Menerusi post terdahulu, saya kongsikan tentang cara – cara untuk root Samsung Galaxy Note dan Samsung Galaxy SII. Seterusnya, melalui post kali ini saya akan kongsikan pula Cara – Cara Root Samsung Galaxy S3 (GT-I9300) Menggunakan Odin. Rasanya hampir kesemua penggemar Android khususnya Samsung sedia maklum tentang kelahiran versi ketiga model Samsung Galaxy S yang dikenali sebagai Samsung Galaxy S3 telah pun berada di pasaran. Memandangkan mobilityworlds pernah berkongsikan cara – cara root Samsung Galaxy Note dan Samsung Galaxy SII sebelum ini membuatkan terdapat beberapa pemilik Samsung Galaxy S3 meminta untuk disediakan juga Cara – Cara Root Samsung Galaxy S3 (GT-I9300). Jadi, untuk tidak menghampakan semua, ikuti langkah – langkah di bawah dengan teliti.

Samsung Galaxy S3
Dalam proses rooting kali ini saya akan tunjukkan cara – cara root Samsung Galxy S3 menggunakan CF-Root yang dihasilkan oleh Chainfire (komuniti xda developers). Melalui proses rooting ini, Galaxy S3 anda akan dilengkapi dengan aplikasi SuperSU, ClockWorkMode 5.5 dan CWM Manager bagi membolehkan anda melakukan customization selepasnya.
PERINGATAN!
- Pastikan peranti anda ialah Samsung Galaxy S3 (GT-I9300) – Setting -> About Device -> Model number. Jika model anda berlainan dengan model yang dimaksudkan, anda dinasihatkan untuk TIDAK melakukan proses rooting ini.
- Seperti biasa, mobilityworlds tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini terhadap peranti anda selepas mengikuti tutorial ini. Tutorial ini merupakan sebahagian daripada perkongsian maklumat dan risikonya adalah tanggungjawab anda sendiri.
Langkah Yang Perlu Diambil Sebelum Root Samsung Galaxy S3
- Lakukan backup.
- Pastikan bateri smartphone anda berada di tahap tidak kurang dari 80% penuh.
- Pastikan anda telah install Kies di PC/laptop anda. Jika belum, download Samsung Kies dari LINK INI, install dan restart PC/laptop anda.
Tools Yang Diperlukan
- Odin 3 (3.0.4) – DOWNLOAD LINK
- CF-Root-SGS3-v6.4.zip - DOWNLOAD LINK (selepas download, unzip file tersebut dan anda akan memperolehi file CF-Root-SGS3-v6.4.tar)
Cara – Cara Root Samsung Galaxy S3 (GT-I9300) Menggunakan Odin ICS 4.0.4
Langkah 1
- Setkan smartphone anda ke Debugging Mode ( Setting -> Applications -> Developement -> USB Debugging ).
- Turn off smartphone ( pastikan betul – betul atau tanggalkan bateri smartphone anda untuk mendapatkan kepastian )
Langkah 2
- Setkan smartphone anda ke Download Mode ( tekan butang VOLUME DOWN + POWER + HOME secara serentak untuk beberapa saat sehingga anda berada di Download Mode )
Langkah 3
- Start Odin 3 (3.0.4) yang anda download di PC / laptop anda.
Langkah 4
- Sambungkan Galaxy S3 anda ke PC / laptop menggunakan USB data cable.
Langkah 5
- Tunggu sehingga Odin mengenalpasti peranti anda ( ID: COM di Odin bertukar ke warna biru ).

Cara Root Samsung Galaxy S3 – Odin 3
Langkah 6
- Klik PDA dan pilih file CF-Root-SGS3-v6.0.tar yang telah di download sebelum ini. (pastikan ianya .tar dan bukannya .zip)
Langkah 7
- Klik button Start dan tunggu sehingga proses root selesai. Peranti anda akan reboot secara automatik.
Sekiranya semua berjalan lancar, Samsung Galaxy S3 (GT-I9300) ICS 4.0 anda kini telah berjaya di root. Untuk kepastian, pastikan wujud aplikasi SuperSU, CWM dan CWM Manager di senarai aplikasi Samsung Galaxy S3 anda.
Good Luck!
kalau samsung galaxy S3 mini sama juga untuk nge root nya ?
Tidak.
kalau android version 4.1.9 pulak camne? model sama GT-I9300.. nak jelly bean jugak.. haha..
salam tuan..yg ni 4.0.4 kan? sy punya s3 jnis 4.1.2…ble guna cra yg tuan bagi ni ke? cbb model number sama je GT-I9300..
Ikut panduan di sini : http://mobilityworlds.com/cara-cara-root-galaxy-s3-jellybean-4-1-2
Mula wt x jd kuar msj cmni:
Added!!
Removed!!
Added!!
Odin v.3 engine (ID:10)..
File analysis..
SetupConnection..
Can’t open the serial(COM) port.
Added!!
All threads completed. (succeed 0 / failed 1)
pastu lps exit software kies baru jd n kuar msj cmni:
Added!!
Odin v.3 engine (ID:10)..
File analysis..
SetupConnection..
Initialzation..
Get PIT for mapping..
Firmware update start..
recovery.img
NAND Write Start!!
cache.img
param.bin
RQT_CLOSE !!
RES OK !!
Completed..
