Sedang asyik mencari dan belek-belek plugin yang ada, terfikir pulak agak-agaknya berapa banyak wordpress plugin yang digunakan oleh rakan-rakan blogger semua ya. Saya tahu ramai di antara kita menggunakan banyak plugin WordPress walaupun sedar sesetengah daripadanya tidak diperlukan. Lagi banyak plugin yang digunakan maka lebih banyak beban yang kita berikan kepada database dan server.

wordpress plugin
Tujuan asal saya menulis post ini adalah untuk mendapatkan pandangan, ide dan rujukan yang sesuai dari rakan-rakan sekalian dalam usaha mengurangkan penggunaan plugin. Untuk makluman semua, buat masa ini Mobilityworlds.com menggunakan 14 plugin* dan sasaran yang mahu dicapai ialah kurang daripada 10.
Antara teknik yang menjadi pilihan ialah;
Menggantikan plugin yang ada dengan penggunaan code. Saya tahu ramai di kalangan pembaca sekalian yang mahir menggunakan HTML/C++/ Javascript dan sebagainya, sekiranya rakan-rakan sekalian tidak keberatan untuk berkongsi, maklumkan saya di mana boleh diperolehi coding yang dikeluarkan oleh rakan-rakan blogger bertujuan menggantikan plugin-plugin tertentu.
Senarai WordPress Plugin Yang Aktif Di MobilityWorlds.com;
Pada masa ini, MobilityWorlds menggunakan 14 plugin* dan saya masih cuba untuk mengurangkan jumlah tersebut. Saya tahu kemungkinan besar plugin yang saya gunakan ini bukanlah yang terbaik, tetapi buat masa sekarang inilah plugin yang saya perlukan. Sesetengah plugin tidak benar-benar perlu untuk dipasang, tetapi ada yang memang diperlukan. Ia bergantung kepada tujuan dan matlamat blog anda.
- Akismet – Untuk menghalang spam **
- All in One Webmaster – Sitemap submission utk Google, Bing, Yahoo & Ask
- Blogger To WordPress Redirection - Plugin ini secara automatik mewujudkan 1-to-1 pemetaan antara post blog Blogger.com (blogspot) dan posting blog WordPress. **
- CommentLuv – Meletakkan link blog post terakhir mereka pada akhir komen mereka.
- Easy Mashable Social Bar – Social bar inspired by Mashable.com **
- Exploit Scanner – Mencari fail-fail dan pangkalan data laman web anda untuk tanda-tanda aktiviti yang mencurigakan. ***
- Google XML Sitemaps – Menjana sitemap XML yang akan membantu enjin carian untuk indeks yang lebih baik.
- Login LockDown - Menghadkan cubaan login dari pelbagai IP yang diberikan dalam tempoh masa tertentu. **
- Sharebar - Sharebar menambah kotak menegak yang dinamik dan disesuaikan sepenuhnya di sebelah kiri blog post yang mengandungi pautan / butang untuk laman rangkaian sosial yang popular. **
- Subscribe To Comments – Membolehkan commenters subscribe terhadap komen terus ke e-mel untuk komen seterusnya. **
- SyntaxHighlighter Evolved- Memudahkan proses memasukkan code ke dalam post. **
- Top Commentators Widget – Memaparkan pengulas teratas dalam laman WP anda. **
- WordPress Database Backup – Backup pangkalan data WP. **
- WP125 – Menguruskan banner 125×125 di blog. **
** – Plugin yang bakal di deactivate atau digantikan dengan penggunaan coding atau plugin yang lebih sesuai.
*** - Plugin yang hanya digunakan ketika perlu sahaja.
Ingin Tahu!
Saya mempunyai beberapa soalan yang saya mahu anda untuk bertanya kepada diri sendiri dan mungkin meninggalkan komen di bawah dengan jawapan anda;
- Berapa banyak plugin yang anda sedang gunakan?
- Apakah plugin kegemaran anda?
- Pernahkah anda terfikir untuk mengeluarkan sebahagian dari plugin yang tidak diingini?
- Adakah anda maklum tentang sebarang pengekodan yang boleh digunakan untuk menggantikan satu atau lebih daripada plugin yang dipasang?
- Adakah anda melakukan pembersihan plugin setiap masa?
Semua soalan mudah untuk dijawab, jadi teruskan dan maklumkan kepada saya. Saya tertanya-tanya untuk mengetahui apa yang orang lain lakukan dalam hal ini. Tak masuk exam pun!
Terima kasih atas sharenya,,,,Saya masih bingung,, rasa mau tambah lg plugin, sementara khwtir membuat loading page menjadi lambat…
Thanks ya infonya,,
Salam kenal
Lukisan Minimalis Bali recently posted…Lukisan Abstrak – LA-038
Buat pilihan yang mana penting dan diperlukan sahaja,
aku pakai dalam 20+ plugin…rasanya mcm nak kurangkan tp mcm penting pulak :)
Shahrul recently posted…Bagaimana Syarikat Teknologi Internet Buat Duit?
