Proses Demokrasi telah dijalankan, rakyat telah membuat pilihan,.. tiba masa untuk semua rakyat Malaysia menumpukan kepada tanggungjawab meneruskan kelangsungan negara.

Cara – Cara Root Galaxy SIII Android Jellybean

Memandangkan Android Jellybean 4.1.1 telah pun diterima oleh pengguna Samsung Galaxy SIII di Malaysia semalam (29.10.2012) dengan penambahan pelbagai ciri – ciri yang menarik, jadi menerusi post ini saya akan kongsikan panduan atau Cara – cara Root Galaxy SIII Android Jellybean 4.1.1.

Samsung Galaxy S3

Samsung Galaxy SIII

Seperti biasa, perkongsian cara root Galaxy SIII Jellybean 4.1.1 kali ini juga adalah berdasarkan panduan dari Chainfire (XDA Members). Selepas proses root berasaskan kernel CF-Root ini berjaya dilakukan, smartphone anda akan dilengkapi dengan aplikasi SuperSU, dan CWM yang membolehkan anda melakukan proses customization seterusnya.

Panduan Cara – Cara Root Galaxy SIII Android Jellybean 4.1.1

PERINGATAN!

  • Pastikan peranti anda ialah Samsung Galaxy S3 (GT-I9300) – Setting -> About Device -> Model number, dan telah di upgrade ke versi Android Jellybean 4.1.1.  Jika model dan versi Android anda berlainan dengan model yang dimaksudkan, anda dinasihatkan untuk TIDAK melakukan proses rooting ini.
  • Seperti biasa, mobilityworlds tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini terhadap peranti anda selepas mengikuti tutorial ini. Tutorial ini merupakan sebahagian daripada perkongsian maklumat dan risikonya adalah tanggungjawab anda sendiri.

Langkah Yang Perlu Diambil Sebelum Root Galaxy SIII Android Jellybean

  • Lakukan backup.
  • Pastikan bateri smartphone anda berada di tahap tidak kurang dari 80% penuh.
  • Pastikan anda telah install Kies di PC/laptop anda. Jika belum, download Samsung Kies dari LINK INI, install dan restart PC/laptop anda.

Tools Yang Diperlukan

  • Odin 3 (3.0.4) – DOWNLOAD LINK
  • CF-Root-SGS3-v6.4.zip - DOWNLOAD LINK (selepas download, unzip file tersebut dan anda akan memperolehi file CF-Root-SGS3-v6.4.tar)

Cara – Cara Root Samsung Galaxy SIII Jellybean 4.1.1

Langkah 1

  • Setkan smartphone anda ke Debugging Mode ( Setting -> Applications -> Developement -> USB Debugging ).
  • Turn off smartphone ( pastikan betul – betul atau tanggalkan bateri smartphone anda untuk mendapatkan kepastian )

Langkah 2

  • Setkan smartphone anda ke Download Mode ( VOLUME DOWN + POWER + HOME secara serentak untuk beberapa saat sehingga anda berada di Download Mode )

Langkah 3

  • Start Odin 3 (3.0.4) yang anda download di PC / laptop anda.

Langkah 4

  • Sambungkan Galaxy SIII anda ke PC / laptop menggunakan USB data cable.

Langkah 5

  • Tunggu sehingga Odin mengenalpasti peranti anda ( ID: COM di Odin bertukar ke warna biru ).
Cara Root Galaxy SIII Android Jellybean

Cara Root Galaxy SIII Android Jellybean

Langkah 6

  • Klik PDA dan pilih file CF-Root-SGS3-v6.4.tar yang telah di download sebelum ini. (pastikan ianya .tar dan bukannya .zip)

Langkah 7

  • Klik button Start dan tunggu sehingga proses root selesai. Peranti anda akan reboot secara automatik.

Sekiranya semua berjalan lancar, Samsung Galaxy S3 (GT-I9300) JB 4.1.1 anda kini telah berjaya di root. Untuk kepastian, pastikan wujud aplikasi SuperSU,dan CWM di senarai aplikasi Samsung Galaxy SIII anda.

 

Sign Up For My Newsletter

> Info teknologi semasa di Malaysia dan dunia,
> Berita gadget terkini (Android & etc),
> Pelbagai tutorial, tips dan tricks,
> Perkongsian wordpress dan sebagainya.

About shraqs

Husband. Blogger. Penggemar Nescafe tak kira masa dan tempat. Obses dengan teknologi smartphone (Android, iOS, and etc). Menjadikan blog sebagai rekod simpanan peribadi dan rujukan kepada semua di masa depan.

Twitter | Facebook | Google+

Comments

  1. Assalamualaikum saudara.. nak tnya la.. nak kepastian. sy beli s3 yang AP.
    baseband: I9300XELK1
    Build Number: JZ054K.I9300XXEMA2
    Android 4.1.2

    nak kepastian, boleh tak sy root gna odin di atas?

