Melalui tutorial kali ini saya akan menunjukkan Cara – Cara Root Galaxy Note II (N7100) menggunakan CF-Auto Root dari Chainfire (xda member). CF-Auto Root ini merupakan kaedah baharu yang diperkenalkan oleh Chainfire dan lebih stabil dan fokus kepada stock firmware, paling mudah dan cepat khususnya kepada pengguna yang tidak berpengalaman dalam proses rooting berbanding kaedah CF-Root yang digunakan ke atas model – model Samsung smartphone sebelum ini.
Penggunaan kaedah CF-Auto Root dan CF-Root sesuai bagi pemilik Samsung smartphone yang mahu mengekalkan ciri – ciri asal stock firmware dan sesuai untuk mereka yang baru mencuba untuk root Samsung smartphone.

Root Galaxy Note II (CF-Auto Root)
AMARAN :
Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang masalah yang timbul. Sebarang isu yang timbul adalah di bawah tanggungjawab anda sendiri.
Cara – Cara Root Galaxy Note II (N7100)
Tools Yang Diperlukan :
- PC/laptop yang dilengkapi dengan Samsung Kies
- Odin 1.85 – search menerusi Google (download dan unzip).
- CF-Auto-Root-SGN2 (download dan unzip hingga anda memperolehi fail CF-Auto-Root-SGN2.tar).
NOTA :
Penggunaan kaedah CF-Auto Root ini akan meningkatkan binary counter dan mengakibatkan wujudnya Yellow Triangle. Gunakan Triangle Away untuk reset binary counter. Rujuk cara Reset Binary Counter Dan Exclamation Mark.
Langkah 1
- > Start Odin di PC/laptop.
- > Klik button PDA dan Select CF-Auto-Root-SGN2.tar.
Langkah 2
- > Turn off Galaxy Note II dan Reboot ke Download Mode (VOLUME DOWN + HOME + POWER). Untuk meneruskan proses, pilih Continue dengan menekan butang Volume Up.
Langkah 3
- > Sambungkan Galaxy Note II ke PC/laptop menggunakan USB cable.
- > Tunggu sehingga Odin mengenal pasti smartphone anda. Bahagian ID:COM memaparkan warna kuning.
- > Pastikan Re-Partition tidak di tick.
Langkah 4
- > Klik Start button.
- > Proses ini mengambil masa kurang dari satu minit, dan Galaxy Note II akan auto reboot ke modified recovery (Red Android Logo) dan seterusnya akan reboot ke stock recovery.
- > Selesai!
Kredit Cara – Cara Root Galaxy Note II : Chainfire
Menghadapi masalah dalam proses mengikuti Cara – Cara Root Galaxy Note II? Sebarang persoalan yang timbul sila kemukakan menerusi komen di bawah. Saya akan cuba sebaik mungkin untuk membantu.
salam..smsung note sy ada mslh connect wifi..bila connect akan muncul ‘obtaining ip address’..can i know whts the problem?
salam..bro..kalo xtekan usb debugging xpe ke?? ASAP..thnks..
Ada kemungkinan, proses root tak jalan.
can’t establish a reliable connection to the server
This could be a temporary problem or your Android
device may not be provisioned for data services. If
it continues, call Customer care.
Semua yang bersangkut paut dgn google semua tak bleh masuk…termasuk google play :(
da settle :)
bro,hp aku pon jd cmtu.mcmna nk bro buat
g kt root explorer>ect>hosts>text editor kt depan ip tu buh # cth 127.0.0.1 localhost 127.104.13.88 android.clients.google.com mtalk.google.com kt depan 127.104.13.88 tu buh # biar dia jd mcm ni #127.104.13.88
da save reboot pas tu try masuk google play..kompong ok
salam bro yg ad2 dkt sini….nak tanye kalu root dapa note 2 clone mcam mne ek?
Utk klon memang susah nak dapat, dan mungkin takde pun.
