Melalui post sebelum ini saya telah kongsikan kupon kod untuk mendapatkan akaun MaxCDN 1TB secara percuma. Kalau belum register, cepat – cepatlah pergi register akaun di MaxCDN dan claim sebelum terlambat. Cara untuk mendapatkan akun MaxCDN telah saya terangkan melalui post berkenaan, dan melalui post kali ini saya akan terangkan pula cara – cara memasang MaxCDN ke blog WordPress.
Cara – Cara Memasang MaxCDN Ke Blog WordPress Anda
Terdapat TIGA langkah penting yang perlu diikuti dalam proses memasang MaxCDN ke blog anda dan perlu diikuti satu persatu ;
- Setting di Akaun MaxCDN
- Setting di Hosting (cPanel)
- Setting di WordPress Dashboard (W3 Total Cache)
Perkara pertama, saya andaikan anda telah memiliki akaun di MaxCDN, dan Log in ke akaun anda.
Setting Di MaxCDN
Langkah 1 : Klik Manage Zones -> Create Pull Zone. Rujuk imej di bawah.

Pull Zone
Lengkapkan ruangan New Pull Zone sepertimana contoh saya sediakan menerusi imej di bawah.
- Pull Zone Name – Lengkapkan apa sahaja nama yang anda inginkan.
- Origin Server URL – PENTING! Masukkan URL blog anda disertakan dengan trailing slash (/).
- Custom CDN Domain – Untuk memudahkan, anda boleh gunakan cdn dan diikuti nama blog anda dan .com.
- Label – Terpulang kepada anda.
- Compression – Tick ruangan ini.

New Pull Zone
Setelah selesai, klik butang Create.
Kemudian anda akan dipaparkan mesej yang menyatakan pull zone anda telah diwujudkan dan disertakan sekali dengan primary url untuk cdn anda. Contoh: primary cdn url anda akan kelihatan seperti berikut xxxxxx.xxxxx.netdna-cdn.com. Jangan lupa untuk copy dan save. Penting!
Langkah 2 : Kembali ke Dashboard MaxCDN, klik butang Manage di bahagian Pull Zone yang anda wujudkan dalam Langkah 1 dan seterusnya klik Setting.
Di paparan ini anda perlu mewujudkan subdomain untuk cdn anda bagi membolehkan pengguna mencapai kandungan blog anda secara selari /serentak, secara tidak langsung meningkatkan page speed blog anda.
Klik simbol tambah (+) di bahagian Custom Domain dan masukkan custom domain name. Anda boleh memasukkan sehingga 7, walau bagaimanapun 4 saya kira sudah mencukupi. Rujuk imej di bawah.

Custom Domain
Jangan lupa untuk tick bahagian Enable GZip compression -> Update.
Langkah 3 : Masukkan IP komputer dan hosting server anda ke bahagian senarai Whitelist ( Manage Account -> API -> Whitelist ).
Anda boleh mengenalpasti IP anda dengan melawat laman whatismyip.com dan untuk hosting server pula biasanya ada disertakan dalam email pertama semasa anda membuat bayaran kepada syarikat hosting.
Kini anda telah selesai di bahagian MaxCDN, dan kita akan beralih pula ke server host blog anda.
Setting Di Hosting Anda (dlm kes saya dataKL)
Langkah 4 : Login ke cPanel hosting anda -> Domain -> Simple DNS Zone Editor.

Simple DNS Setting
Di bahagian Add a CNAME Record, masukkan custom domain name yang anda wujudkan di Langkah 2 dan diikuti dengan primary cdn url yang saya suruh anda copy dan save di Langkah 1.

CNAME
Pastikan anda memasukkan KESEMUA CNAME anda. Anda kini selesai di cPanel dan teruskan dengan WordPress Dashboard.
Setting Di WordPress
Langkah berikutnya, anda memerlukan plugin W3 Total Cache, proses ini boleh dilakukan dengan mudah dan lebih pantas. Bagi yang belum menggunakannya, saya syorkan agar anda muat turun dan memasangnya terlebih dahulu. Anda boleh merujuk tutorial saya DI SINI untuk mendapatkan gambaran asas setting W3 Total Cache plugin.
Langkah 5 : WordPress Dashboard -> Performance -> General Settings. Di bahagian CDN, tick Enable dan CDN Type pilih NetDNA / MaxCDN -> Save all Settings.

CDN Setting
Langkah 6 : Masih lagi di W3 Total Cache, klik CDN -> masukkan API ID, API Key dan custom domain name anda seperti imej di bawah.

CDN Configuration
Untuk memastikan CDN anda berfungsi, klik Test NetDNA. Sekiranya Test Passed dipaparkan, blog anda kini sudah dilengkapi dengan CDN.
Good Luck!
Diharapkan dengan perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada pemilik – pemilik blog wordpress di Malaysia ke arah menjadikan blog kita lebih mesra pembaca.
Selepas memuat turun update W3 Total Cache plugin versi 0.9.2.8, anda akan dapati terdapat beberapa pembaharuan yang diperkenalkan. Salah satu daripadanya ialah CDN tab. Berikut saya kongsikan cara untuk memasang MaxCDN berdasarkan setting yang baharu;
Langkah 1
- Klik CDN tab (W3 Total Cache) – > Configuration -> Klik button I Have MaxCDN.
Langkah 2
- Log in ke akaun MaxCDN anda dan Register Application.