  2. assalamualaikum… nak tanya kalau samsung s3 cina boleh di buat macam ni jugak ke.. ada ayah punya dia beli samsung cina tak boleh nak guna WIFI internet tu.. kalau guna sim kad tu boleh la.. butang wirelles pun xde kat phone ni…. saya pulak tak pndai bab2 format ni.. ada orang suruh pergi kedai baiki phone kena update or format semula… betul ke

  3. khairizal says:

    website version bahasa melayu terbaik saya pernah surf tentang tutorial untuk root dan tutorial yg sangat mudah difahami…thumbs up :-) antara website yg selalu sy lawati untuk buat rujukan..tq boss.:-)

  4. cikgu s3 sekarang dah 4.1.2 sama ke tutorial dgn yg ni. pm saya bole cikgu

  5. Fahmi Tahir says:

    Bro sy skrang guna jelly bean 4.1.2 kat s3….bru update….tp skrng hp cam berat…betry cas sampai 4-6jam baru penuh…
    Dulu hp laju…pastu betry fas ngam 2 jam…tahan sampai satu hr…skang tak bleh dah…soalan nye
    1.nk kne down rate pakai lama pnye blik ke bru hp laju…
    2.betrry ade masalah ke
    Pm kat email sy plz…tension dh hp kd cm ni…

    • Buat backup dulu data2 penting di Samsung Kies, then factory reset. (Setting -> Backup and reset -> Factory data reset)

      • fahmi tahir says:

        Bro sy dh root ….takat ni ok lah cume time backup n restore ade byk aplication hilang ..lg satu.betry r cam xbest…cas lame sgt smpai 4,5 jam…adkah ni tnda bnar bnar betry sy dh xelok@kong?…stu nk tya, betry sunglobal 3000mah…untuk s3…bleh pakai x?…@same cam berry biasa ni…

        • saya pown same jugak..pakai ori punya charger samsung s3…lama sangat nak penuh..berjam2..bila tukar charger balckberry..sekejap jew penuh

          • fahmi tahir says:

            Ok ok…tq..sy try yg mana bleh dulu…tq untuk sgla informasi…skarang dh bleh buat semua dgm sdiri…xpyh anta kdai untuk reboot…
            Truskan update blog bro…sgt berguna untuk kami…tq…

    • Hasnul Asyraf says:

      Masalah kite sama. 6-7jam baru penuh. Penyelesaiannya, tukar charging cable guna cable samsung lain..

  6. kalau sy root adkah sy dpat buang program yg dah ditetapkan oleh samsung cth yahoo finance sbb sy xgune pon prog tu.. lg satu cne sy nk kurangkan pngunaan RAM?

  7. salam. boleh gune untuk s3 mini x bos?

  8. s3 saya yang AP punya. boleh jgk ke klu nk update guna cara kt atas? sbb sy try update online, then keluar no update available. now 4.1.1.

  9. Baru nak berjinak dengan S3. Thanks for the blog!
    Bole belajar dari sini pasal root sume :)

  10. cladiuscla says:

    kalau tutorial custom rom ade tak?

  11. hi bro..sy terbeli samsung s3 clon punye..masalah wireles network untuk mobile inteenet xde..camne kite nk install?tq bro!

  12. Tuan,
    saya baru upgrade dr ics ke jb hp saya note 10.1…mula2 ok lepas tu..diplay store asyik keluar background enable..dah masuk ke accaunt pun tak jadi..nak sycro pun tak bole..

    maaf saya pengguna baru JB

  13. Hai sifu.
    I hari tu pegi Taiwan n beli 1 Samsung S3 ori tapi made in Taiwan.Model number GT-19300 dan android vers. 4.1.9.Bole ke I upgrade to Jelly Bean.But I try Upgrade sistem bagi tau tak perlu sebab dah laters vision.

    • Mungkin isunya di sini ialah berkaitan dengan firmware region. Kalau utk Malaysia, region kod ialah XME. Saya bertanggapan, phone sdara menggunakan firmware utk Taiwan. Sebarang firmware update seterusnya (Jellybean 4.1.2) hanya akan dapat diupdate apabila terdapat firmware baru utk Taiwan.

  14. salam bro…mcm mane nak root galaxy s3 mini yea?

  15. salam bro.
    nak tanya beberapa benda.
    kenapa ram yang s3 xsampai 1 gb pon?
    pas2,nape kalo kita guna security lock,dan bila on paparan skrin dia macam lambat sikit?ke memang mcm tu?
    ke sbb yang touchwiz yang lambat?
    dan akhirnya,antara s3 dengan s2 yang mana lagi berbaloi?

    • W’salam.
      1. Semua sistem Android memang macam tu. Hampir 1/4 RAM akan diset utk system file, utk pastikan phone terus lancar.
      2. Memang normal. Kalau guna security lock akan ada delay sikit. Boleh tukar ke setting lain.
      3. Kalau saya, S3 jadi pilihan.

      • thanks ye..
        owh..macam tu ye..sya nk root handphone dan pasang custom rom.tapi rom apa yang paling best untuk S3?

        • Utk ROM, saya memang tidak ada sebarang cadangan memandangkan saya tidak lagi begitu aktif membuat testing. Setiap custom ROM ni ada kelebihan & kekurangan masing2 bergantung kepada kesesuaian. Boleh refer di xda forum.