Perkongsian yang baik,terimakasih.
Oneblogsocial recently posted…Kisah Blog Anakulucheka.com
Agak2 bl note ii boleh menerima Android 5.0 Key Lime Pie :)
Lambat lagi tu.
Salam.bro mnta tlg ckit..sy dh root note 2 tp bla bt recovery mode utk install theme hanya display samsung glxy note 2 je then blank..tkn home button on blk.
Susah nak kata, depends pada compatibility themes & phone jugak.
Salam..tlg sy bro..lps sy root galaxy note 2 jd touchwiz home has stoped. Mcmna nk bt?
Kalau ada masalah tu semua, boleh buat Factory Reset.
setiap kali note 2 saya software update mesti root jd unroot…kene root lg…kenapa ye?????
Memang macam tu. Kalu upgrade firmware memang kena root semula.
shraqs recently posted…Jom Bina Google Analytics Infografik
There is SU binary installed, and SuperSU cannot Install it. This is a problem!…kenapa jadi macam niii
Install su dr google play
Salam saudara..sya telah rootkan galaxy note2 sya dan bila saya run root checker keluar this device does not have proper root access.. kenapa?
Kes macam tu memang normal. Utk betul2 pasti, cuba install apa2 aplikasi yang perlukan root akses dari Google Play macam root explorer. Jika ada dipaparkan Grant Root Access masa run, meaning root dah berjaya.
Salam saudara..saya ada masalah sedikit dgn note2 saya iaitu ia tidak boleh boot-up
cuma sampai perkataan Samsung sahaja.
Ini terjadi selepas saya cuba run xposedinstaller.apk & xposedmultiwindow.apk..
Mohon bantuan saudara ..
Lakukan soft reset ( offkan phone, tanggalkan bateri utk 5-10 minit, then restart). Kalau tak dapat jugak, lakukan clean cache melalui Recovery Mode… dan kalau masih tak dapat jugak, lakukan factory reset.
Saya dah cuba cara yg saudara ajar tu tapi phone sya masih belum boleh
up.. adakah cara lain utk mengatasi masalah ini?
Flash stock firmware jellybean semula.
caranya??
Download latest JB firmware dr samfirmware, then flash guna Odin.
Salam saudara..sya mengalami msalah utk download disebabkan files yg agak besar dan network sya agak terhad.. adakah solution lain..atau link lain yg boleh saya download firmware .
Sorry.. memang takde option @ link lain.
shraqs recently posted…Jailbreak iPhone.. Kenapa
Status Phone:-
Current Binary:- Samsung Official
System Status:- Custom
Adakah disebabkan system status sya custom menjadikan phone sya bermsalah?
Rasanya masalah ni disebabkan apk xposedinstaller & multiwindow yang saudara cuba install. Setahu saya xposed digunakan utk modify ROM dan risikonya cukup tinggi jika tidak diikuti betul2.
Jadi, saya tak boleh nak syorkan apa2 lagi selain flash stock firmware atau option terakhir, hantar ke kedai.
shraqs recently posted…Jailbreak iPhone.. Kenapa
camana nak guna root?
Umum sangat soalan tu, saya pun kurang faham. BTW, bro Apis boleh baca sya punya panduan utk root beginners dr link d footer. Mungkin akan faham tentang kegunaan root.
Recovery Mode nak buat mcm mana???
Turn off phone. Then tekan HOME + POWER + VOL UP serentak untuk beberapa saat.
setelah saya install root checker saya dapati.
su found
root access = no access..
apa maksud no access?
adakah root saya xberhasil?
SuperSU dah diupdate ke belum? Kalau belum, update dulu, then cuba install apa2 je apps yg perlukan root akses macam root explorer. Kalau ada diminta grant access, maksudnya root dah ok
salam,sy telah root seperti cara saudara bagitau,semuanya ok.tapi sy masih confuese,camana saya nak tahu saya telah berjaya root?
