Proses Demokrasi telah dijalankan, rakyat telah membuat pilihan,.. tiba masa untuk semua rakyat Malaysia menumpukan kepada tanggungjawab meneruskan kelangsungan negara.

Cara – Cara Upgrade Bada 2.0 Ke Samsung Wave GT-S8500 (DXLD1)

Berita baik untuk pemilik Samsung Wave GT-S8500 di Malaysia. Setelah sekian lama menunggu update Bada 2.0 (OS), akhirnya pemilik Samsung Wave di Malaysia menerima update terbaharu Bada 2.0 (DXLD1). Di bawah saya sediakan cara – cara upgrade Bada 2.0 ke Samsung Wave GT-S8500 (DXLD1) menggunakan Kies.

Samsung Wave GT-S8500

Samsung Wave GT-S8500

Cara – Cara Upgrade Bada 2.0 Ke Samsung Wave GT-S8500 (DXLD1)

PERINGATAN : PASTIKAN ANDA MEMBUAT BACKUP DI KIES SEPERTIMANA DI LANGKAH 3 KERANA PROSES UPGRADE KE BADA 2.0 INI AKAN WIPE SEMUA DATA DI PHONE ANDA DAN PROSES RESTORE (LANGKAH 5) BOLEH DILAKUKAN SELEPAS PROSES UPGRADE SELESAI.

Langkah 1

  • Pastikan anda telah install Kies di PC / laptop. Sekiranya belum, download Kies dari SINI.

Langkah 2

  • Sambungkan Samsung Wave anda ke PC / laptop menggunakan data cable,
  • Run Kies sekiranya ia tidak dijalankan secara automatik,
  • Tunggu sehingga Kies mengenalpasti peranti anda,
  • Kies akan memaklumkan tentang firmware upgrade terbaharu (DXLD1),
  • Ikuti langkah – langkah yang disarankan di Kies.
GT-S8500 (DXLD1)

GT-S8500 (DXLD1)

Langkah 3

  • PENTING – Lakukan proses backup untuk kesemua data – data penting di peranti anda menerusi Kies (tempoh masa diambil bergantung kepada saiz data anda),

Langkah 4

  • Selesai Langkah 3 (backup), proses upgrade akan dijalankan,
  • Pastikan tidak terdapat sebarang sambungan USB HUB di PC / laptop anda melainkan Samsung Wave sahaja. Jika tidak, kemungkinan besar proses upgrade akan gagal dan anda perlu mengulangi proses ini dari awal,

Langkah 5

  • Selesai proses upgrade ke DXLD1 di Langkah 4, segala data di Samsung Wave anda sebelum ini akan hilang,
  • Seterusnya, Kies akan memaklumkan anda untuk Restore data yang telah anda backup di Langkah 3,
  • Ikuti segala proses yang disarankan di Kies,
  • Proses Restore ini bergantung kepada saiz data anda.

Langkah 6

Sekiranya semua berjalan lancar, Samsung Wave GT-S8500 anda kini telah berstatus Bada2.0 firmware DXLD1.

Screenshot Samsung Wave GT-S8500 (DXLD1)

GT-S8500 DXLD1 Screenshot

GT-S8500 DXLD1 Screenshot

Final Thought

Bada 2.0 (DXLD1) ini ternyata cukup stabil dan memiliki UI yang lebih menarik berbanding Bada 1.2. Perkara yang paling saya suka tentang Bada OS ini ialah ianya cukup pantas tanpa sebarang isu lag dan hang. Dalam banyak – banyak mobile OS yang pernah saya gunakan, Bada merupakan yang paling secure dan mantap, itulah sebabnya sampai sekarang saya masih menyimpan Samsung Wave GT-S8500 ini dari tahun 2010 masa mula – mula diperkenalkan. :)

Info : Bada OS merupakan operating system yang dibangunkan oleh Samsung sepenuhnya.

Sign Up For My Newsletter

> Info teknologi semasa di Malaysia dan dunia,
> Berita gadget terkini (Android & etc),
> Pelbagai tutorial, tips dan tricks,
> Perkongsian wordpress dan sebagainya.

About shraqs

Husband. Blogger. Penggemar Nescafe tak kira masa dan tempat. Obses dengan teknologi smartphone (Android, iOS, and etc). Menjadikan blog sebagai rekod simpanan peribadi dan rujukan kepada semua di masa depan.

Twitter | Facebook | Google+

Comments

  1. fail ..
    perlukan sistem fail 13mb
    sila padam sistem fail yang tidak diperlukan ..

    phone saya da reset habis .. kosong.. kenape ek?

  2. devastatoR says:

    kalau masih guna bada 1, sama ke caranya nak upgrade ke bada 2?
    kalau tak boleh juga cara kies, macam mana nak guna cara multioader?

    • Utk bada, upgrade guna Kies adalah cara paling selamat dan biasanya proses upgrade boleh dibuat dengan mudah. Multiloader hanya utk kes2 kecemasan boleh la guna, tapi agak rumit.

      Guideline utk guna multiloader memang saya tak buat, tapi boleh di googlekan.. memang banyak online.

      • oo.. dah banyak kali try update gune kies, tengah update connection wave ke kies disconnected!!
        dah berribu-ribu kali cuba pun connection tu disrupted!! so nak buat macam mane??

        • Kalau internet tak stabil memang susah sikit kejenya. Satu lagi, pastikan takde lain2 sambungan usb ke PC masa upgrade kecuali ke Wave sahaja.

  3. kalo screen pecah ade stok lg x agaknye?