Added!!
All threads completed. (succeed 1 / failed 0)
Removed!!
Added!!
berjaya root android..tp ade aplikasi superSU dgn CWM jew kuar..mungkin sbb versi CF root 6.4 cmtu ker???
Bila guna Odin, memang tak boleh run Kies.
time kasih bnyk2..bnyk membantu..berjaya root s3
S3 ni Version brape?
nak tanya, kalau root samsung galaxy s III mini GT-i9300 guna cara yang ni jugak ke?? :) tq.
thank for easy tutorial!
nadz recently posted…Amnesia Chapter 1 & 2 Walkhtrough
U’r most welcome
Bro, tolong pls. Sy punya S3 hang and tak boleh on. Sy try la root tp fail.
Ade cara lain lg tak?
Added!!
Odin v.3 engine (ID:8)..
File analysis..
SetupConnection..
Initialzation..
Get PIT for mapping..
Firmware update start..
recovery.img
NAND Write Start!!
cache.img
Complete(Write) operation failed.
Added!!
All threads completed. (succeed 0 / failed 1)
Guna Android versi ICS @ Jellybean?
Kalau Jellybean, follow guide dari sini : http://mobilityworlds.com/cara-cara-root-galaxy-s-iii-android-jellybean
asslamualaikom bro mcm mna nak unzip fail tuk dpatkn CF-Root-SGS3-v6.0.tar da unzip tp still x dpt tar kt blkg 2…..tap gak dia jd zip
W’salam. Extract guna WinZip @ WinRar
da extrak bro…..still dpat fail tar…:( help me bro……nak sgat root s3 nie…….
Kalau dah dpt fail .tar… dah betul la tu. :)
bro nk tye skit-ape fungsi kies n mcm mne nk gne kn nyer…
Kies ni software khusus utk Samsung smartphone (Android & Bada),.. lebih kurang sama fungsi dengan iTunes (iPhone, iPad & iPod).
BTW, Kies ni berguna utk upgrade firmware, backup contact, sms, aplikasi etc, boleh play musik, dan download aplikasi dari Samsung Apps.
shraqs recently posted…Cara Manual Update Apple Firmware
hello,saya nak tnye,perlu kh kita caj handphone yang kita baru beli selama 8 jam terlebih dahulu baru kita pakai @pun kita cuma perlu caj sehingga penuh je,takyah tggu 8 jam? mcm mane ye? explain ckit….tq…
Personally sy sendiri tak pernah pun buat macam tu. Biasanya kalau beli hp baru, sy off & caj sampai penuh, pastu guna macam biasa. :)
saya nak bertanya ttg galaxy s3 yg saya baru beli 2 hari lepas…kenapa baterinya x masuk penuh bila kita cas?saya dah cas dari malam ke pagi but still setengah je…atau ada apa2 masalah??
Masa charging, indicator makin bertambah @ berkurang? Hanya ada 2 kemungkinan, samada charger kit rosak @ pin di bahagian charger port hp ada masalah.
Kalau hp tak recharge, cuba charger kit lain utk pastikan charger kit anda rosak @ x. Yang kedua,
sy syorkan agar anda gunakan hp sehingga bateri habis, turn off phone dan charge sampai penuh.
salam, kalo dah root boleh tak kita unroot balik ke stock asal tepon ni.. camne caranya..tq
W’salam.
Untuk unroot S3 beza ckit dengan model2 lain & banyak step perlu buat sebab melibatkan perubahan binary counter. Utk dapat tutorial, boleh rujuk dari xda developers : http://forum.xda-developers.com/showthread.php?t=1710613
pergh..kene berani nk root ni.. :)
p/s: bru lepas udpate ics utk s2..
Jebeng Otai™ recently posted…Kedudukan Terkini EURO 2012
So, camane ICS d SII bro?
x byk yg berubah sbb lom godek2 ag..
ttp features cam messaging window yg leh resize time landscape..dh kurang hang..task manager baru..bateri ade improve skit..
cuma kalo men game cam angry bird ade skit lag..huhu, x pasti kenapa..
Jebeng Otai™ recently posted…Kedudukan Terkini EURO 2012
ICS nih banyak guna RAM bro. Kena clear RAM sekali sekala
bru perasan RAM die..awat jdik kecik?dh tingl 700mb jer..mmg camni ker bro?
Jebeng Otai™ recently posted…Kedudukan Terkini EURO 2012
Sebab tu ramai yg hadapi problem ngan ICS di SII, Note etc. Tak tau la nape Samsung buat camtu. Note pun dah jadi 800MB jer. Dah ramai jugak yg merungut pasal tu, mungkin Samsung akan keluar update lagi kot.
kene tunggu nmpknya..br td sy bc..motorola xoom pon hadapi mslh yg sama..maybe ics ni sendiri kot yg bermasalah..
Jebeng Otai™ recently posted…Kedudukan Terkini EURO 2012
Bleh jadi jugak. BTW, bila dah lama2 ok la tu.
SIII dah ada custom ROM tak?
hafidz recently posted…Nuffnang Buffered Earnings 10
Dah ada 2-3 custom rom di xda
kena berani tanggung risiko nii..
Mus recently posted…Perjalanan Ke Lawas, Sarawak Yang Tidak Dirancang
InsyaAllah klau follow guide betul2 takde problem punyalah :-)