Proses Demokrasi telah dijalankan, rakyat telah membuat pilihan,.. tiba masa untuk semua rakyat Malaysia menumpukan kepada tanggungjawab meneruskan kelangsungan negara.

Cara-Cara Melepasi Laman Web Yang Disekat Oleh ISP

Beberapa bulan lepas, riuh isu pasal SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia) mengeluarkan arahan kepada pembekal ISP tempatan untuk menapis beberapa laman web perkongsian fail seperti Megaupload, Pirate Bay dan macam-macam lagi kerana melanggar Akta Hak Cipta. Ramai yang marah kan, ini termasuklah saya sendiri sebab banyak menggunakan laman-laman berkenaan.

Personally, saya bukannya tak sokong tindakan yang diambil oleh kerajaan, ada asasnya. Tengok jelah tempoh hari, bila sekatan dilaksanakan siapa yang paling seronok dan penyokong kuat SKMM,.. tak lain tak bukan, karyawan la kan. Tapi yang tak bestnya, ramai pengguna yang menjadi mangsa, lebih lagi yang memiliki akaun premier dengan laman-laman berkenaan, bukan murah tu.

Dari segi positifnya, tindakan SKMM cuba mengajar kita sebagai rakyat Malaysia supaya menghormati dan menghargai hak milik orang lain. Sebabnya kesedaran masyarakat kita masih rendah dari aspek berkenaan. Jadi, terpulanglah kita sebagai pengguna,.. kalau hasil kerja kita usahakan dengan titik peluh sendiri, duit sendiri tiba-tiba “dicuri” oleh orang lain,….. tak cukup dengan itu, boleh buat duit lagi.

Berbalik kepada “titlepost, cara-cara melepasi laman web yang disekat oleh ISP (Internet Service Provider).

Apa itu Sekatan DNS?

Tapisan atau sekatan DNS adalah satu kaedah menafikan akses kepada laman-laman web tertentu. Kita lihat bagaimana ia berfungsi:

Setiap laman web yang dihoskan pada pelayan web mempunyai alamat IP. Sebagai contoh, alamat IP untuk Facebook 69.63.189.16. Jika anda taip nombor tersebut di browser, anda akan tiba di laman web Facebook. Kalau tak percaya, boleh cuba – http://69.63.189.16/.

Walau bagaimanapun, alamat IP tidak mesra pengguna. Lebih mudah untuk mengingati facebook.com daripada 69.63.189.16 kan? Oleh itu, pencipta internet mencipta sebuah “buku telefon” yang dikenali sebagai DNS (Domain Name System).

Jadi, setiap kali anda menaip alamat laman web di browser, browser anda terlebih dahulu meminta buku telefon ISP alamat IP untuk laman web tersebut.

Dengan menyekat DNS, ISP hanya membuang rekod untuk laman web yang disekat dari buku telefon mereka. Oleh itu, apabila anda cuba memuatkan salah satu laman web yang disekat anda akan mendapat skrin kosong di browser kerana ia tidak tahu apa alamat IP laman web berkenaan.

Cara-Cara Melepasi Sekatan ISP/DNS

Sekarang kita bincang pula antara cara-cara yang boleh digunapakai untuk melepasi sekatan ISP/DNS. Baca PERINGATAN di bawah terlebih dahulu.

1. Hotspot Shield

Ini yang paling saya gemar. Paling mudah dan free. Download, install dan terus boleh guna. Setakat ni tak pernah menghampakan lagi, dan terdapat dua versi, free dan juga elite. Juga boleh diperolehi di Apps Store untuk pengguna iPhone dan bagi pengguna Android, kena tunggu dulu.

2. Guna Public DNS Server.

Selain daripada ISP anda, terdapat organisasi lain juga menawarkan pelayan DNS. Salah satu organisasi yang besar dan boleh dipercayai ialah Google. Anda menukar kepada pelayan DNS Google – 8.8.8.8 dan 8.8.4.4. Sekiranya semua berjalan dengan lancar, anda akan dapat mengakses laman-laman yang disekat melainkan jika Google juga menyekatnya. Selain daripada itu, anda juga boleh menggunakan DNS seperti di bawah:

Service provider:Dnsadvantage
Dnsadvantage free dns server list:

  • 156.154.70.1
  • 156.154.71.1

Service provider:OpenDNS
OpenDNS free dns server list / IP address:

  • 208.67.222.222
  • 208.67.220.220

Service provider:Norton
Norton free dns server list / IP address:

  • 198.153.192.1
  • 198.153.194.1

3.  Proxy Servers

Anda juga boleh mengakses laman web yang dihalang dengan menggunakan proxy servers. Proxy servers ialah pelayan yang bertindak sebagai perantara kepada pelanggan yang mencari sumber – sumber dari pelayan lain. Anda boleh mencuba proxy dari laman ini : http://www.proxy4free.com/list/webproxy1.html

