Proses Demokrasi telah dijalankan, rakyat telah membuat pilihan,.. tiba masa untuk semua rakyat Malaysia menumpukan kepada tanggungjawab meneruskan kelangsungan negara.

Blog Tips – Tingkatkan Page Speed Dengan Mengoptimize Gravatar (Part 1)

Bila berbicara tentang wordpress page speed, ramai pemilik blog wordpress (free host atau self-hosted) akan tertanya – tanya bagaimana untuk meningkatkan page speed, adakah page speed ini sesuatu yang penting, di mana nak mula, dan bermacam persoalan yang timbul. Jawapan mudah yang dapat saya simpulkan ialah “page speed adalah penting kerana ia merupakan salah satu daripada aggregator penting yang digunapakai oleh Google PageRank dalam menentukan kebolehpercaan sesebuah blog atau website”.

Tanpa langkah yang betul dan mengabaikan aspek page speed blog, anda berkemungkinan besar akan kehilangan pelawat atau lebih buruk lagi pelanggan yang berpotensi untuk produk yang anda tawarkan atau promosikan di blog atau website. Maklum sajalah, karenah pembaca dan pelawat blog ini adalah pelbagai. :)

Untuk blog tips yang berkaitan dengan page speed ini sahaja, saya telah sediakan beberapa siri post yang akan direleasekan satu persatu bagi memudahkan semua pihak termasuklah saya sendiri. Sebelum anda meneruskan bacaan lebih lanjut, anda mungkin berminat untuk merujuk post – post saya yang terdahulu berkaitan page speed ;

gravatar

Gravatar

Antara unsur yang memberikan kesan / impak negatif terhadap page speed sesebuah blog atau website ialah penggunaan imej. Dalam post pertama ini, saya akan fokuskan aspek penggunaan gravatar. Banyak blog menggunakan Gravatar, imej kecil yang biasanya dipaparkan di sebelah komen anda. Walau bagaimanapun, penggunaan imej gravatar mempunyai kelemahan yang besar dari aspek optimization page speed sesebuah blog atau website;

  • Setiap imej Gravatar akan menghasilkan HTTP request yang baharu walaupun imej yang sama dipaparkan secara berulang kali. Cth:- 1 page (single post) dengan 50 komen akan mempunyai 50 HTTP request tambahan.
  • Imej Gravatar tidak dilengkapi dengan Expire Headers.
  • Sukar untuk menempatkan imej Gravatar di local cache kerana kebanyakan imej ini akan berubah dan di luar kawalan kita.

Imej gravatar turut digunapakai oleh sesetengah plugin, antaranya ialah Top Commentator Widget. Untuk melihat unsur – unsur yang mempengaruhi page speed sesebuah blog, anda boleh menggunakan free tools seperti Google PageSpeed insight, GTmetrix dan Pingdom.

Impak Gravatar Imej

Contoh Impak Gravatar Imej

Cara Mengatasi

1. Untuk default avatar, tukarkan Gravatar Logo kepada Blank.  (Setting -> Discussion -> Avatars -> Default Avatar -> Blank)

Positif – Bagi pelawat yang tidak memiliki gravatar dan setiap kali mereka meninggalkan komen, default Gravatar Logo akan digunakan. Bayangkan sekiranya terdapat 20 orang pelawat tanpa gravatar meninggalkan komen di single post anda. 20 kali HTTP request terpaksa dilakukan ke server Gravatar semata – mata untuk memaparkan logo Gravatar.

Negatif – Kemungkinan besar akan memberikan kesan dari aspek estetik.

BTW, blog ini sudah mula mengaplikasikan Blank Gravatar Logo.

2. Disable penggunaan avatar. (Setting -> Discussion -> Avatars -> Avatar Display -> Don’t Show Avatar)

Langkah ini agak drastik dan saya tidak begitu syorkan. Walau bagaimanapun, sekiranya ia mampu memberikan perbezaan page speed yang ketara kepada blog atau website anda,.. tidak salah untuk mencuba.

3. Optimize Top Commentator Widget.

Dalam kes saya (blog mobilityworlds), Top Commentator Widget memberikan impak yang cukup besar terhadap page speed. Cara untuk mengurangkan impak plugin ini ialah dengan mengubah setting widget.

  • Di bahagian setting Display Gravatar, tukarkan kepada NO.
  • Tetapkan setting di bahagian Show in home page only? kepada YES.

