Proses Demokrasi telah dijalankan, rakyat telah membuat pilihan,.. tiba masa untuk semua rakyat Malaysia menumpukan kepada tanggungjawab meneruskan kelangsungan negara.

Backlinks Part II

Kesinambungan daripada Backlinks Part I. Dah baca ke belum? Kalau belum,.. baca Backlinks Part I terlebih dahulu. Dalam post Backlinks Part II ini saya akan ketengahkan satu lagi kaedah mendapatkan backlinks tanpa dihukum (penalised) oleh Google.

2. Diversity / Kepelbagaian

Berdasarkan pengalaman lama ketika baru berkenalan dan menceburkan diri dalam dunia blogging, perkara yang menjadi tarikan utama ialah mendapatkan bilangan backlink yang tinggi. Tidak dinafikan saya pernah mengamalkan cara yang salah, (targeting keyword) sehinggakan dalam satu hari backlink yang diperolehi tidak kurang daripada 50. Semuanya tidak mustahil,.. tapi kegembiraannya tak lama, selepas hampir 3-4 bulan, saya dipenalised oleh Google.

Pengajarannya di sini, jangan sesekali menggunakan kaedah targeting keyword yang sama dalam tempoh masa yang singkat dan berterusan. Lambat laun Google akan dapat mengesan teknik tersebut.

Sebaik-baiknya cuba pelbagaikan keyword dan anchor teks anda. Jangan takut untuk menggunakan link seperti “klik di sini”, “baca di sini” atau “rujuk di sini”. Pelbagaikan corak, sekali sekala boleh menggunakan link terus ke blog anda. Tapi perlu diingat,  jangan sekali-kali melakukannya dengan cara yang agresif. Tidak berbaloi mengambil risiko.

Seperkara lagi, pastikan backlinks yang anda perolehi bukan hanya datang daripada satu laman web tunggal, sebab ini akan mendatangkan masalah dengan Google. Nasihat saya, dapatkan pautan dari pelbagai tempat:

1. Gunakan laman sosial (Facebook, Twitter, LinkedIn, Google+ dan sebagainya)

2. Guest Posting

3. Network Blog (Blogcritics, BlogTopSites dan sebagainya)

4. Laman perkongsian dokumen (Pastebin)

5. Laman perkongsian gamber/image (Flickr, Photobucket, Picasa dan sebagainya)

Kesimpulan

Pelbagaikan keyword dan anchor teks anda apabila mewujudkan backlinks dan pelbagaikan sumber backlinks anda.

Sign Up For My Newsletter

> Info teknologi semasa di Malaysia dan dunia,
> Berita gadget terkini (Android & etc),
> Pelbagai tutorial, tips dan tricks,
> Perkongsian wordpress dan sebagainya.

About shraqs

Husband. Blogger. Penggemar Nescafe tak kira masa dan tempat. Obses dengan teknologi smartphone (Android, iOS, and etc). Menjadikan blog sebagai rekod simpanan peribadi dan rujukan kepada semua di masa depan.

Twitter | Facebook | Google+

Comments

  1. info yang menarik..terima kasih

  2. Terima kasih sebab tak kedekut ilmu, masih mentah dalam dunia backlink ni..lembab gila nak faham, great article, thanks for sharing

  3. Thanks diatas ilmu y dikongsi…
    W.HabibuRahman recently posted…Cikgu Disiplin Kena Kelentong

  4. yg pastebin tu guane?
    gamep01nt recently posted…Sibuk Dan Dr Rozmey

  5. ok, belajar ilmu baru hari ini. hihi..
    ohcikgu recently posted…Kisah Guru Jujur – Parijat Saha terkejut akaun bank ada RM30.59 billion.

  6. niche website paling sesuai buat macam ni.. sy belum pernah cuba buat website niche dlm BM.. boleh ajar ke.. adsense mesti murah sangat
    ciksembang recently posted…Teka teki sejarah

    • CS ada buat site lain ke? Nak buat site niche dlm BM memang susah ckit lebih2 lagi kalau niche yg ilmiah,.. reader kat Msia ni lebih kepada hiburan. Kalau nak buat,.. sy syorkan niche hiburan,.. meletup rasanya :) IMO
      shraqs recently posted…i-City.. Here I Come

  7. yg pastebin tu belum pernah cuba.. thanks shraqs
    ciksembang recently posted…Ally Iskandar Kahwin Dengan Farah Lee 20 Januari

  8. ingat ke x digalakkan letak link pastu tulis “klik di sini” semua tu.dulu rasa penah baca entri pasal tu.bukan x boleh, cuma x boleh kerap sangat buat mcm tu rasanya…seingat aku la…kira penerangan ko ni, kena ubah2 la cara kita link tu kan? pastu dari bnyk sumber…
    APAN recently posted…Pencemaran Sungai Citarum

    • Kalau link advertisement memang tak boleh letak “KLIK DI SINI”.. tak pasal2 akaun kena banned nanti. Anchor text ni macam kita tukar2 ayat je dalam post utk rujuk ke blog lain @ link lain
      shraqs recently posted…Makan-Makan

  9. laman sosial memang penting untuk dapatkan backlinks sekarang

  10. betul..sekarang banyak sangat laman sosial dan laman2 untuk kongsikan maklumat…so just action je perlu… ;)
    nizam recently posted…Cara Solat Sunat Dhuha

  11. Sejak popularnya halaman web sosial i.e Facebook, Twitter dll, adalah wajar untuk mengintegrasikan blog agar mesra perkhidmatan tersebut. :D
    anif recently posted…Perubahan Tidak Perlu Terlalu Drastik

  12. selama ni mmg main taram je…isk susah juga nak puaskan hati cik google ni
    kimmie recently posted…Santai: Tapi Bagaimana

  13. mcm mn nak tahu blog kita tue kena penalised dgn google or tak eh??
    cik tom recently posted…Hadiah Misteri Istimewa dari Titan Kacak

  14. nampaknya kena blaja dr yg pro ni pasal bab2 kelentong google..ehehe
    chii recently posted…Pengalaman Kena Denda Di Sekolah

  15. untuk berjaya dalam SEO ini..kena pandai kelengtong google. Haha..
    titan recently posted…Komisen ke 10 dari 701panduan

  16. Saya biasanya menulis ikut sedap tekak je.. Malas nak fikir keyword. Blog pun cuma personal blog. Apa yg saya suka buat utk dapatkan backlink ialah beri komen.. Hehehe.
    Cikgu Hairul recently posted…Buat Duit Dengan Maklumat Peribadi

  17. boleh tak explain panjang-panjang sikit, tak puas baca ni huhu
    sabree hussin recently posted…Petanda Kecil Kiamat Keempat : Terjadinya Pertempuran Dua Kelompok Besar Dari Kaum Muslimin

Comment Policy : Pihak Admin amat menggalakkan komen di blog ini, walau bagaimanapun sila pastikan anda mematuhi Comment Policy yang telah ditetapkan. Pastikan anda merujuk senarai komen terdahulu sebelum mengemukakan sebarang pertanyaan & persoalan. Pihak Admin tidak akan memberikan respon kepada isu berulang. Harap maklum.

Speak Your Mind

*