Register Application
Langkah 3
- Dapatkan Alias. Caranya ialah dengan Account -> API. Alias anda akan dipaparkan di bahagian sidebar Your API Info.
Langkah 4
- Dapatkan Consumer Key dan Consumer Secret. Klik Account -> API -> Manage. Dari sini anda akan perolehi Consumer Key dan Consumer Secret.
Langkah 5
Di ruangan Replace site’s hostname, tempatkan Temporary URL yang dibekalkan oleh MaxCDN di ruangan pertama dan diikuti CNAME anda yang asal sepertimana imej di bawah. Temporary URL ini boleh diperolehi di Zones -> View Pull Zones -> Manage.

Configuration
Langkah 6
- Klik Test NetDNA / MaxCDN button untuk mendapatkan kepastian.
Test Passed
Ok. Selesai!
salam bro. nampaknya dashboard MaxCDN dah tukar baru. kat mana nak dapatkan API key ek? satu lagi, pada update w3tc ni ada satu box baru dgn nama alias. alias tu nak isi apa?
Amirez recently posted…Mudahnya Menjemput Rezeki
W’salam,
Saya sendiri baru dapat selesaikan problem tu… nanti akan update post ASAP.
Ok. Dah update.
nanti blog saya banyak trafik baru nak pasang menda nih…cukup berguna…tentu lagi cepat blog kita ye…
Syarih recently posted…Kewangan Yang Bijak – Bila Harus Dimulakan?
Kalau trafik tempatan mungkin takde beri kesan ketara, berkesan untuk trafik dari luar.
boleh tahan rumit jugak nak pasang. dah register maxcdn tapi belum lagi pasang.
Amirez recently posted…Jalan-Jalan Melaka
Memang boleh tahan jugak. Rumit tu rasanya taklah sangat, cuma banyak temapt nak kena cover.. BTW, buat bila masa mengizinkan.
baru try pasang tadi.
setting kat maxcdn ok.
bila kat cpanel, pada Add CNAME Record tu keluar error ‘Address must be fully-qualified domain name’.
kenapa ek?
Amirez recently posted…Niat Puasa Sunat Arafah 9 Zulhijjah
Mungkin ada silap kot masa paste link tu. Cuba check lagi sekali link CNAME di MaxCDN. ( link warna biru macam dalam imej Custom Domain saya kat atas – cth saya punya “mobilityworlds.mobilityworlds.netdna-cdn.com”)
Utk Name tu, hanya masukkan perkataan first sahaja dah mencukupi, biasanya cPanel akan auto detect.
shraqs recently posted…Top 5 Pengeluar Smartphone Terbesar Suku Ketiga 2012
dah check banyak kali, takde yg silap. lagipun paste bulat2 drp MaxCDN. ke ada konflik dgn CloudFlare (dah pasang melalui hosting)?
Amirez recently posted…Niat Puasa Sunat Arafah 9 Zulhijjah
Sepatutnya takkan ada masalah dengan Cloudflare. BTW, boleh cuba hantar tiket pada hosting.
ok masalah dah dapat detect. rupanya ada space sebelum . tu haha. camana boleh ada space padahal copy bulat2 drp MaxCDN.
ok prob solved. tengah guna CDN ni dengan kacaknya ;)
thx bro
Amirez recently posted…Niat Puasa Sunat Arafah 9 Zulhijjah
Masalah secara tak sengaja la tu…
shraqs recently posted…10 WordPress Theme Minimal, Responsive Dan Free
function utk apa psg maxcdn ni ye??
Utk tingkatkan page speed blog. :)
nice tutorial bro..dah follow..hehe
kalau ada pape lagi benda free, jangan lupa inform bro..hahaha
hafizrahim recently posted…Blogging Dengan CDN Percuma..Apa Itu CDN?
InsyaAllah! Barang baik dan free tak elok makan sorang2. :)
Harapnya berjaya!
ambil masa juga nak selesaikan semua ni
banyak yang nak kena rujuk tu
tehr recently posted…Bonus Sebulan Setengah Gaji
Memang kena ambik masa yang betul2 free. :)
mmg dinantikan2 peluang ni..hehe
Jebeng Otai™ recently posted…JebengOtai.com : Impian Dan Perlaksanaan
Sementara ada, kita rembat je.
Haha.. Pening kepala membacanaya! :D
Encik Anif recently posted…Harapan Dan Impian Bajet 2013
Mula2 saya sendiri pun pening nak setup,.. banyak tempat nak kena setting. Kena gunakan masa yang betul2 sesuai.
Thanks share! :)
Mummy Akmar recently posted…Hari Pertama Di Johor Bahru – Bercuti Ke Universal Studio Singapore (Part 1)
Most welcome. Jangan lupa utk sign up free akaun tu. :)