Banyak tu bro,.. tak mengganggu ke?
shraqs recently posted…Akan Datang! Angry Birds Star Wars
Kalau yang plugin Like, Share, Tweet tu boleh jer pakai code :) Cuma kelebihan guna plugin ni, kita boleh update plugin tu secara automatik. Developer akan update sesuai dengan versi terkini WP. Ada pro dan con sama ada guna plugin atau code. Bagi yang mahir coding rasanya memang tak ada masalah. Cuma, bila guna code, banyak pulak yang kita alter dalam fail WP, takut nanti terlupa pulak apa perubahan yang dah dibuat ke atas fail2 WP tu. Kalau hanya melibatkan perubahan fail themes, ok lagi.. tetapi jika perlu ubah core file WP, elok lah guna plugin. Lebih mudah dan selamat.
Jomtonton recently posted…FA Cup 28 Jan 2012 – Liverpool v Manchester United
yang bab ubah coding tu betul, kadang2 terlupa jugak apa yg dah dibuat. Dari situ kena selalu buat backup dan sebaik2nya install wp offline guna xampp @ sbgnya.
wow!!! bagusnyer blog ni. boleh buat rujukan ni. ada plugins yang ada yang tak install lagi
Lizz recently posted…Pertandingan Pengalaman Kena Denda di Sekolah
bila tgok kwn kata plugin yg ni ok kena ar pakai tapi dok pikir gak yg mana akitif harus pakai ygtak aktif baik buang je kan heeee
suri recently posted…Homemade Bantal Musyuk
Itu yang terbaiknya. :)
shraqs recently posted…Kekerapan Blog Yang Ideal?
aku guna lbih dari 10. kurang dari 20 hee. kbnykn plugin yg biasa2 digunakan la. xde yg pelik2. plugin kegemaran? akismet. haha!. xske spam. cb!
acapz recently posted…Konsep Menarik Windows Phone 7 Dengan Meego
Akismet memang wajib bro :)
shraqs recently posted…Root Untuk Asus Transformer Prime Kini Online
ada org ckp,akis ni dh kureng menjadi dh nak tapis benda spam ni semua,ada jugak spam y terlepas.
*tapi x tahulah sejauh mana…
W.HabibuRahman recently posted…Cikgu Disiplin Kena Kelentong
bila tgok byk sgt nak buat pikir 2 ke 3 kali hee…tapi ada yang peting mmg tak buang sb syng pulak nak uruskan blog mudah klo widget benar2 manfaat utk blog heeee
suri recently posted…Homemade Bantal Musyuk
Btul tu, ini kan subjektif terpulang pada keperluan tuan punya blog tu sendiri..
shraqs recently posted…my Agro Hypermarket
rasanya lebih dari 6 kot hurm……
suri recently posted…Homemade Bantal Musyuk
sikit tu,.. patutla laju je page load!
shraqs recently posted…Kekerapan Blog Yang Ideal?
saya guna lebih dari 11 rasanya tak ingat apa dia plugin tu hehe..
dalam 11 list tu, ada yg saya guna ada yang tidak..
memang kalau byk sgt memberatkan blog, nak jugak buang mana yg jarang guna tu
nuriz recently posted…Anwar Didapati Tidak Bersalah
kalau yg x guna tu memang kena buang,.. tak bagus jugak disimpan
shraqs recently posted…Berapa Banyak WordPress Plugin Yang Anda Guna?
ciktom skang gn 11 plugin..
plugin yg ciktom guna;
Akismet
Broken Link Checker
Comment Reply Notification
Dean’s Permalinks Migration
Google Analytics for WordPress
Google XML Sitemaps
Table of Contents Creator
Tweet, Like, Google +1 and Share
W3 Total Cache
WordPress SEO
WP-Optimize
tgh fikir nak buang lg plugin..tgh cr tutorial yg sesuai..kl ada boleh tlg rekemen kan?
cik tom recently posted…Ibu Sahabat Terbaikku
yg atas tu soalan 1..
2. xde plugin kegemaran..semua sm je rs..hehee
3. mmg terfikir nak buang lg mn plugin yg blh buang..
4. ada dah jumpa n ada yg masih mencari..
5. yup
cik tom recently posted…Ibu Sahabat Terbaikku
kalau tgk list plugin tu memang ciktom ni jenis ambil berat la kan. Sekarang ni pun masih mencari opsyen2 yg ada utk disable plugin2 kat atas tu, dan ada yg dah dpt,.. tgh buat testing. Nanti bleh share :)
shraqs recently posted…PayPal Tricks/Scam
bgs2..sb ada dh jupe tue try code kt blog tp xmenjadi..error..
samala ciktom, banyak yg x compatible ngan versi 3.3 ni :(
shraqs recently posted…Lagi Free Games Daripada Samsung Kepada Pengguna Galaxy SII & Galaxy Model
Errr…bagi aku lak camne yer bro?? Sbb blogspot tak panggil plug in kan?? Rasanya klau widget2 atau yg sewaktu dgnnya tu banyak jugak yg aku guna…hehehe
yas recently posted…Santapan Penamat- Pertarungan Terakhir Antara 2 Peserta Masterchef Malaysia [Ezani vs Wahidan]
bs takpe bro, tak jejas resource. bila pakai self hosting ni semua nak kena amik kira.. hish
aku pun byk… baru plan nak buang plug yg tak penting mcm revolvemap.