Kesimpulan

Ingin saya tegaskan bahawa ini merupakan cadangan dan syor personal dari saya sendiri. Terpulang kepada anda untuk mempraktikkan atau sebaliknya. Nantikan post seterusnya… :)

Sign Up For My Newsletter

> Info teknologi semasa di Malaysia dan dunia,
> Berita gadget terkini (Android & etc),
> Pelbagai tutorial, tips dan tricks,
> Perkongsian wordpress dan sebagainya.

About shraqs

Husband. Blogger. Penggemar Nescafe tak kira masa dan tempat. Obses dengan teknologi smartphone (Android, iOS, and etc). Menjadikan blog sebagai rekod simpanan peribadi dan rujukan kepada semua di masa depan.

Twitter | Facebook | Google+

Comments

  1. Ooo baru saya tahu..hehe.sy dah tukar default avatar kepada blank..hehe..
    Hafizul recently posted…Traffic Blog Slow

  2. betul jugak. baru terfikir setiap gravatar akan request HTTP yang baru. akan ubah setting mana yang patut. thanks bro ;)
    Amirez recently posted…Akaun Facebook Diceroboh?

  3. tapi kalau ada gravatar lg comel..
    bardboo recently posted…5 Cabaran Dalam Penyusuan Susu Ibu

  4. aku dah cuba kurangkan setakat yang boleh
    nak kurangkan lagi macam tak best la pulak
    hehe
    tehr recently posted…Kelantan vs Terengganu | Piala AFC 2012

  5. Terima kasih bro kongsi tips ni. Mmg ada benarnya tu. Aku dah apply yg no 3. Yg no 1 dan 2, rasanya macam tak cantiklah pulak nanti. Takde muka pengomen.hehe =)
    hafizmd recently posted…Nazmi Faiz Sah Milik Beira-Mar di Portugal

    • Most welcome. Yang pertama tu hanya utk yg takde akaun Gravatar je,.. nak elak dari keluar logo Gravatar “G” yg warna biru tu keluar :). At least dpt kurangkan http request…

  6. Nice tips… Anyway, W3 Total Cache Plugin teruk…
    Izzuddin Fauzi recently posted…Hadirnya Bulan Rejab Dan Kisahnya

  7. info yang sangat berguna ni..leh juga mencubanya :)
    puteri kasih recently posted…Gaya Bahasa Yang Sesuai Untuk Blog

  8. Assalam..
    Pening sikit baca post ni, tapi yang jelas,
    avatar dah lama ada..hehe..
    iza recently posted…Madu Setaman.

  9. Tak de Gravatar tak lawa la pulak nanti! :D hehe..
    anif recently posted…Teknologi – Ketinggalan Sedikit Tidak Mengapa

  10. huh baru setting komen aku biar nampak nais dengan gravatar ni tetiba ada pulak speed page..haha
    tp dah ikut 1 2 step diatas. TQ
    syahrilhafiz recently posted…Let’s Settle This First

  11. aku dah baca 2 ,3 kali tapi masih kurang faham lah

    • Bahasa mudahnya, bagi pemilik akaun Gravatar (imej kita upload d Gravatar akan mewakili kita secara online). Biasanya bg yg tidak memiliki akaun Gravatar, imej yg dipaparkan ialah logo Gravatar “G” yang besar di bahagian tepi komen. Dlm kes ni sy tak nak logo G dipaparkan sebaliknya dibiarkan blank. Sebab, setiap Gravatar imej yang dipaparkan akan melibatkan 1 HTTP request termasuklah logo Gravatar itu sendiri. Cth, bro tak guna Gravatar kan,..sebab tu takde imej dipaparkan di komen bro. :) Harapnya bro jelas dan dpt membantu.

  12. avatar ni dah macam nametag ma. tak pakai..orang lupa maa..
    titan recently posted…Himpunan Jutaan Belia – Mei 2012

  13. kalo x pki mcm xmenarik pula…hermm
    Jebeng Otai™ recently posted…RON95 Lebih Mahal Dari RON97 ?

  14. tips no 1 cik tom dh cuba ubah setting..thanks..
    utk yg no 2 rs xberapa sesuai dgn blog ciktom..lg suka tgk yg dh ada gmbr..hehe..
    yg no 3 cik tom xde letal top commentar…
    thanks share tips menarik ni..
    cik tom recently posted…Pelajar Lepasan SPM: Dilema Minat dan Hasrat Ibu Bapa

Comment Policy : Pihak Admin amat menggalakkan komen di blog ini, walau bagaimanapun sila pastikan anda mematuhi Comment Policy yang telah ditetapkan. Pastikan anda merujuk senarai komen terdahulu sebelum mengemukakan sebarang pertanyaan & persoalan. Pihak Admin tidak akan memberikan respon kepada isu berulang. Harap maklum.

Speak Your Mind

*