  16. Salam..
    Root tu apa ye? Sy budak teringin nak belajar.. blh cikgu cikgi bg tunjuk ajar.. sy dah update ke 4.1.1… 4.1.2 dah blh update ke belum?

  17. salam… sy ada masaalah dgn s3 saya… sy x boleh bukak play store…kotong emAIL sy cara nak buat…tq

  18. salam. ak try root tp fail (dalam Odin). ak download link diberi. ada update baru ke?
    nie mesej ak dapat masa nak root:

    Added!!
    Odin v.3 engine (ID:11)..
    File analysis..
    SetupConnection..
    Complete(Write) operation failed.
    Added!!
    All threads completed. (succeed 0 / failed 1)

    perlukan bantuan. harap dapat bantu.terima kasih.

  19. salam beb..lama x singgah sini hehehe..:) aku baru bertukar ke s3..kata kedai phone tu jgn update lagi sbb JellyBean utk S3 belum stabil betoi ker..???
    budak felda recently posted…Video Highlights : Liverpool vs Southampton 1-0

    • W’salam. Lama offline bro?
      Selamat datang ke dunia Android S3 bro. :)
      Aku pun guna S3 jugak (JB 4.1.1 – stock firmware),.. takat ni takde masalah apa pun, semua ok je. Kalau nak upgrade, bro buat backup di Kies dulu utk data2 penting, manalah tau kalau ada prblem lepas upgrade senang nak reset & dapat balik data.

  20. thank bro. kredit untuk bro. saya pun tgh nak menulis artikel ttg S3 tapi malas nak menyentuh bab2 ROOT ni. so..saya just backlink kan aje link ni dengan artikel saya jika terdapat isu pasal Root
    Ladfe Amir recently posted…Tip Untuk Menghilangkan Kebencian

  21. nak cuba juga ni.. bookmarked dulu page ni
    Mus recently posted…(Gambar Instagram) Kisah Ke Kebun Buah Tarap Di Kg. Baru Saub, Nabawan

  22. Sy nak tanye, sy pakai s3 masa mula2 dia keluar. Then sy terus jailbreak (yg ada blackmart tu).. Lpas tu always update version yg latest dia bg, until now latest jellybean 4.1.1 .. Persoalannye, ada masalah tak jika kite update version tanpa remove kan kite nye jailbreak tu? Sbb kalau ipad or iphone, kalau tak remove dulu masa udate new version tu, dia akan crack kan..sbb after sy update new version ni, dekat play store sy tak apps astro on the go, tapi kalau search dlm blackmart ade…itu yg saya perasan la..boleh explain tak?

    • First of all, saya rasa phone anda tidak ada akses root. Utk dapat kepastian, cuba install Root Checker dari Google Play.

      BTW, jailbreak di iOS & root di Android adalah berbeza sama sekali. Di iOS, jailbreak diperlukan utk membolehkan aplikasi 3rd party (crack) di install, tapi tidak di Android. Tanpa root, Android masih boleh diinstall dengan 3rd party apps spt blackmart.

      Sekiranya phone anda memiliki root akses, anda tidak perlu remove root akses utk update firmware. Setiap kali melakukan firmware update samada dari Gingerbread ke Ice Cream Sandwich atau ke Jellybean,.. root akses akan hilang secara automatik.

      Diharapkan penjelasan ini membantu.

  23. bro nk tye..sy br bli h samsung s3..tp np kdag2 coverage die jap ad jp xd…kdag2 tu trus xd…ad solution x??tlg sy…

  24. tuan tanah…
    nak tanye..hp s3 saya dah terima update from ics to JB 4.1.1 mlm td..
    n then saya hadapi masalah nak charge my phone..
    bateri lama sgt nak full…2jam charge cume 8% je from 3% masa hp still on…
    terpaksa off hp untuk charge…tu pun dr kul 12 sampai 7pg cume 63%…

    ade ape2 solution x untuk masalah ni?

  25. aku da update jelly bean dan da root da..pastu aku x taw selepas root,,ape yang aku le wat ngan hp aku ni..bole bagi suggest tak

  26. aku serba salah nak root ke x..tangan dah gatal nak root..tadi baru je lepas upgrade ke jellybean..huhuhu

  27. cepat betul dah boleh root, heheh
    Juan recently posted…Tunaikan Google Adsense Melalui Western Union Kali Ke-2

  28. greetings…

    nak tanya…root ni apa faedahnya ek?
    sama cam jailbreak cam iphone ke?

    tq

  29. Wokey thanks…. Pasal binary counter s3 ade x?

  30. Kalau nak unroot balik macam mane eks?

Comment Policy : Pihak Admin amat menggalakkan komen di blog ini, walau bagaimanapun sila pastikan anda mematuhi Comment Policy yang telah ditetapkan. Pastikan anda merujuk senarai komen terdahulu sebelum mengemukakan sebarang pertanyaan & persoalan. Pihak Admin tidak akan memberikan respon kepada isu berulang. Harap maklum.

Speak Your Mind

*