Yg lain2 perlu..
nurmisnan recently posted…Penawar merawat perokok dan ketagihan dadah
aku bleh rumuskn yg blogger2 semua memang ambil berat pasal plugin ni kan..
wah, aku punya 18
macam mana nak kurangkan ni?
tehr recently posted…Negeri Sembilan Juara Piala Sumbangsih 2012
dok mencari code snippet jugak skrg ni, dah banyak jumpa ni
aku memang banyak gak guna plugin. haha..
banyak ada tujuan takpe bro,.. yang tak bagusnya kalau banyak tapi tak diguna btul2
shraqs recently posted…Asus Transformer Prime
tu tokey beso plug in tu…hehehe
yas recently posted…Santapan Penamat- Pertarungan Terakhir Antara 2 Peserta Masterchef Malaysia [Ezani vs Wahidan]
wah..banyaknya plugin…saya belum kira lagi berapa plugin saya guna.
kimmie recently posted…Baucar Buku 1Malaysia kini sudah dimiliki.
:)
shraqs recently posted…Berapa Banyak WordPress Plugin Yang Anda Guna?
saya pun guna 14 je tapi plugin2 yg tersenarai tu cuma sama 4 je plugin dengan saya..hehe..ada ke yg pandai nak gantikan plugin dengan kod2 css?kalau ada saya pun nak belajar sebab memang minat.. :)
mrs.yie recently posted…‘SAYANG CIKGU KETAT-KETAT!’ – BAB 23
niat sebenar post ni… :) manala tau ada yang nak berkongsi..
shraqs recently posted…Watak Manga Bagi Jenama Telefon Android
aku ada dalam 20 plugin macam tu, nak remove rasa mcm penting pulak :D
Shahrul recently posted…Mampukah PKR Tawan Putrajaya?
wow, banyak tu! kongsi2kanlah. :)
shraqs recently posted…Update Terbaharu Untuk WordPress 3.3.1
ada 17 plugin , hoho banyak nya pluginyg sy guna .. antaranya..
WPtouch – tuk view dengan samartphone ,android , ipad .etc nampak lebih cantik dan mudah .
WP SEO Tags – untuk SEO :)
WP-UserOnline
Waktu Solat Countdown
Top Commentators Widget
Social Share Buttons
SEO Smart Links
SEO Friendly Images
Quick Adsense
Platinum SEO Pack
Google XML Sitemaps
Faster Image Insert
Akismet
Broken Link Checker
CommentLuv
Comment Reply Notification
Dagon Design Sitemap Generator
dah tu semua sangat2 penting bagi saya ..
puanbee recently posted…Apa Kata Wanita – Kenapa Anda Suka Rancangan Ini ?
Banyak fokus pasal SEO ya PnBee. Banyak @ sikit tak penting, yg penting kita tahu apa yang kita nak dan page loading tak terjejas. :)
shraqs recently posted…Sygic Navigator v.11.2.3 Untuk Android
yup seo tu berguna untuk perkhidmatan produk yang telah sy review , kebaikkan utk org yang telah pun membayar kan ..
puanbee recently posted…Apa Kata Wanita – Kenapa Anda Suka Rancangan Ini ?
patutla,.. kalu macam tu memang patut kena jaga
shraqs recently posted…PayPal Tricks/Scam
mmg lengkap plugin yg bro bagi tu..
saya suka pasang plugin sharethis dari sharethis.com
utk pembaca share artikel… :D
sharebar tu pun ok gak… :D
Itu yang termasuk dalam list utk dibuang, sekarang tengah mencari dan testing coding. Sharing button ni kebanyakan slow loading,..
shraqs recently posted…Top Commentators Awards – December 2011
no.11 tu boleh dicuba nanti hehehe…saya hanya dalam 9-10 plugin setakat ni..ttp semua atas keperluan blog….dan ada juga menggunakkan code yang mudah..:)
Tuan Tanah recently posted…RM 410 untuk direbut
bro, kalau ada code2 nak ganti plugin bertanda * kat atas ti bleh kongsi ek.
shraqs recently posted…PayPal Tricks/Scam
yang banner ada laa….:) banyak main try and error bro..heheh tu yang jahaman blog aku hehehe..:)
Tuan Tanah recently posted…RM 410 untuk direbut
banner 125×125 tu ker? Bab try n error tu memang dah lumrah, sama la aku pun blajar jugak..:)
shraqs recently posted…Sygic Navigator v.11.2.3 Untuk Android
ha’ah banner 125×125 yang atas dan dibwh post tu..:)
tuan tanah recently posted…Pendapatan ke-4 dari backlinks.com