikut ;

Content Removed

Content Removed

Bila di klik satu per satu link tersebut, kesemuanya telah di remove dari blog yang disasarkan.

Pengajaran Di Sebalik Perkongsian

Bila difikirkan semula, memang tidak seronok mengambil tindakan sedemikian. Walau bagaimanapun, apa pilihan yang kita ada? Tujuannya di sini adalah untuk memberi pendedahan, pengajaran, dan didikan kepada kita semua agar menghormati hasilĀ  ide, karya kreatif, dan penulisan orang lain.

Sign Up For My Newsletter

> Info teknologi semasa di Malaysia dan dunia,
> Berita gadget terkini (Android & etc),
> Pelbagai tutorial, tips dan tricks,
> Perkongsian wordpress dan sebagainya.

About shraqs

Husband. Blogger. Penggemar Nescafe tak kira masa dan tempat. Obses dengan teknologi smartphone (Android, iOS, and etc). Menjadikan blog sebagai rekod simpanan peribadi dan rujukan kepada semua di masa depan.

Twitter | Facebook | Google+

Comments

  1. Thanks for da sharing info..
    Bahrain recently posted…6 CARA PENJAGAAN KULIT MUKA

  2. Kalau berterusan kena plagiat memang sakit jiwa dibuatnya. Apa pun tindakan tersebut adalah wajar dilakukan.
    anif recently posted…Puma Faas 250 – Motivasi Untuk Kembali Berlari

    • Kalau plagiat & bagi kredit takpe jugak. Yang tak bestnya, dahla plagiat.. bila ada yang bermasalah, tau pulak disuruh rujuk dari blog asal.. tak nak bertanggungjawab.

  3. aku suka ko cara ko atasi cetak rompak blog.. tp aku tetap suka cetak rompak perisian.. sebab mahal nak beli.. terpaksa beli yg cetak rompak.. hehehe :)

Comment Policy : Pihak Admin amat menggalakkan komen di blog ini, walau bagaimanapun sila pastikan anda mematuhi Comment Policy yang telah ditetapkan. Pastikan anda merujuk senarai komen terdahulu sebelum mengemukakan sebarang pertanyaan & persoalan. Pihak Admin tidak akan memberikan respon kepada isu berulang. Harap maklum.

Speak Your Mind

*