Install root checker dari Google Play @ apa2 aplikasi yg perlukan root akses.
shraqs recently posted…Panduan Penggunaan Odin Ke Atas Samsung Smartphone
saya baru sahaja pakai note ii. android version 4.1.2,baseband version XDLK5..
bolehkah saya tak saya ROOT seperti cara saudara tu?
Nak root ke tak nak root ni? Confuse saya..
BTW, kalau nak root, boleh guna cara di atas.
sebelum ni saya root note 2 android 4.1.1 boleh jadi…tp semalam saya tukar android 4.1.2 terus note 2 saya tidak root…nak root balik macam mana???
Masih boleh guna cara di atas.
shraqs recently posted…Download Real Racing 3 Percuma Untuk iPhone Dan iPad
Dah root tp play store xblh buka.
Download dan install Play Store apk dari sini.
Xblh…play store bila buka dia ttup dgn sndrinya.
Cuna Reset App Preferences ( Setting -> Applications Manager -> ALL -> Menu -> Reset app preferences).
Tere la bro…Dah jadi….tq tq tq
Nak ty kenapa sy pnya papago tulisan kt map xnampak
Papago memang ada problem. Tak semua skrin size dpt support. Cuba dptkan organic fail yg betul dr sumber asal.
Itu ari dpt lps gne android 4.1.2 trus xdpt tengok tlisan
Ok2 Bro.. Bkn ape hri2 sblm aku root note Ni android version dye 4.1.2..Lps root trus blik version lme.. Now nk gne ota dh xbleh.. Ade cara lain x bro
Kena flash stock firmware 4.1.2 Malaysia (XME) guna Odin. Bila dah pakai stock firmware, OTA akan jalan seperti biasa.
Bro, cdgkn aku custom rom yg plg stability untk note 2 aku Ni… yg plg gmpk pnye.. Tlg sdiakn link skali k. Thanx
Sori la,.. aku tak dpt nak syorkan.. kena test n error baru boleh tahu mana yang paling ngam dengan kehendak. Aku syorkan kau rujuk di XDA Forum.
napa yer galaxy note2 sya tak leh nak onn..padahal bru jer pki dalm 10 hari….keciwa nya
tq…
g lah hantar kdi yg tempat awk ble tu??
bro ade contact no tak. 1st saya upgrade dari 4.1 ke 4.2 . then problem wifi. (kejap boleh kejap tak boleh) tehn saya root ikut step bro. (success) . tapi akibat problem wifi saya try downgrade( step by youtube) then note2 saya mngalami problem tak boleh ke paparan asal. pendek kata tiap kali on phone jadi blank. pls help me
Reset ke factory.
shraqs recently posted…Jualan Samsung Galaxy S Series Melangkaui Angka 100 Juta Unit
tak boleh sebab bile on. die hang kat logo samsung je. die tak masuk ke home . ada kaedah lain tak. sebab kalau hantar kedai warranty dah takde. sebab dah root
Kalau masih boleh masuk cwm, Flash firmware jb 4.1.2 guna odin.
ok bro. saya cuba. tq so much
Most welcome
salam…
lepas root tk boleh masuk clock work mode…check dkr root checker sucsessfull root…macam mana bro..harap sudi membantu
W’salam,
Pertama sekali sya nak tahu samada sdara Azman root ikut cara mana? Adakah ikut cara yg sy beri kat atas @ ikut panduan lain.
guna cara diatas..utk info sya dah root sblm ni dan tak da masalah lepas guna custom rom dan flash balik stock rom dan bila root balik dah x leh masuk cwm
1st time root dulu guna cf auto root jugak ke.
Kalau ikut kaedah root di atas (cf auto root), memang tidak ada disertakan dengan advance cwm, hanya stock recovery shj.
oooo…ok…tapi root sblm ni bleh masuk cwm sekarang bila hold volume up+menu+button dia kuar
android system recovery
Itu mungkin sebab sdara azman guna custom rom.
