Proses Demokrasi telah dijalankan, rakyat telah membuat pilihan,.. tiba masa untuk semua rakyat Malaysia menumpukan kepada tanggungjawab meneruskan kelangsungan negara.

Bagaimana Apple Dan Samsung Menyelesaikan Isu Patent (JoyOfTech)

Isu saman – menyaman berkaitan patent antara Apple dan Samsung sudah berlanjutan hampir setahun bermula pada 2011 disebabkan produk iPhone vs Samsung Galaxy SII dan antara iPad vs Galaxy Tab (terutamanya model 10.1). Masing – masing berkeras mempertahankan produk sendiri melibatkan kos yang cukup besar khususnya di Eropah.

Apa yang pasti, pertelingkahan ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada pengguna kerana terdapat beberapa negara di Eropah yang menghalang produk – produk ini dijual kerana isu perundangan yang dikemukakan antara kedua – dua pihak (Apple dan Samsung).

Berdasarkan perkembangan terbaharu, kedua – dua CEO Apple (Tim Cook) dan CEO Samsung (Geesung Choi) melalui peguam masing – masing bersetuju untuk duduk semeja di San Francisco di hadapan hakim Lucy Koh bagi mencari jalan penyelesaian pertelingkahan antara kedua – dua syarikat.

Harapan saya dan mungkin juga pengguna produk Apple dan Samsung agar perbincangan mereka akan menghentikan segala isu perundangan yang wujud sebaliknya fokus kepada kerjasama dalam menghasilkan produk yang lebih berkualiti untuk pengguna. :)

Di bawah ini saya sertakan ilustrasi gambaran yang dibuat oleh JoyOfTech.

Apple & Samsung  Settlement Talks

Apple & Samsung Settlement Talks

P/S : Harap – harap tak perlulah sampai nak duel macam ni sekali kot :)

Sign Up For My Newsletter

> Info teknologi semasa di Malaysia dan dunia,
> Berita gadget terkini (Android & etc),
> Pelbagai tutorial, tips dan tricks,
> Perkongsian wordpress dan sebagainya.

About shraqs

Husband. Blogger. Penggemar Nescafe tak kira masa dan tempat. Obses dengan teknologi smartphone (Android, iOS, and etc). Menjadikan blog sebagai rekod simpanan peribadi dan rujukan kepada semua di masa depan.

Twitter | Facebook | Google+

Comments

  1. Saja je nak kasi kontroversi. Kekadang kontroversi ni bagus untuk marketing.
    daddydee recently posted…Tamat Kursus Professional Communication Art

  2. uih…sampai macam ni sekali, tp tu yg buat mereka terus kreatif, cipta produk yg hebat.
    kimmie recently posted…Pekan Sari Di Temerloh

  3. diorg bersaing sampai saman menyaman..tp skit pon x efek kemajuan device diorg..dsyt2

    p/s: rpg dgn grenade launcher..x tau sapa yg pling cpat..hehe
    Jebeng Otai™ recently posted…Proton Preve’ : Traction Control & BA

  4. Nampak seperti keduanya perlu mengalah dan bekerja sama
    Itu yang terbaik
    tehr recently posted…Pantun Orang Bertanya

  5. dua2 takkan mengalah punye, duit semua tu…

    nice new theme by the way :)
    Shahrul recently posted…Batas Seorang Isteri dalam Laman Sosial

  6. Biasala… harap2 tak berterusan.
    shraqs recently posted…Samsung Galaxy Countdown Teasers

Comment Policy : Pihak Admin amat menggalakkan komen di blog ini, walau bagaimanapun sila pastikan anda mematuhi Comment Policy yang telah ditetapkan. Pastikan anda merujuk senarai komen terdahulu sebelum mengemukakan sebarang pertanyaan & persoalan. Pihak Admin tidak akan memberikan respon kepada isu berulang. Harap maklum.

Speak Your Mind

*