Adakah anda memiliki akaun Google AdSense? Jika YA, dan anda aktif berblog semestinya pendapatan Google AdSense anda semakin bertambah dan bakal mencecah angka minimum $100 untuk pengeluaran. Perkara yang bakal anda fikirkan ialah cara macamana nak keluarkan pendapatan AdSense? Nak guna cek atau Western Union? Menerusi post ini saya akan kongsikan Cara Cashout Google AdSense Melalui Western Union.

Cara Cashout Google AdSense Melalui Western Union
Cara Cashout Google AdSense Melalui Western Union
Persiapan Sebelum Ke Bank atau Pejabat Pos
- Photostat salinan kad pengenalan (depan & belakang)
- Print out atau capture salinan Statement of Earnings (yang diterima dari Google AdSense)

Statement of Earnings
Cara Pengisian Borang Penerimaan Wang / To Receive Money
Pengisian borang Penerimaan Wang atau To Receive Money tidak sesukar mana tetapi borangnya adalah berbeza mengikut tempat. Sejujurnya, pengisian borang di pejabat pos adalah lebih mengelirukan berbanding borang dari bank.
Pada hari Isnin (29 Oktober 2012), buat pertama kalinya saya melakukan cashout Google AdSense melalui Western Union di bank (Bank Rakyat), kebiasaannya dibuat di pejabat pos sahaja. Dipendekkan cerita, semasa mengisi borang di pejabat pos, waktu lunch break, kaunter yang dibuka hanya satu manakala pelanggan yang menunggu cukup ramai… dan teringat pula kisah saudara Juan (WanWidget) yang pernah melakukan pengeluaran wang Google AdSense (Western Union) di Bank Rakyat. Terus keluar pejabat pos dan menuju ke Bank Rakyat…
Berbalik kepada topik asal, dapatkan borang Penerimaan Wang atau To Receive Money (Western Union – berwarna kuning) dan lengkapkan maklumat di bahagian Penerima /Receiver dan Pengirim / Sender.

Borang Penerimaan Wang Western Union
- Paling penting, pastikan anda lengkapkan bahagian Pesanan Dari Pengirim / Message From Sender dan Nombor Kawalan Pindahan Wang /MTCN sepertimana dalam imej di atas. Kedua – dua maklumat ini ada di Statement Of Earnings.
- Bahagian Jumlah Dijangka (RM) / Amount Expected (RM) – anda hanya perlu darabkan dengan 3. Cth : ( $100 x 3 = RM300.00 ). Ini bukannya mandatori, pihak bank akan kemukakan jumlah sebenar berdasarkan kadar tukaran wang asing semasa.
Diharapkan, melalui perkongsian Cara Cashout Google AdSense Melalui Western Union ini dapat membantu dan memudahkan rakan – rakan blogger yang masih keliru tentang pengisian borang Western Union.
Selalu dok guna RHB je..mudah
Syar recently posted…Job Vacancies at Malaysian Cocoa Board (MCB)
Thank you sebab kongsikan. At least tahu banyak pilihan yang ada.
belum pernah merasa GA ni..
Mus recently posted…(Gambar Instagram) Kisah Ke Kebun Buah Tarap Di Kg. Baru Saub, Nabawan
Nanti akan sampai giliran rezeki bro Mus. In shaa Allah!
shraqs recently posted…Minuman Angry Birds Lebih Glamour Berbanding Pepsi Dan Coke
huh sama la saya…:)
best2…ciktom xmerasa lg google adsense ni..kena reject..ni plan bt blog lain fully bi…pastu dh ok br apply lg..hee
cik tom recently posted…Panduan Lengkap Temuduga DPLI-SR j-QAF
Memang itulah yang terbaik ciktom. Buat blog dlm BI,.. cepat sikit lulus. BTW, good luck ciktom.
Rezeki jangan di tolak hehehe :P
hafidz recently posted…Wordless Wednesday – Rangkaian Elektrik
Betul tu!
lambat lagi nak cashout adsense..huhu..
Bard boleh je cuba ubah posisi @ style ads di blog. Nak dapat yang betul2 cun & sesuai dengan blog tu memang susah sikit.
Dah lama tak jenguk blog bro, ada sibuk sikit sekarang ni. Cara dan tip bro untuk penjimatan bateri android pun tak sempat nak buat. Banyak duit dah bro ya, boleh la belanja ni. hehe
“Western Union Qiuck Cash”. Memang ejaan qiuck ka bro?
TQ bro,.. typo error ha ha. Nasib baik ada jugak yang perasan.
rutin harian setiap bulan-bulan. hehe..
titan recently posted…Komisen ke 21 dari Innity
Dah jadi rutin yeee… :)
google adsense ade eft kat beberapa negara..bila la nk smpi ke malaysia..hehe
Yang itu kena tunggu lagi la bro. Buat masa sekarang WU option terbaik…
salam TT…
nak tanya..berapa lamakah masa diambil untuk google hantar PIN KODE ke rumah saudara?
Congratulations! Your earnings have reached the verification threshold, so we’ve started the process of verifying your account. This will prepare you to receive your first payment once you’ve earned the payment threshold.
To verify your account we automatically generate and mail a Personal Identification Number (PIN) to the payment address listed in your account. Once you receive your PIN, you’ll need to enter it at the bottom of this page. In the meantime, your account remains active and you may continue to show ads and accrue earnings.
terima kasih..
mymobile recently posted…Tonton Online Maafkan Aku
W’salam,
Sejujurnya saya dah lupa berapa lama masa diambil utk terima PIN CODE. Dah lama sangat, tahun 2008 lagi. Sorry!
xpe2..just nak tanya jerk..terima kasih ek encik..
Sama2.
Wahaha.. Tahniah. Lumayan juga hasilnya tu. :D
Encik Anif recently posted…Iklan Petronas Sempena Deepavali 2012
Bolehla daripada takde apa2 tu… ha ha