4. VPN (Virtual Private Network)

Satu lagi cara untuk mengakses laman-laman web yang disekat ialah dengan menggunakan Virtual Private Network (VPN). Ia membantu pengguna melayari internet dengan sambungan yang lebih selamat dan melayari internet seolah-olah kita berada di negara berkenaan. Ada yang ditawarkan dengan bayaran bulanan, dan ada yang disokong iklan. Contoh VPN :

Selain daripada senarai di atas, banyak lagi cara yang boleh digunakan. Adakah anda pernah ataupun menggunakan servis-servis di atas ataupun anda memiliki cara lain, sila berkongsi dengan meninggalkan respon anda di ruangan komen di bawah.

PERINGATAN!
Sekiranya anda menggunakan servis-servis di atas, anda tidak digalakkan login laman-laman sensitif yang melibatkan penggunaan password seperti email, perbankan online dan sebagainya.

Sign Up For My Newsletter

> Info teknologi semasa di Malaysia dan dunia,
> Berita gadget terkini (Android & etc),
> Pelbagai tutorial, tips dan tricks,
> Perkongsian wordpress dan sebagainya.

About shraqs

Husband. Blogger. Penggemar Nescafe tak kira masa dan tempat. Obses dengan teknologi smartphone (Android, iOS, and etc). Menjadikan blog sebagai rekod simpanan peribadi dan rujukan kepada semua di masa depan.

Twitter | Facebook | Google+

Comments

  1. terima kasih di atas maklumat nya…sy guna public dns yg dibekal kan google dan cube bukak laman web yg telah diblock ..igtkan x jd rupenye jd..tq ye

  2. bro nak tanya if kita guna dns jumper adakah dia sama untuk lepaskan sekatan dns ??

  3. memang boss tak nak bagi staff main mende lain la tu

  4. aku tak berapa nak faham sgt mende2 nih…tp klau kat opis aku kene guna proxy jugak…opis punya…klau x mmg kompom x dpt berinternet….:D

  5. Elok la tu. Bahagia rasanya kan
    My recent post Facebook Untuk Android Berwajah Baru

  6. Leh lepas rindu kat Torrent.. he he

  7. Samala kita. Hotspot Shield (VPN)
    My recent post Facebook Untuk Android Berwajah Baru

  8. aku pakai open vpn jer settle…
    My recent post Wordless Wednesday #1

  9. itula, harap2 kerajaan tak block sekali ngan open DNS ape sume plak dahler

  10. hoho..senang aje nak bypass benda nih..
    My recent post Komisen ke 86 dari TNX

  11. Yang penting dapat kan
    My recent post Peluang Untuk Memenangi Samsung MultiView (MV800)

  12. aku tukar pakai Google DNS je.. kadang2 pakai OpenDNS.. setakat ni semua web bleh bukak lagi..
    My recent post Tukar Kad Debit CIMB MasterCard

  13. tak nak masuk pun takpe. Tapi klu jenis kaki download dan banyak sharing file online kena masuk jugak.
    My recent post Cara-Cara Melepasi Laman Web Yang Disekat Oleh ISP

  14. seeboleh2 nak masuk jua.klu tka msuk blh kan hee…adui..

  15. VPN lag stabil kan. Guna VPN ape bro?

  16. sllu skng pkai vpn je. hee. ppe pn nice share bro :D
    My recent post SurfEasy : Pelayar Web Mudah Alih Dan Persendirian Pada Satu Pemacu USB

  17. Biasala tu,.. nak hidup kan.. :)
    My recent post Cara-Cara Melepasi Laman Web Yang Disekat Oleh ISP

  18. Guna jugak Google DNS sblm ni, tapi malas nak tukar setting tu jelah,.. kadang2 tak lepas jugak :)
    My recent post Cara-Cara Melepasi Laman Web Yang Disekat Oleh ISP

  19. kawan guna Google DNS je…lebih reliable :)
    My recent post WiFi Boleh Lemahkan Sperma

  20. pernah guna hotspot shield jela dulu-dulu..hehe..sebab U block website..
    My recent post Apakah Gadget Impian Pilihan Aku

Comment Policy : Pihak Admin amat menggalakkan komen di blog ini, walau bagaimanapun sila pastikan anda mematuhi Comment Policy yang telah ditetapkan. Pastikan anda merujuk senarai komen terdahulu sebelum mengemukakan sebarang pertanyaan & persoalan. Pihak Admin tidak akan memberikan respon kepada isu berulang. Harap maklum.

Speak Your Mind

*