Btw, kalau sdara azman nak flash zip file masih boleh guna mobile odin.
Salam..nak tanya la.da download file tu.da extrak.tp file bkn yg mcm kat ats.xda tls sgn2, leh guna gak ke
W’salam,
Selagi failnya dari link chainfire (CF-Auto-Root-t03g-t03gxx-gtn7100.tar.md5) takkan ada masalah.
Samsung kies smue ok.. Odin pn dpt detect.. Prob nk tkr file cf auto root ke sgn2 xbleh.. Bnyk kli try tp dye keluar failed. Tlg bro
USB Debugging mode dah on ke belum?
Bro root failed lerrrr… xtwu npe file cf auto root xbleh tkar ke sgn2..ape prob dye???? yg ln smue ok.. Prob laptop ke???
Tengok mcm snang
CF-Auto Root utk Note 2 ni lebih simple banding ngan CF-Root.
Akhirnya dpt gak pkai note2….bro ase cm tkot je nk root.. coz sblm ni root s2 3x failed hahaha
Normal la tu,.. saya sendiri masa mula2 buat dulu pun haru biru jugak… :)
dah root sgn2 ikut cara niee………tpi skng nak unroot blik……bleh kasi tutorial??????
bgus website niee….tpi entry kali ni xajar pun nak unroot kan….tolong….
Kalau nak unroot, guna aplikasi SuperSU (ada function Full Unroot) atau boleh flash stock firmware semula guna Odin.
Bro..lg stu nk tnye ni..klau root note2 kne bckup data x…….
Sebaik2nya backup mana2 data yang penting di Kies macam contact no,.. manalah tau kalau berlaku apa2 yang tidak diingini.
Lngkh yg ke 4 tu smue jd automatic atau kne tkn ape2
Lepas tekan butang Start, semuanya akan berlaku secara automatik. Hanya tunggu sehingga phone reboot.
Salam bro..tnye skit ni..brape prcents root note2 brjya..lg stu lps root bleh x pndh gmes ke sd card
Dr segi percentage memang tak dapat bagi,.. boleh lihat sendiri respond dari pengguna di sini : http://forum.xda-developers.com/showthread.php?t=1933542
Saya kurang pasti samada boleh pindah data ke sdcard @ tidak.
Salam..sy bru ja angkt note 2..nk tnye,lepas kita root n..betry lbih than lama ke..?
W’salam,
Kadar ketahanan bateri takkan berubah selagi menggunakan stock ROM yang sama. Kena tukar kepada custom ROM yang fokus kepada ketahanan bateri. Custom ROM hanya boleh ditukar jika phone ada root akses. Untuk dapatkan custom ROM yang sesuai, boleh refer di xda developers forum bahagian Note 2.
Bro stay mana. Aku tak tahu nak buat sendiri. Bengap sikit pasal root. Takut nak buat sendiri. Bagi bro buat utk aku bole? Hee
Sorry la… saya memang tak buat on spot.
BTW, bro boleh ikut step tu betul2, takde masalah punya.
salam,tmpang tye.
tyme bile nk tick usb debugging ,sbb..
bile sye tick,kies xdetect
bila x tick,kies detect
tkot nti bile kite tick tyme nk gne odin,kies xdpat detect.
guane tuh??
dh brjaye dh root, cm mane nk proceed to 4.1.2. ?
sbb tgk kt link nie
http://www.ibtimes.co.uk/articles/417771/20121222/android412-jellybean-galaxy-note2-n7100-xxdll4-firmware.htm
die gtau
You will lose root access to the device soon after installing the Android 4.1.2 Jelly Bean update. Users are advised to root their Galaxy Note 2 again to regain full system access (Super User access) and install third-party root-based apps on it.
acane tuh?
Sememangnya tiap kali upgrade/downgrade firmware baru, root akses akan hilang & mesti ulang proses root lagi sekali.
oraite,skang sye dh tkar ke hypernote rom,tq d ats tnjuk ajr
Bila dah faham basicnya memang senang je kan…
W’salam,
Bila guna Odin utk flash mesti tick USB Debugging.
