Proses Demokrasi telah dijalankan, rakyat telah membuat pilihan,.. tiba masa untuk semua rakyat Malaysia menumpukan kepada tanggungjawab meneruskan kelangsungan negara.

Blog Tips – Tingkatkan Page Speed Dengan Mengoptimize Database (Part 3)

Dalam dua post terdahulu, Blog Tips – Tingkatkan Page Speed Dengan Mengoptimize Gravatar (Part 1) dan Blog Tips – Tingkatkan Page Speed Dengan Mengoptimize Image (Part 2) saya telah menyentuh cara – cara yang boleh diaplikasikan oleh pengguna WordPress blog untuk mengoptimumkan tahap penggunaan imej di blog. Seterusnya, melalui siri ketiga Blog Tips – Tingkatkan Page Speed ini saya akan fokuskan pula kepada database.

Untuk mendapatkan performance yang optimum, database wordpress blog perlu dikemaskini dan dipantau secara berkala. Sekiranya dibiarkan terlalu lama tanpa sebarang kemaskini, saiz database blog anda akan bertambah besar dan kemungkinan wujudnya error ataupun table yang tidak lagi digunakan di blog anda dapat diatasi.

Untuk mengoptimize database wordpress blog, anda boleh lakukan melalui TIGA cara berikut ;

1. Menggunakan Plugin WP-DBManager

Penggunaan plugin WP-DBManager adalah mudah dan cepat. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah muat turun plugin WP-DBManager -> Install -> Activate dan Setting.

Hanya TIGA perkara sahaja yang perlu dititikberatkan iaitu; Backup, Repair dan Optimize.

Selain dari itu, plugin ini turut membolehkan anda melakukan “Automatic Scheduling“. Setkan jadual dan Save. Segala proses Backup, Repair dan Optimize akan dilakukan secara automatik mengikut setting yang anda telah tetapkan.

NOTA : Disyorkan agar melakukan proses ini Backup (sekerap yang mungkin), Optimize (1 -2 kali/month) dan Repair (bila dirasakan perlu).

2. Secara Manual – phpMyAdmin

Sekiranya anda tidak selesa untuk menambah senarai plugin yang sedia ada sekarang, saya syorkan agar anda melakukan proses optimize database ini dengan cara manual. Perlu diingat, jumlah plugin yang terlalu banyak akan memberi kesan terhadap page speed blog anda juga.

Caranya mudah sahaja, ikuti langkah – langkah yang saya sediakan di bawah dan jangan lupa untuk melakukan backup terlebih dahulu ;

Langkah 1

Login ke cPanel anda

Langkah 2

Pilih phpMyAdmin di bahagian Databases

Databases

Databases

Langkah 3

Di paparan phpMyAdmin table (sebelah kiri) -> klik Database WordPress blog anda (secara default, table prefix anda akan bermula dengan wp) -> segala Database WordPress table anda akan dipaparkan. (bilangan table ini berbeza mengikut penggunaan blog anda)

Wordpress Database

WordPress Database

Langkah 4

Klik Check All -> dan pilih operasi yang ingin dijalankan.

Database Table

Database Table

3. Disable atau Turn Off Post Revision

Post Revision mula diperkenalkan pada platform WordPress versi 2.6. Setiap kali anda Save draft atau Update post, revision akan disimpan di database sehingga 25 revision untuk setiap post. Untuk melihat post revision, anda perlu ke paparan edit post atau page. Tujuan utama pengenalan Post Revision ini bagi membolehkan anda melakukan pembetulan atau perubahan (revert) sekiranya berlaku kesilapan di dalam post anda.

Walau bagaimanapun, sekiranya anda mendapati post revision ini tidak diperlukan, paste kod di bawah di wp-config.php fail di root folder WordPress anda;

define(‘WP_POST_REVISIONS’, false);

Untuk memadamkan kesemua post revision bagi post yang lama, gunakan kod di bawah ;

DELETE FROM wp_posts WHERE post_type = “revision”;

Kod di atas akan memadam kesemua post revision yang disimpan di database anda menjadikannya lebih kecil.

AMARAN : Lakukan proses ini dengan hati – hati. Lakukan backup terlebih dahulu dan sekiranya anda tidak pasti, saya syorkan agar anda TIDAK lakukan proses ini. Cukup sekadar menggunakan kaedah 1 atau 2 di atas.

Final Thought

Melalui proses mengoptimize database ini diharapkan page speed blog anda akan meningkat dan sentiasa dalam keadaan yang terurus dan lancar. Personally, saya lebih gemar menggunakan cara manual memandangkan proses ini tidak mengambil masa yang lama untuk dilakukan selain dapat menghadkan jumlah plugin di blog mobilityworlds. Sekian sahaja untuk kali ini, sehingga ke blog tips seterusnya. :)

Sign Up For My Newsletter

> Info teknologi semasa di Malaysia dan dunia,
> Berita gadget terkini (Android & etc),
> Pelbagai tutorial, tips dan tricks,
> Perkongsian wordpress dan sebagainya.

About shraqs

Husband. Blogger. Penggemar Nescafe tak kira masa dan tempat. Obses dengan teknologi smartphone (Android, iOS, and etc). Menjadikan blog sebagai rekod simpanan peribadi dan rujukan kepada semua di masa depan.

Twitter | Facebook | Google+

Comments

  1. salam shraqs,

    bagi tips untuk turn off post revision tu, saya perlu buat melalui FTP ke? maaf, sy mmg kurang ilmu bab wp ni. hi3
    akuislam recently posted…Langkah Untuk Berubah: Jaga Hati, Bukan Kerana Jodoh

  2. sekarang ni aku gune wp optimize. sng cket keje.. tau tak cane nk kurangkan resource?akunyer byk lak kene tambah ram ni.. adeh

  3. plugin tue cik tom xinstall lg.. skang dh ade 13 plugin… em buat manual jelah..hehe

    ni ciktom suka singgah..byk perkara baru boleh belajar + cara olahan pun mudah.. xde pening2 bc pd sesetengah blog lain..

    thanks!
    cik tom recently posted…Eyriqazz vs Denaihati

  4. aku tak kesah. aku jenis biar aje. haha..
    titan recently posted…7 Keajaiban Mokthar Dahari..

  5. jaga kesihatan luar dan dalam blog supaya tiada masalah.. :)
    Jebeng Otai™ recently posted…Paparan Skrin Lutsinar

  6. nanti aku cuba uruskan post revision tu
    TQ
    tehr recently posted…Pantun Tidur Mengigau

  7. tgi kwn bodek2 kan tk bernai bodek sendri2..bro shr sihat ker?
    suri recently posted…Lebih Jimat Itu Cukup Membahagiakan

  8. backup sllu buat tu sering lupa pe hal pun nak buat sesuatu kena buat backup
    suri recently posted…Yang Indah Itukan Sementara

  9. Ohhh.. soka.. mcm tu rupanya.. thanks brother

Comment Policy : Pihak Admin amat menggalakkan komen di blog ini, walau bagaimanapun sila pastikan anda mematuhi Comment Policy yang telah ditetapkan. Pastikan anda merujuk senarai komen terdahulu sebelum mengemukakan sebarang pertanyaan & persoalan. Pihak Admin tidak akan memberikan respon kepada isu berulang. Harap maklum.

Speak Your Mind

*