Dalam post kali ini saya akan berkongsi tentang cara – cara mengambil screenshot di Samsung Galaxy Note ICS 4.0. Jika dibandingkan dengan versi Gingerbread 2.3.6 sebelum ini, ada sedikit perbezaan, terutamanya penggunaan fungsi Home button. Jadi, sekiranya anda memiliki smartphone Samsung Galaxy Note ICS 4.0, anda boleh mencuba cara – cara berikut ;
NOTA : ( * ) – Tidak semua cara ini berfungsi mengikut versi (region) ICS 4.0 yang digunakan.

Samsung Galaxy Note Screenshot Test
4 Cara Mengambil Screenshot Di Samsung Galaxy Note ICS 4.0
1. Press HOME + POWER Button
Cara pertama untuk mengambil screenshot di Samsung Galaxy Note ICS 4.0 ialah dengan menekan butang HOME dan POWER secara serentak untuk tempoh 1 -2 saat.
2. Stylus (S-Pen)
Cara kedua ialah dengan menggunakan stylus S-Pen Samsung Galaxy Note. Anda boleh mengambil screenshot dengan menekan butang di stylus S-Pen dan tekan paparan yang dikehendaki untuk seketika.
3. Screen Swipe *
Cara ketiga untuk mendapatkan screenshot di Samsung Galaxy Note ialah dengan menggunakan fungsi motion – screen swipe. Caranya adalah dengan menggerakkan tangan anda (posisi karate) dari kiri ke kanan skrin tanpa menyentuh skrin.
4. Three Fingers Swipe *
Cara yang terakhir ialah dengan menggunakan tiga jari anda. Cara ini berbeza mengikut pengalaman pengguna, ada yang menggerakkan 3 jari dari kiri ke kanan dan ada juga dari tengah skrin ke kanan. Caranya ialah dengan menyentuh skrin dengan tiga jari dan gerakkan ke kanan.
Kesimpulan
Dalam kes saya, cara yang paling saya gemar dan mudah ialah dengan menggunakan kaedah 1 dan 2. Cara ketiga tidak selalu berfungsi seperti yang diinginkan, manakala yang keempat langsung tidak berfungsi. Walau bagaimanapun, cara kedua iaitu penggunaan stylus S-Pen merupakan yang terbaik kerana setiap screenshot yang diambil akan terus dibuka melalui aplikasi S-Pen untuk proses editing. :)
Sekiranya anda mengetahui cara lain lagi untuk mendapatkan screenshot dari Samsung Galaxy Note, jangan segan – segan untuk berkongsi melalui ruangan komen di bawah.
As Salam bro, saya baru upgrade N7000 ke jelly bean. masalah sekarang hanya menggunakan S-pen ajer saya boleh print screen. Ada kena setting memana ker bro? Tolong tolong kalau hilang cara yg lain ni hilangla nikmat note huhuhuh
W’salam,
Cuba check di bahagian Setting -> Motion.
Dh wat tp x mjdi punnnn
Semua cara tak dapat ke?
aku takde samsung galaxy note. waa..
titan recently posted…Mencintai Ain Maisarah – Part 2
Angkatla satu bro :)
memang seronok bila dapat ambil screenshot ni
aku biasa buat dengan galaxy tab je
memang dah ada butang disediakan
tehr recently posted…Bagaimana Lelaki Kacak Memikat Isteri
Utk tablet memang senang Mr Tehr (ICS especially). Tekan je butang Recent Apps 2-3 saat memang dpt screenshot.
shraqs recently posted…WordPress Untuk Android Update v2.1.1
kelebihan menggunakan stylus..kalo nk melukis mmg lebih menarik dri guna jari..
Jebeng Otai™ recently posted…Realisasi Kenderaan Elektrik
Nak sharing apa2 nota pun senang utk references
Terima kasih tuan… Selesai 1 masalah saya. :)
Sama2
shraqs recently posted…Cara – Cara Mengambil Screenshot Di Samsung Galaxy Note ICS 4.0
mungkin cara yg keempat tu jarak jari memainkan peranan jugak kot..huuhu
LangkawiHomestay recently posted…Bumi Langkawi Homestay
Bleh jadi jugak. Ada yg guna ibu jari saja pun dapat.
tgk cara macam pakai galaaxy note je?
best tak guna?
kalau beli nanti boleh la ikut tuto ni..heh
Ini memang utk note bro.