Selepas memperkenalkan Apple Firmware Download Page di MobilityWorlds baru – baru ini, saya telah dihujani banyak pertanyaan tentang tujuan dan cara menggunakan firmware tersebut selepas dimuat turun ke PC dan Mac. Kebanyakan pertanyaan ini datangnya dari pengguna iPhone dan iPad yang rata – ratanya masih baru dan bergantung 100% kepada kaedah online untuk melakukan proses upgrade firmware. Bagi pengguna tegar khususnya pengguna model jailbreak, kaedah manual merupakan pilihan mereka. Untuk tidak menghampakan, di bawah saya sediakan panduan mudah Cara Manual Update Apple Firmware untuk iPhone, iPad dan iPod touch.

Apple Firmware Files (ipsw)
Kelebihan Cara Manual
Kelebihan kaedah manual ini ialah anda bebas melakukan proses upgrade dan downgrade firmware mengikut kehendak dan keperluan anda selain dari dapat mengelakkan sebarang kemungkinan sekiranya berlaku gangguan semasa melakukan proses upgrade secara online.
Aplikasi Yang Diperlukan
- iTunes (Mac & PC)
- Firmware Files (ipsw)
Cara – Cara Manual Update Apple Firmware
1. Lakukan proses backup terlebih dahulu menerusi iTunes.
2. Sambungkan peranti anda ke PC/Mac. (Start iTunes)
3. Pilih peranti anda di bahagian DEVICES menu.
4. Untuk memulakan proses install firmware secara manual;
- Tekan SHIFT key di keyboard dan klik button UPDATE (PC)
- Tekan OPTION key di keyboard dan klik button UPDATE (Mac)
5. Satu pop-up window akan dipaparkan untuk membolehkan anda memilih firmware file (ipsw) yang telah di download sebelum ini.
6. Seterusnya, iTunes akan melakukan proses upgrade sehingga selesai.
Masa restore tu, saya ada masalah dengan error 3194…
Boleh refer link ini: https://discussions.apple.com/thread/4359683?start=0&tstart=0
as salam,
hehe…ambe mmg tak pernah nak upgrade mahupun downgrade…
walaupun bro dah tulis camni, ambe tetap tak berani nak cuba…takut jeng!hahahaha
pepun, terima kasih bro berkongsi… =)
hafizmd recently posted…Aktiviti Masa ‘Bujang’…
Guna produk Apple ke? BTW, proses upgrade diorang takla sesukar mana,.. cuma nak bagi pilihan kalau malas nak menunggu upgrade online.
mcm ner nk update fimware apple eh..sy x penah try pun…
ariff recently posted…Adam dan Hawa Episod 24
Firmware apa tu? iphone, ipad @ ipod?
boleh membantu mereka yang ingin buat manual update, sayangnya aku tak ada iPhone untuk cuba :)
lewisdotmy recently posted…Gadget Terbaik 2012 Award Google nexus 7 Samsung Galaxy S3
alamak, saya xda iphone la
Juan recently posted…Cara Menentukan Harga iPhone 5 Malaysia Murah Dengan Mudah
Takpe, sy sendiri pun dah tak guna iphone. :-)
Salam epel tak der ahai… suka dgn mklumat ni sb bila buntu org akan crikan topik d medan goole
suri recently posted…Serlahkan Potensi Diri
Memang itulah niatnya suri, harap2 dpt membantu kpd yg memerlukan.
masih setia dengan htc cap ayam :)… thanks
:-)
berminat sangat dengan Apple product …lom beli lagi…cita-cita tu ada..
Syarih recently posted…Tiga Tahun Lagi!!
Takpe, ada rezeki lebih nanti bolehla usha2
bila fikir2 balik, sejak ada smartphone macam macam perkara nak kena tahu dan belajar. Dulu masa guna nokia 3310, takde sangat kerja mengupdate ni.
kimmie recently posted…Bermulanya semester baru
Betul tu, setuju sangat. Lagi best kalau telefon masih sama macam dulu kan, keluar dr kedai, just guna sampai rosak tak perlu update apa2 lagi. Skrg ni, bukan saja smartphone yg perlu smart, orgnya pun kena smart jugak.
ye..betul…smartphone for the smart people…hehehehe
kimmie recently posted…Bermulanya semester baru
He he
shraqs recently posted…Cara Manual Update Apple Firmware
Macam-macam dah ada dari Apple.
p/s: terima kasih dengan balasan pertanyaan..
Itu je sy dpt bantu Mummy.
Bagus ni.. Pemilik produk Apple boleh guna method ni. Teringat dulu-dulu masa rajin update / downgrade firmware untuk iPod 4G! :D
Encik Anif recently posted…Version 2.0 – Wordless Wednesday #56
Saya sendiri pun suka cara ni, nak menunggu update online @ ota memang letihla, tambah plak kalau internet slow.