Kalau nak guna Kies, untick.
bro masa nak root ID:COM xder perubahan ler..stay lagi xberwarna kuning…dah lama tunggu..nak buat apa yee…plzz…
Ini mesti masalah driver di PC. Install Samsung Kies di PC dulu, then connect phone. Kies akan install driver utk phone. Bila Kies dapat detect phone, mesti Odin akan dapat detect juga.
Satu lagi, sebelum guna Odin, pastikan USB Debugging di phone dah di tick. (Setting -> Developer options -> USB Debugging)
thanx broo..dah berjaya dah root…boleh x terangkn apabila root berjaya apa step seterusnya..sowi noob ckit…apa2 pon thanx tutorial atas tu… :D
Sama2. Saya tak pasti apa nak dicadangkan. Yang selebihnya, saya syorkan bro Bujie untuk lakukan sedikit carian atau rujuk xda forum untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang keebihan memiliki phone yang telah di root. Lagi satu, boleh cari senarai rooted apps di Play Store utk dapatakan aplikasi2 special hanya utk rooted phone.
thanx bro
Odin 1.85 Gone
Boleh search menerusi Google.. sorry!
Salam. .ada problem sket la bro..lepas root note 2, battery charge stuck kt 50% je la.xnk naik.knp ye?
W’salam Norasarudin.
Saya boleh syorkan cara2 berikut :
1. Buka bateri seketika (3-4 minit)
@
2. Buat clean Battery Stat di CWM (Recovery Mode). VOL UP + POWER + HOME
@
3. Kalau cara di atas tak dapat jugak, buat Factory Reset. Pastikan semua data2 penting di backup terlebih dahulu sebelum reset.
@
4. Flash stock firmware.
Salam..lepas root battery charge stuck kt 58% je la.xnk naik.kenape ye?
askum bang..sy ada 1 soalan nie..kwan sy ada galaxy note ap set..klu nak upgrade dr 4.0.3 ke 4.0.4 menggunakan ics xme bleh kan?..sbb risau gak nak watkan utk dia…n lg 1..dia nyer firmware tu sy xdpat kesan dtg dr mna..so..masih boleh ke sy flash firmware dia guna xme stock rom walaupon sblm nie dia pkai firmware dr luar?tlg comment ye bang…tq n askum..
W’salam.
Boleh je takde masalah.
tq sooo much bro…dh siap upgrade firmware dia nnt sy update blik ye..
Most welcome.
shraqs recently posted…Android Jellybean 4.1.2 Pre-Release Firmware Untuk Galaxy SII
askum bro..sukacita dimaklumkan upgrade firmware tu berjaya dilakukan tanpa ada masalah..tq again for ur guidance bro..askum..
W’salam.
Thank u sebab mention, n enjoy d phone
link dah x da bro cf auto root tu..
Ok. Link dah repair.
BTW, thanks sdra Azman sebab mention.
shraqs recently posted…Aplikasi Android Untuk Blogger Tegar
Ok tyvm bro..bagaimana pula dengan sgn2 toolkit bro..
SGN2 Toolkit pun boleh guna utk root, unroot & install CWM.
shraqs recently posted…Aplikasi Android Untuk Blogger Tegar
Ad sesiapa da cuba? Ad masalah x dengan signal atau wifi?
Rooted ni utk international model kew.. yg Malaysia punye?
International.
hehehe… br amik smlm!! nanti i rooting n flash custom rom. thanks for this posting sifooooo
Fuuh best tuuu. Ada jugak usha2 tempohari,.. tapi tak jadila nanti S3 nak buang ke mana plak? Ha ha
Saudara….
Saya dah cuba kaedah di atas tp bila saya connect usb odin xdpt detect…ada ape2 problem ke? Nak kena usb debug dulu ke sblm padamkan device tu?