  4. what is the approximate time for this upgrading?1-2 hours?

  5. Jjets Mujets says:

    pembetulan kepada msj sebelumnya. adakah sya boleh upgrade samsung wave 3 model GT S8600 bada 2.0 (OS8600DXKK6) kepada OS Android?bagaimanakah caranya

  6. ester tracy says:

    hai nak tnya .. sblm tu saya nak ucapkan terima kasih sebab saya dah berjaya upgrade hp os bada saya dari 1.2 ke 2.0 walaupn saya terlupa keluarkan simkad n memory card saya tp no hal la tu :) ..sekarang ni saya nak install whatsapp dan juga play store..sya perlu pertolongan awk..plss.thanks :)

    • Hi ester.
      Utk makluman ester, bada os tak support whatsapp, kecuali tukarkan bada os di wave ke android, dan ini memerlukan banyak perkara lain.

  7. nk tanya, kalau guna samsung kies utk upgrade firmware, kita kne keluarkan simcard n memory card ke? step atas xjadi la : failed to run firmware upgrade. Unknown error occured

    • Utk keselamatan, lebih baik keluarkan semua (sim & memory card).
      Masa nak upgrade, pastikan semua usb port di PC yang lain tidak digunakan (hanya sambung ke Wave sahaja).

  8. Mohamad Thoreq says:

    YEEEEEEEE!!!!!!!!!!!!!!! terima kasih saya Berjaya….
    Mohamad Thoreq recently posted…Network Solutions – Domain Kupon Kod $0.75

  9. Aku dah upgrade via keis,dah download firware tp tak bleh juga,time install tak brjaya… ada cara lain ke?pleas help..

    • Cuba flash guna Multiloader. Boleh download dari mana2 je (Google). Utk cara2 flash, boleh rujuk di Youtube (banyak video tentang cara flash bada guna Multiloader).

  10. hm..da download kies tapi dia suruh download firmware dulu, da tekan tgu sejam 2jam xbergerak progress dia tu.myb sb pkai w7 64bit,ada orang cakap xcompatible. satu lagi punca sebenar nak update ke bada 2.0 sebab nak os lagi cepat, tapi nak tya la,bada os 2.0 support whatsapp or viber x? coz 1.0 sy ni xsupport,pening2

    • 1st of all, Bada tak support Whatsapp @ Viber.

      BTW, mega guna Wave model apa? GT-S8500 @ Wave II? Setahu saya, Malaysia belum lagi terima Bada 2.0 utk S8500, kalau ada pun utk region eropah sahaja. Kebanyakan masalah dengan Kies ni sebab server Samsung. Sy syorkan Mega cuba upgrade waktu malam @ awal pagi (server tak busy). Kalau tak dapat jugak, cuba flash secara manual guna Multiloader (download firmware bada terlebih dahulu dari samfirmware.com). Guide utk flash, Mega boleh cari di Google/Youtube.

      Seperkara lagi, saya sendiri guna Win7 64bit tanpa sebarang masalah.

  11. Hai there terima ksih la ada cara2 nak buat ni dahlama saya nak upgrade, tp isu nye try ngan kies dia kata saya nye xsupport sbb saya nye version bada is 1.0.
    macam mana ye kalau nak upgrade from 1.0 to 2.0?

    Terima Kasih

  12. salam . kies sy ckp ‘ur does not support software upgrading via kies’
    plis advice . sy kcwe sgt2 . urm

  13. 1ST .. saya ucapkan ribuan terima kasih ,kerana GT-S8500 kesayangan saya sudah
    bertukar kepada BADA OS 2.0. sebelum ini saya amat kecewa dengan OS 1.0 tidak
    boleh nak dibanggakan berbanding OS ANDROID dan seangkatan dgn nya..
    TY bro…anda membantu saya untuk meningkatkan keupayaan GT-S8500.

    LUV U….

  14. As salam
    tumpang tanya…
    saya dah cuba flash bada 2.0 ke s7230
    tapi ada problem semasa flashing mungkin kabel longgar terus disconnect. Pastu pc dah tak leh nak connect semula. hp dah keluar gambar Download ngan PC yg ada tnda soal.

    Ada tak sapa2 yang ada suggestion nak buat camana?
    tolong…

  15. telefon smsg wave s8500 sy da upgate ke bada 2.0 pkai kies tu. tapi skrg telefn ada problm.tak boleh nk restart.bila on je die cuma tjk model phone n logo bada,lgsg xbleh nk msk menu. cmne nk buat ye..htr kdai phone xbleh nk repair.nk htr mn lagi ni..bleh reper ke x huhu.sedih.

  16. sy punya blh guna ker hee…
    suri recently posted…Chromolaena Odorata Part I

  17. Pengguna bada OS kalau x silap terpaksa guna kies untuk install update… kerana samfirmware dah x keluarkan formware bada….betulkan aku kalau salah
    Mohd Ilham recently posted…Promosi Domain .My dari Rm0.99 sahaja

    • samfirmware masih keluarkan fw bada lagi bro. Tapi aku tak syorkan upgrade fw guna flash sebab bada 2.0 akan buat clean install.

  18. betul tu…sy pun paling suka guna bada OS..dulu rs sedih sgt bila samsung wave sy rosak…n then bila beli samsung wave 3…terbaik hati plak bagi kat adik…rs cam nk mintak balik je…heheh
    Ibu Mifzal Arsyad recently posted…Harga Petrol RON97 Turun 10 Sen Mulai Esok (7 Jun 2012)