From the BlogSubscribe Now

Cara – Cara Root Samsung Galaxy SII ICS 4.0 (DXLP9)

Saya andaikan pemilik Samsung Galaxy SII di Malaysia kini telah mula menikmati ICS 4.0 terbaharu di peranti masing – masing. Sekiranya belum, pastikan anda merujuk entri saya yang terdahulu tentang Cara – Cara Upgrade Samsung Galaxy SII dari Android Gingerbread 2.3.6 ke Android Ice Cream Sandwich 4.0.3 (ICS 4.0). Seterusnya, melalui post ini saya akan kongsikan Cara – Cara Root Samsung Galaxy SII ICS 4.0 (DXLP9).

Samsung Galaxy SII ICS 4.0 Root

Samsung Galaxy SII ICS 4.0 Root

NOTA : Proses root ini hanya untuk model Samsung Galaxy SII (GT-I9100) dan BUKAN untuk model Samsung Galaxy SII (GT-I9100G).

Kepada yang belum pasti tentang apa itu root, kelebihan dan kekurangan root,.. adalah disarankan anda membaca post DI SINI untuk mendapatkan gambaran penuh sebelum membuat keputusan untuk root smartphone anda.

Cara – Cara Root Samsung Galaxy SII ICS 4.0 (GT-I9100) – DXLP9

NOTA : Untuk model Samsung Galaxy SII GT-I9100 sahaja.

Tools Yang Diperlukan

Langkah 1

Download kedua – dua fail di atas dan extract Odin 1.85 di PC anda. Fail CF-Root-SGS2_DX_SIN_LP9-v5.4-CWM5 tidak perlu di extract.

Langkah 2

Shutdown smartphone anda. Setelah betul – betul shutdown, tekan butang VOLUME DOWN + POWER + HOME secara serentak untuk reboot ke Download Mode.

Langkah 3

Run Odin di PC / laptop

Langkah 4

Sambungkan Galaxy SII anda ke PC / laptop menggunakan USB data cable.

Langkah 5

Tunggu sehingga Odin mengenalpasti peranti anda ( ID: COM di Odin bertukar ke warna kuning ).

Langkah 6

Klik PDA dan pilih CF-Root-SGS2_DX_SIN_LP9-v5.4-CWM5.tar yang telah di download sebelum ini.

Langkah 7

Klik button Start dan tunggu sehingga proses root selesai.

Langkah 8

Sekiranya semua berjalan lancar, Samsung Galaxy SII (GT-I9100) ICS 4.0 anda kini telah berjaya di root.

Langkah 9

Untuk memastikan peranti anda telah di root sepenuhnya, pastikan wujud aplikasi SuperSU di senarai aplikasi Samsung Galaxy SII anda.

Selamat berjaya!

 

UPDATE : 27 Ogos 2012

UPDATE : 31 Ogos 2012

EMAIL NEWSLETTER

Like what you read here in this blog post?
Get more like it delivered to your inbox daily.

About shraqs

Husband. Blogger. Penggemar Nescafe tak kira masa dan tempat. Obses dengan teknologi smartphone (Android, iOS, and etc). Menjadikan blog sebagai rekod simpanan peribadi dan rujukan kepada semua di masa depan.

Twitter | Facebook | Google+

Comments

  1. salam kalau sye pkai firmware DXLP7 na pkai yg mne?

  2. As-salam sahabat,
    aku ade persoalan la…aku dah try root ikut apa spec yang ko bagi…logo kuning 3 segi tu kuar ok…camera n video gelap pun dah ok…tp aku still x paham..
    1. bateri agak cepat
    2. video over brighness
    3. clik dari satu application ke application agak lembab…
    4. superSU ada keluar, tp apa funtion dia..
    5. klau betul ape yg aku paham bila dah root, boleh akses n kebebasan untuk mengubah looks and feel peranti Android mengikut citarasa sendiri, kebebasan untuk customize aspek Kernel, ROM <—- yg ni kurang paham….Sorry bro newbie in S2..(tunjuk ajarku sifoo)

  3. salam bro..dh try 3/4kali…trus x bleh on..masa buat bateri cukup full..bila dh setel kluar logo samsung..bawah dia ada tanda seruan dlm tiga segi kaler kuning..boleh repair blik ke hp tu???

  4. pakcik, bisa kasih tahu saya cara root HP LG L7 P705 nggak?

  5. Rooting nie risikonye crash la… Anyway, salah root… Root lagi… :)
    Izzuddin Fauzi recently posted…Bila Terhalang

  6. tak berani lagi nak root…
    Amirez recently posted…Main Air di Bukit Gambang Water Park

  7. dah pakai HTC One X,,,alangkah bagusnya kalau pakai S2 boleh belajar root…untuk HTC tak de ke..

    • Bukan tak nak buat bro,.. masalahnya aku tak familiar ngan HTC. BTW, semua yg ada kat blog ni atas dasar pengalaman sendiri. Tak berani nak buat tutorial, kalau apa2 hal nanti susah aku nak tolong. Sorry bro.

      • amen ramly says:

        ada artikel sal galaxy nexus x?nk thu rom terbaek jelly bean tuk nexus..:)

        • Kalau pasal Nexus memang sy tak buat.Sorry! Sy hanya cover smartphone yang pernah @ sedang saya gunakan sendiri,.. untuk mengelakkan sebarang kesalahan maklumat. BTW, kalau sebut pasal custom ROM terbaik memang susah nak diputuskan.. setiap custom ROM memang ada kelebihan & kekurangan bergantung pada keperluan individu (subjektif). Sy syorkan saudara rujuk di xda developers forum.

  8. lambat lg la gamaknya chii nak ada galaxy sii ni..ehehe

  9. Aku ni SII tak ada
    Sesekali kalau bro buat entri nak tingkatkan / uruskan galaxy tab 7.0 plus sangat bagus rasanya
    Aku guna yang mana tersedia je sekarang
    Hehe

    Jangan marah hah…
    tehr recently posted…Bagaimana Aku Pasang Gambar Profile

  10. mmg kene byk bersabar smpi btul2 stabil..huhu
    JebengOtai recently posted…Komentator Tegar Mei 2012

    • Di xda developers dah ada yang keluarkan kernel utk i9100G, tapi aku tak nak buat post lagi sebab tak begitu stabil. Bagus tunggu dr Chainfire.

Speak Your Mind

*