Kies dapat detect tak? Kalau Kies dpt detect, Odin mesti dapat.
shraqs recently posted…Mesti Tonton – Iklan iPad mini
Tukar port usb lain..
Tutorial dah cukup lengkap. Cuma nak kena ada Galaxy Note 2 baru boleh cuba. :-)
wmhafiz recently posted…Spesifikasi dan Harga | Apple iPad mini Dilancarkan Secara Rasmi
Nak angkat ke bro?
Kasi angkat aje Note2 tu wmhafiz… Best wooo!
Odin 1.85 “FILE GONE”
Ok, link dah repair.
tu dia..baru je keluar..terus ada tutorial macam mana nak root..hebat2
hafizrahim recently posted…Hanis Zalikha – Kalau Ada Jodoh Tak Kemana
Diorang ni memang cepat, maklumla permintaan tinggi.
aku kena ada smartphone dulu la..
titan recently posted…Kekacakan ATM dan Hairuddin Omar
Bila nak rembat sebijik?
cepat betul dah leh root
Juan recently posted…Crankyads – Sewa Tapak Iklan di Blog
Kalau model high-end utk Samsung memang cepat, especially dari Chainfire.
adeh kena beli Galaxy Note baru pahaam ni :D
Dulu Lain Sekarang Lain recently posted…Dear Facebook Users
:)
nak tanya..
untuk tab 10.1 xde ke cara2 nk root
Tab 10.1 yang lama ke bro?
Mai website aku tgk :)
SDC recently posted…Lokasi Panas AES Malaysia
a’ah..yg lama punya..tab 10.1 1, apa web site ko..
Sorry Nasrul. Saya lebih banyak refer pada cara root yg disediakan oleh Chainfire sahaja. Jadi, utk model2 yg tidak di support oleh Chainfire sy tidak follow sangat. Seperkara lagi, sy hanya buat tutorial utk model yang saya sendiri buat hands-on bagi memudahkan saya memberi respons utk sebarang masalah yang timbul kemudiannya.
BTW, boleh cuba di blog SDC atau refer xdadevelopers forum.
Aku usaha kan..sory amik masa lama nk balas…
SDC recently posted…W8 AIO 32 & 64 Bit
hahaha…tak lama lg galaxy note aku akan dpt adik… GALAXY NOTE 2 . tak sabarnyaaa…..
… saya pula tidak tergerak mahu membeli Samsung Galaxy Note II sebab masih selesa menggunakan Samsung Galaxy Note versi pertama yang saya beli awal tahun 2012. Tapi saya akan cadangankan tips ini pada rakan-rakan yang mahu mencuba.
iAwani recently posted…Microsoft Keluarkan Iklan Kedua Tablet Surface
Saya dah buat testing, hands-on dari kawan (sambil2 root sekali). Personally, kalau nak banding Note & Note II tak jauh beza, cuma lebih laju dan smooth especially lepas upgrade ke Jelly Bean.
perlu ada galaxy note ii sebelum boleh aku faham entri ni
setakat baca je memang tak dapat nak bayangkan bagaimana cara
tehr recently posted…Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2012
yela cikgu..tp dh beli nnt rasa syg lak..hehe
Jebeng Otai™ recently posted…Suunto Elementum : Evolusi Jam Tangan
Betul tu Mr Tehr. Nak buat ni semua kena ada “barang” nya baru boleh buat & mudah faham.. hands-on
huhu,tak guna ni.. =)
yui recently posted…Apakah maksudnya bila popup benda ini?
Takpe Yui. Ramai pengguna Note II sedang mencari utk root sekarang ni..
Pemilik dan bakal pemilik Samsung Galaxy Note 2 boleh cuba gunakan tips ni
lewisdotmy recently posted…Perbandingan Samsung Galaxy S3 vs Samsung Galaxy Note 2
Utk pemilik Galaxy Note II sahaja. :)